BAB 5

9.9K 395 35
                                    

BAB 5

BERBEKALKAN keberanian yang ada pada diri, Hannah merempuh masuk dapur rumahnya yang sudah sesak dengan asap-asap yang memedihkan mata. Terbatuk-batuk Hannah kerana asap itu sudah masuk kedalam paru-parunya. Tangannya memukul dada dengan kuat. Cuba untuk bertahan demi seorang sahabat bernama Sofea Quraisya.

Mata Hannah membulat. Tubuh Sofea yang terbaring tidak berdaya sama saja seperti ketika ditinggalnya tadi. Tubuh itu dihampiri Hannah bersama tubir mata yang sudah mulai basah dengan air mata penyesalan seorang sahabat. Kalaulah tadi dia tidak minta Sofea untuk memasak sayur campur, mesti semua ni takkan berlaku. Sofea tak akan terbaring lemah tak berdaya sebegini. Ini semua salahnya.

Cabul punya mulut. Kata tadi reda kalau Sofea terbakar. Salahnya.

Salah Hannah. Ini takdir yang maha Esa. Tentu ada hikmah disebalik apa yang telah berlaku. Mungkin ni memang saatnya untuk kau renovate dapur kau tu. Ahaks. Ingatlah, semua yang terjadi ada sebabnya. Allah itu maha mengetahui, Hannah. Ujian dihadiahkan buat hamba yang DIA yakin mampu untuk menempuhinya. Insha Allah. Allah yakin kau dengan Sofea mampu untuk laluinya Hannah.

"Fea, kau bertahan tau. Sikit lagi aku selamatkan kau." Tubuh Sofea dibawa dalam dakapannya. Kepala Sofea dilekapkan pada dadanya. Menyalurkan kekuatan untuk terus bertahan. "Na... ." Lemah sekali suara Sofea memanggil Hannah. Hannah menjatuhkan kepalanya melihat Sofea yang bersusah payah untuk melakar senyuman pada bibir pucatnya. Sofea terbatuk. Perit sekali bunyinya. Hannah juga terasa sesak nafas berada disitu. Tetapi dia perlu kuat untuk Sofea.

"You are stonger than you know, so much stronger than you know." Terketar-ketar bibir Hannah menyanyikan sebaris lirik lagu dari kartun kegemarannya. Ya, kita lebih kuat dari diri kita tahu. Kita sangat kuat. Kuat dengan segala masalah yang menimpa. Kuat untuk menempuhinya.

"Kau bertahan tau Fea. Aku tahu kau kuat." Erat sekali dua tubuh itu bersatu. Saling memerlukan antara satu sama lain. Itulah sahabat.

"Hannah, macam mana keadaan dekat dalam tu? Hannah okey? Fea macam mana? Bomba sekejap lagi sampai. Dalam masa 15 minit lagi." Azizah menjerit dari luar. Bergabung dengan suara jiran lain yang turut kalut dan risau.

"Hannah okey kak, tapi Fea, dia... . Tolonglah selamatkan Fea. Hannah tak larat nak bawa dia keluar. Fea ni berat." Hannah pula menjerit memaklumkan keadaan didalam. Yang diluar masing-masing kalut memikirkan apa yang terjadi didalam. Azizah mundar-mandir menanti ketibaan Pasukan Bomba dan Penyelamat.

"Hannah!"

"Ya." Lemah sekali suara Hannah menyahut.

"Hannah?"

"Ya." Makin lemah. Hampir saja tidak kedengaran Hannah menyahut sebelum dia turut rebah pada lantai yang sama dengan Sofea.

"Hannah?"

"Hannah?"

Tiada sahutan lagi dari dalam.

"Ya Allah. Hannah!" Para ibu mula menitiskan air mata, memikirkan yang bukan-bukan.

Mohon dijauhkan.

Tiada seorang pun yang berani untuk menerjah masuk kedalam dapur rumah yang semakin dijilat api itu. Beberapa orang lelaki hanya berani masuk ke ruang tamu tapi tidak ke dapur. Pintu masuk dapur itu sudah ranap dijilat api. Jika ada yang masuk itu namanya menempah tukang gali kubur untuk gali kubur kita.

Semua pakat menggigil ketakutan. Ada juga yang menggigit kuku. Perasaan risau menjalar kesetiap pembuluh darah.


YOU watch me bleed until I can't breathe

Dia, Limited Edition! [C]Where stories live. Discover now