Sudah tiga hari Zahra tinggal di rumah sewa Nik dan juga Qisya, namun kelibat Mikhail tidak dilihat. Encik Zaid memberitahu Zahra bahawa dia sudah bagitahu alamat rumah sewa kawannya kepada Mikhail beberapa hari lepas.
Zahra terfikir kenapa sampai sekarang Mikhail tidak mencarinya walaupun dia tahu dimana aku berada sekarang? Dia sakit ke? Ke dia masuk hospital?! Ke dia busy dengan Zue tu? Ishh! Tak boleh jadi ni.
Zahra duduk di atas katil dan menyilangkan tangan dan juga kakinya.
"Now, what I want to do? Aku yang merajuk, bukan dia. Hm.. Abang ni pun satu lah.. baby jangan ikut perangai papa eh? " kata Zahra sambil melihat perutnya. Masuk hari ini dah empat minggu dia pregnant. Alhamdulillah anak diperutnya itu sihat.
"Tak boleh jadi. Aku kena balik." Kata Zahra lalu menyarung tudung satin dan mencapai beg tangannya.
Zahra menutup pintu bilik itu dengan cermat. Kelihatan kawannya Nik dan Qisya sedang busy memasak, dia berjalan ke arah kawannya itu. Nik dan Qisya dan sedar akan kehadiran Zahra terus memalingkan pandangan ke arah Zahra.
"Korang.. aku rasa, aku nak balik rumah suami aku." Kata Zahra sebaik sahaja melangkah ke dapur.
" apa kata kau makan tengah hari dulu. Lagi pun kitaorang dah siap masak sudah ni" kata Qisya.
"hm.. okay lah kalau macam itu.
:)" kata Zahra lalu menarik kerusi untuk duduk dan meletakkan beg tangannya disebelah.Tiba-tiba bunyi loceng rumah terdengaran. Mereka memandang sesama sendiri.
"Korang ada order apa-apa ke?" Tanya Nik. Yelah..sepanjang Zahra duduk dengan mereka, ada sahaja yang di order nya. Pizza Hut , Domino, macam macam lah.
"Kejap aku pergi tengok siapa" kata Nik lalu berjalan menuju ke arah pintu.
"Kau ada order apa-apa ke, Zahra?" Tanya Qisya.
Zahra mengeleng kepala. Qisya hanya membalas dengan mengangkat bahunya.
"Qisya! Better kau pakai tudung!" Jerit Nik dari pintu.
Qisya hanya mengerut dahi dan pergi ke biliknya memakai tudung. Zahra yang sedang pelik segera menuju ke arah Nik yang masih di pintu.
"Siapa itu Nik?" Tanya Zahra. Pintu itu masih tertutup rapat.
" kau jemputlah dia masuk aku nak pakai tudung kejap." kata Nik lalu meninggalkan Zahra.
Zahra memulas tombol pintu tersebut. Terkesima sebentar Zahra dibuatnya! Anak mata Zahra tepat memandang ke arah anak mata si tetamu. Si tetamu memberi senyuman. Zahra pula masih kaku disitu. Agak lama juga selepas kejadian 3 hari lepas, dia tidak menatap wajah tersebut.
Ya, Muhamad Mikhail.
Wajah yanh dirinduinya.
"Tak nak jemput orang ni masuk ke?" Kata Mikhail yang masih tersenyum melihat Zahra,walaupun dia resah sekarang takut Zahra masih marah padanya.
Zahra terus membuka pintu itu seluasnya dan berlalu pergi meninggalkan Mikhail dibelakang. Selama ini bukan main rindu lagi kau Zahra! Sekarang ini kenapa kau tak peluk je dia untuk lepaskan rindu?! Ah biar dia rasa, dia buat aku merajuk hari itu.
Zahra duduk di meja makan. Dia hanya mendiamkan diri pura-pura merajuk. Sepatutnya plan dia, balik rumah bertemu Mikhail and then dia hendak tentukan samada Mikhail hendak memujuknya atau tidak? Sesungguhnya dia amat lemah dengan pujukan Mikhail. Lemah sangat. Cair teruih!
"Eh Zahra, kenapa tak jemput suami kau makan sekali? Mikhail, jemput lah makan tengah hari sekali. " pelawa Nik.
Mikhail mengganguk lalu duduk disebelah Zahra. Zahra hanya memandang Mikhail dengan ekor matanya sahaja. Akhirnya mereka semua makan tengah hari bersama. Nik dan Qisya melihat Zahra yang agak diam di hadapan mereka. Mereka tahu yang Zahra ini sayang sangat-sangat dengan suaminya Mikhail. Zahra sendiri yang bagitahu mereka tempoh hari cuma, hati Zahra kuat mengatakan bahawa perempuan yang dijumpai berdua-duaan dengan Mikhail hari itu cuba merampas kebahagian keluarga Zahra dan dia makan hati kerana Mikhail tidak mencarinya tiga hari lepas.
