Bab 20 - Besar Sangat

118K 1.6K 19
                                    

Aku turun ke dapur dengan semangat. Ceh semangatlah sangat tadi bukan main geram kena tengking dengan Haris.

Ah think positif Saffiya. Haris sakit kepala dan mood tak menentu.

Baik aku masak bubur untuk dia.

Aku pun ke dapur dengan semangat yang baru. Yes semangat baru!

Dengan memakai baju labuh sampai ke paha dan berlengang panjang. Malas nak pakai seluar. Baju dah labuh sangat kan ? Dalam rumah je. Rambut aku ikat gaya ponytail. Biar bergayut gayut. Nanti kacau aku nak masak kalau lepas.

I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby
I, I love you like a love song, baby...

Sambil menari nari aku menyanyikan lagu. Habis pinggang goyang. Aku goyangkan punggung pula. Ni salah satu excesise aku sebenarnya tau. Biar bebas sikit tulang aku.

Because you know I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble
I'm all about that bass
'Bout that bass, no treble.....

Lagu lain pula aku nyanyi. Tapi gerakan sama je. Em gaya tu je aku tahu menari. Alah gaya menari pun setakat gerakan punggung je.

"Sayang"

Tiba-tiba gerakan punggung aku berhenti. Pinggang aku dipeluk dari belakang. Kedua dua tangan Haris di letakkan dia perutku. Kepala Haris disinggahkan dia bahu ku yang sedikit terdedah.

Wajah Haris bukan sahaja di letakkan di bahu malahan leherku terus dicium Haris. Mulut Haris terus menghidu leher dan bahuku.

Ish dia ni memang suka tau hidu leher aku. Dah macam vampire pula aku rasa.

"Bie, sayang tahu cita-cita bie dulu apa" kataku sambil mengacau bubur yang hampir siap di masak.

"Apa sayanggg" tanya Haris sambil tidak lepas menghidu leherku.

Ish geli lah.

"Bie berangan nak jadi vampire eh?"

"Hahaha kenapa cakap macam tu sayang" bisik Haris di telingan pula. Haris turut mencium telingaku.

Aduh tak tahanlah aku macam ni. Haris memang nak goda aku ke apa ni ? Dahlah ketawa dia tadi aku rasa seksi gila.

"T-tak. Ada. Apa. Lah." Kata-kataku terus tersekat apabila Haris terus menyambung mencium leherku dan ke bahu ku tanpa henti.

"Sayang goda bie eh" kata Haris.

Hah ? Aku goda dia ? Terbalik ni. Dia yang goda aku, bukan aku yang goda dia.

Terus aku palingkan badanku menghadap Haris.

"Mana ada" kataku sambil mencekak pinggang. Ajet-ajet garanglah.

"Haha comel" kata Haris.

Hah comel?

Haris melepasakan pelukannya di pinggangku dan meraih tanganku di pinggang untuk letakkan di bahunya. Sekarang kedua-dua tanganku melingkari bahu Haris.

Haris kembali memeluk pinggangku dan merapatkan lagi badan kami berdua. Mukaku begitu hampir dengan mukanya. Pipi ku dapat merasa hembusan hangatnya. Aku hanya tertunduk malu.

Haris mengangkat daguku untuk memandangnya. Mata kami terus bertaut.

"Bie mintak maaf pasal tadi. Bie takde mood tadi. Sorry okey" kata Haris seperti membisik di bibirku.

Aku tidak mampu untuk bersuara kerana takut bibirku terkena bibir Haris. Ah berdebarnya aku.

"Sayang.." Haris memanggilku. Dahiku kini melekat di dahinya. Hidungnya pula berlaga laga dengan hidungku.

Masih Aku CintaWhere stories live. Discover now