Aduh aku tak kuat weh.
"Alaaa bie rindu lagilah dengan sayang. Please nak sayang" sambil menyandarkan kepalanya di bahuku Haris merayu.
"Tapi bie..-" terus kata-kataku dipotong Haris.
"Malam ni je. Please eh. Bie tak mintak lebih pun lah. Mintak sayang teman je. Boleh eh" pujuk Haris lagi.
"Okey" Akhirnya aku buat keputusan. Em aku pun tak mood juga nak study malam ni. Esoklah kita start ya.
-----
Sejak aku mulakan Final Exam aku ini Haris terus tidak aku layan. Macam biasa aku akan lebih pentingkan paper final aku. Kadang-kadang kesian juga dekat Haris. Hari-hari makan luar sebabkan aku tak sempat nak masak. Bukan setakat tak sempat masak, makan pun kadang-kadang aku terlepas. Habis kena bebel dengan Haris. Haris pantang sikit kalau aku tak makan. Katanya makan bukan setakat kenyangkan perut je tapi juga mengumpulkan kembali tenaga. Aku pun lupa apa lagi dia membebel dengan aku pasal makan ni. Akhir sekali aku makan juga. Malas nak gaduh dengan Haris.
"Saffiya.. Haris laparlah"
Tengah aku sibuk dengan menghadap sengala nota, Haris datang menghampiri meja belajarku di bilik sendirian aku.
"Haris, Saffiya tengah study lagi ni"
"Tapi Haris laparlah"
"Haris tadikan baru je makan" kataku tapi tidak lepas dari memandang notaku.
Haris mengeluh dan terus di tarik kerusi yang berada di meja solekku itu. Di pusingkan badanku agar menghadapnya. Lutut kami berlaga tanda hanya itu sahaja jarat terakhir kami berdua. Di letakkan tangannya di pahaku yang hanya memakai seluar pendek paras paha.
Aish bini aku ni tak goda aku tiap hari tak sah. Bisik hati Haris.
"Tu tadi. Sekarang lapar baliklah sayang" kata Haris sambil mengosok pahaku yang terdedah itu. Matanya di halakan di pahaku.
Ish Haris ni macam tak pernah pula tengok paha aku. Macam tak biasa pula aku pakai seluar pendek dekat rumah
"Cepatnya Haris lapar. Alaa Saffiya malaslah" kataku dan cuba memusingkan badanku kembali menghadap meja belajarku tapi tidak berjaya. Pegangan tangan Haris di pahaku menghalang badanku berpusing.
"Haris stop please. Nak buat kerja ni"
"Sayang dari tadi awak belajar. Sekarang dah nak pukul 12 dah. Sudah-sudahlah tu belajar"
"Awak cakap senanglah. Esok saya yang nak kena hadap"
"Esok paper petang je kan. Pagi boleh belajar lagi"
"Habis tu kalau petang, malam ni boleh duduk saja-saja lah?"
"Tapi Saffiya dah belajar dari isyak tadi. Jem nanti otak awak study lama-lama. Baik awak masak untuk saya"
"Masaklah sendiri. Haris pandai masak kan?"
"Tapi Haris nak makan maggie kari telur Saffiya. Awak buat sedap. Saya teringinlah nak makan. Please"
"Mengada-ngadalah Haris ni. Saya nak belajar"
"Alaa teringinlah. Lagi-lagi telur tu ahh sedap. Malam ni dua telur eh" pujuk Haris lagi. Siap mintak extra telur lagi.
"Tak cukup ke telur awak tu"
"Mana tau tak cukup. Dah try main eh telur saya" sambil di angkat keningnya. Saja mengusik Saffiya.
"Ish takde masa saya nak main dengan telur awak"
"Betul ke tak teringin nak main ? Tapi bie teringin juga sayang manjakan telur bie"
YOU ARE READING
Masih Aku Cinta
RomanceHampir 2 bulan hidup sebagai seorang isteri kepada seorang pensyarah muda tidak pernah disesali Saffiya Aliya. Tidak pernah menyesal mencintai lelaki yang terpaksa di kahwinnya atas wasiat arwah ayahnya. Pelbagai kenangan di cipta pasangan ini. Cin...
Bab 32 - Telur
Start from the beginning