Nik dan Qisya tersenyum melihat telatah pasangan suami isteri dihadapan mereka,saling memandang. Nik dan Qisya berlalu keluar dari dapur apabila sudah selesai menikmati makanan tengah hari. Sekarang yang tinggal hanya Zahra dan Mikhail.
Suasana di dapur masih sunyi walaupun ketika membasuh pinggan mangkuk. Mikhail menjenguk isterinya disebelah. Takkan merajuk lagi?
Zahra mengelap tangannya dan ingin berlalu pergi tetapi ditahan oleh gengaman Mikhail. Zahra tidak menoleh ke arah Mikhail sebaliknya memejam matanya.
"Takkan merajuk lagi kot~?" Tanya Mikhail.
'ah..lembutnya gengaman tangan dia'
"Dah dah la tu..abang tahu abang salah. I'm sorry okay?"
"And thanks for the gift. It's nice~" ujar Mikhail mengoda.
"Okay fine.. kita balik rumah sekarang. Kita settle dekat rumah okay? Tak sesuai berbincang dekat sini." Kata Zahra sambil memandang anak mata Mikhail. Mikhail tersenyum mendengar suara itu, tiga hari dia tidak tidur malam merindui Zahra.
Zahra mengambil begnya dan bertemu dengan Nik serta Qisya. Mereka berpelukkan dan berlaga pipi.
"Nanti kita jumpa lagi eh?" Ucap Nik.
"Kalau free kita lepak macam dulu. Almaklum lah sekarang kau jarang-jarang boleh keluar rumah sebab dah kahwin kan.." ucap Qisya pula.
"Yalah Qisya oi! Hm.. aku gerak dulu nanti jumpa lagi. See you soon" kata Zahra lalu melambai mereka.
Zahra melangkah ke keretanya manakala Mikhail follow Zahra dari belakang. Mikhail yang ternampak kereta Zahra elok terparking di situ terus memasuki parking yang kosong disebelahnya sewaktu tiba tadi. Walaupun hanya kereta, kereta Zahra dan Mikhail selalu diparking bersebelahan.
Zahra dan Mikhail memulakan perjalanannya.
♥♥♥
Semenjak tiba di rumah tadi, Zahra hanya mendiamkan dirinya. Sekarang jarum jam menunjukkan sudah pukul 10 malam. Keadaan di rumah itu masih sunyi. Tiada perbualan langsung, Mikhail agak bosan. Dia memandang Zahra yang sedang menekan remote control. Hampir kesemua saluran dibukanya.
Mikhail duduk menghadap Zahra dan melambai depan muka Zahra. Zahra masih dengan khalayannya.
"Hei~ Zahra?" Panggil Mikhail lembut.
Zahra lantas memandang Mikhail tatkala namanya dipanggil. Mata Zahra terkelip-kelip seperti baru sedar.
"Kenapa abang tengok sayang mengelamun aje? Ada masalah ke?" Tanya Mikhail. Zahra mengeleng kepala.
"Okay... abang minta maaf.. I'm so sorry about what happened that day. Zue designed all of that sebab nak sayang dengan abang gaduh macam ni. So, takkan lah Zahra nak Zue menang dalam game ni kan? Maafkan Abang, Zahra.." ucap Mikhail.
"Ya Abang, Zahra maafkan. Lagi pun sayang tak nak lah gaduh lama-lama. tapi kan...kenapa abang tak cari Zahra? Even you know where I been selama ini? Ayah tell me, yang Ayah bagitahu abang Zahra ada dekat rumah Nik dan Qisya di Damansara???" Leter Zahra agak marah.
Mikhail tertawa kecil.
"Abang outstation. Sebab itu tak sempat nak pergi jenguk Zahra.. sorry okay?"
Mikhail memegang tangan Zahra manakala Zahra melentokkan kepalanya dibahu Mikhail.
"Jangan lah ingat kerja aje abang. Kesian isteri abang ni tunggu abang tau"
"Ha!" Jerit Zahra lalu menegakkan kepalanya.
"Zahra kan... sebenarnya.." kata Zahra sambil tersenyum lebar.
"Sebenarnya apa?" Soal Mikhail. Tertanya-tanya juga kenapa, tiba-tiba menjerit.
"Sebenarnya... Zahra... Mengandung! Dah empat minggu!" Jerit Zahra.
"Seriously?!" Soal Mikhail.
Zahra mengganguk banyak kali. Lantas tubuhnya dipeluk oleh Mikhail. Mikhail memegang perut Zahra. Bibir terukir senyuman mereka berdua.
"Sayang Zahra ketat-ketat"
"hahahahah sayang Mikhail manja-manja"
❤❤❤
YOU ARE READING
Ketentuan ✅
Short StoryCOMPLETED Be aware, It is cringe. I wrote it when I was in secondary school. Dua insan yang disatukan atas permintaan keluarga mereka. Nurin Az-Zahra dan Muhamad Mikhail. Mereka bersetuju untuk disatukan dengan satu syarat:- • berjauhan satu sama la...