BAB 6

10K 354 45
                                    

BAB 6

"ABANG dua orang ni gay ke?"

Terasa berpinar beberapa saat mata Ethan dan Adam. Macam mana mereka boleh terlupa ada hamba Allah yang lain didalam kereta ini bersama mereka.

"Err Meon pergi ni ada bagitahu mak ke?" Ethan bertanya menukar topik. Silap langkah boleh jatuh dalam lubang.

"Allah. Meon lupa khabar dekat mak. Macam mana ni bang? Dahlah Meon campak je si Doraemon tu dekat rumah Tok Johar. Mesti mak marah pastu bertukar jadi Power Ranger belasah Meon."

"Cop cop, siapa Doraemon?" soal Ethan musykil. Doraemon dah sampai Malaysia ke? Yelah, Giant dah berleluasa dekat Malaysia ni manalah tahu giliran Doraemon pula mendarat di tanah bertuah ni. Nobita bila lagi ya?

"Adik saya bang. Nama sebenarnya Syarifah Adura. Tapi disebabkan dia bulat, pendek dan takut tikus saya panggil dia Doraemonlah." Meon tersengih panjang. Ethan hanya mampu menayang sengih kekok. Sementara Adam menunjuk muka creepy.

"Abang pun tak suka tikus. Menggelikan. Berbulu."

"Eleh, tikus tu kecik je. Abang berkali-kali ganda lagi besar dari dia. Lagi pulak, hidung abang pun berbulu. Hidung abang sama macam tikuslah kalau macamtu. Menggelikan."

Ethan tergeleng-geleng kepala mendengar hentaman selamba Meon kepada Adam. Dalam beberapa jam ini saja sudah beberapa kali Adam terkena. Macam-macamlah. Tapi sekurang-kurangnya Ethan dan Adam boleh menarik nafas lega kerana Meon sudah melupakan soalannya tadi. Meon juga rancak bercerita itu dan ini sehingga cerita tentang hamster belaan uncle Muthu yang mati bunuh diri pun dibukanya.

Ethan membelok keretanya kekanan, memasuki perkarangan hospital yang menempatkan dua orang gadis tadi.

Sebaik saja Ethan mematikan enjin kereta, Meon terus melompat keluar dan berlari masuk kearah lobi hospital. Adam yang terkial-kial ingin turun segera mengejar Meon. Takut pula hilang anak orang tu nanti. Walaupun biul tetap anak orang jugak.

"Hish si Meon ni. Menyusahkan betul." Adam mengomel serupa mak nenek. Nagging dan Adam berpisah tiada. Kesian bakal isteri si Adam ni nanti dapat suami kaki bebel. Ehem, ada bakal isteri ke kalau gay?

"Meon, jangan berlari dalam hospitallah." Jeritan kuat Adam kedengaran disetiap sudut mahupun penjuru ruang. Mata-mata yang ada disitu tajam memanah wajah Adam. Sebagai amaran gamaknya. Yelah, mana boleh buat bising dekat kawasan hospital.

Adam tersengih kelat, menahan malu menjadi tumpuan orang ramai. Ni semua salah Meon. "Meon mana you?" Entah dari celah mana Ethan datang menyoal Adam yang tegak berdiri sambil bercekak pinggang. "Entah. Budak kecik tu nanti merasa kang tersula tanpa sengaja." Garang Adam membalas. Kalau dapat si Meon tu, nak masak sup buat kenduri kesyukuran. Nakal nauzubillah.

"Hish mana pulak budak ni pergi. Dah tahu wad berapa girls tadi kena tahan?" soal Ethan. Kepalanya yang tidak gatal digaru. Boleh botak dia kalau kena hadap budak Meon ni hari-hari. Apalah nasib mak bapak si Meon ni.

"Tak tahu, tapi sayang, I nak cepat balik tau. Tak sabar nak bercandle light dinner dengan you malam ni." Tangan Ethan dirangkul Adam erat. Lagak bagai telah digam UHU bersama saja. Walaupun kenyataannya mereka adalah magnet yang mempunyai kutub yang sama. Aneh bagaimana boleh melekat?

"Okey baby. Kita melawat girls tu sekejap je. Kemudian kita hantar Meon balik and I terus masak untuk candle light dinner kita malam ni. Special for you." Pipi Adam dipegang lembut dan dibawa menghadapnya. Memerah pipi Adam diperlakukan sebegitu oleh Ethan. Dibelai seperti seorang bayi yang baru menjengah dunia.

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now