23

13.5K 513 14
                                    

Aku mengemas rumah termasuklah menyapu di halaman luar rumah. Semasa aku menyapu, seorang lelaki bujang yang tinggal di sebelah rumah aku menegur.

"Assalamualaikum." Tegur lelaki itu.

"Waalaikumsalam."

"Jiran baru eh? Perkenalkan, saya Syahril." Ouh Syahril.. Mesti anak orang kaya jugak, baju dah la berjenama.

"Haah baru je pindah semalam, saya Ania. Tinggal dengan husband kat rumah ni, baru je kahwin." Kata aku sambil menyapu sampah. Lelaki itu sekadar menghendap di tembok rumah.

"Series? Dah kahwin? Melepaslah aku.." Kata lelaki itu perlahan.

"Apa dia awak cakap? Kurang jelas." Aku dengar dia cakap tapi tak pasti betul ke tak apa yang aku dengar.

"Tak.. Saya cakap betul ke dah kahwin?"

"Haah. Dah kahwin."

"Boleh tak kalau nak mintak nombor telefon? Mana tahu ada emergency?" Aku rasa lelaki ni tak betul. Isteri orang pun boleh ke?

"Kalau saya bagi nombor telefon suami saya boleh?" Aku sengaja berdalih.

"Eh nombor telefon awak lah.."

"Nak buat apa? Tak pe lah suami saya dah panggil saya masuk dulu assalamualaikum!" Aku terus masuk rumah, malas nak layan jiran yang tak betul. Aku dah cakap aku ada suami tapi tak nak dengar!

"Ish orang cakap tak nak dengar! Pergi la mengurat orang lain ramai lagi!"

"Sayang.. Kenapa ni?" Adam mesti dengar aku bebel. Habislah!

"Tak ada.. Jiran sebelah ni ha! Nak mengurat sayang.." Aku terus duduk di sofa lalu melepaskan lelah.

"Biasa lah tu, tak apa kali kedua dia mengurat abang pergi pecahkan muka dia." Kata Adam sambil memegang tangan aku.

"Tak apa lah abang, sayang pandai-pandailah jaga diri." Aku tak mahu menyusahkan suami aku. Nanti tak pasal-pasal masuk lokap sebab tumbuk jiran tanpa sebab.

"Betul ni?"

"Betul abang. Abang.. Jom pergi beli barang dapur, barang dapur tak ada lagi." Cadang aku.

"Jom! Siap-siap. Abang pun nak beli barang jugak."

"Okay!" Aku dan Adam berpegangan tangan semasa naik ke bilik.

Usai membeli barang-barang dapur, aku memasak tomyam untuk pertama kalinya di rumah baru.

Aku menyanyi lagu bahagiamu deritaku sambil memotong tomato. Aku teringat balik semasa aku berumur tingkatan dua, Adam pandai main gitar. Adam juga suka lagu Hafiz. Aku pun terpukau dengan suara Hafiz, memang sedap.

Ku dengar kau cinta sangat padanya
Ku dengar hatimu kini miliknya
Dia kan menjadi teman sehidup dan semati
Aku menjadi sahabatmu

Siksanya mengakui kau teman biasa
Terpaksa ku terima itu hakikatnya
Yang pasti aku tak mahu lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

Yang pasti aku tak mau lupakan cinta
Kau percik api membakar kenangan lama

Aku tak tahu menilai cintamu
Aku tak mampu pertahankan

Tinggalkanku, perlahan-lahan ku trima
Semakin ku sakit, semakin kau bahgia
Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu, bersamamu

Mengapakah aku jadi lemah
Sungguh ku tak sangka dia membawa jantungku bersamamu

"Sedihnya lagu sayang nyanyi." Adam memeluk pinggang aku daripada belakang.

"Hmm." Aku teruskan memotong sayur-sayur yang lain pula.

"Sayang.. Sedapnya sayang masak! Abang nak tolong eh? Sayang pergi tengok tomyam,abang potong sayur." Adam merampas pisau daripada aku.

Siap sajian utama aku memasak hidangan sampingan pula. Kemudian kami makan sama-sama.

Selepas makan aku dan Adam menonton televisyen cerita Kuch Kuch Hota Hai bersama. Cerita ini sedih sehingga aku menangis.

Adam perasan aku menangis. Dia mengambil kepala aku dan menyandarkan kepala aku di dadanya. Adam mengusap-usap rambut aku.

"Abang dah agak sayang mesti menangis."

"Biar la sayang nak nangis pun!" Marah aku.

"Alolo macam ni pun nak marah, ish sayang ni emo sangat! Lain kali kalau nak tengok cerita sedih mesti kena ada abang. Kalau tak, tak ada orang nak pujuk."

Aku akui memang Adam faham aku. Kalau Adam tiada mungkin aku tidak berhenti menangis. "Ye lah tu!"

Sedang asyik menonton televisyen aku menerima whatsapp mesej daripada nombor yang tidak dikenali.

Tidak dikenali: Hai😊  Kenal tak ni siapa?

Ania: Tak kenal! Siapa ni?

Tidak dikenali: Buah hatilah, tak kan tak kenal?

Aku malas nak layan. Aku biarkan saja. Aku terus menonton televisyen dengan Adam.

"Siapa whatsapp?" Tanya Adam.

"Entah lah, malas nak layan. Baik tengok hindustan dengan abang, lagi best kan?" Aku menyentuh hidung Adam.

"Tahu pun! Dah habis iklan dah tu." Aku dan Adam terus melayan cerita Kuch Kuch Hota Hai.

Habis cerita Kuch Kuch Hota Hai, aku terus ambil remote untuk menukar siaran. Tangan Adam pun menyentuh remote. Aku dengan Adam berebut remote.

"Abang! Sayang nak remote! Nak tengok cerita memasak!"

"Aip! Abang nak tengok cerita lain! Meh remote ni!" Adam dapat merampas remote daripada aku. Dia terus menukar cerita yang dia mahu.

"Ikut suka hati abang lah! Malas dah nak tengok cerita, baik naik atas!" Aku bangun daripada sofa dan naik ke atas dengan keadaan marah.

Aku masuk ke bilik kemudian duduk di meja solek. Aku tidak puas hati. Baru nak tengok cerita memasak! Aku terus mengambil whudu' untuk menghilangkan perasaan marah.

Makan malam hari itu aku tidak bercakap pun dengan Adam. Aku masih lagi merajuk dengan peristiwa siang tadi.

Aku masuk bilik dan baring di atas katil. Sungguh tiada mood. Jam menunjukkan hampir pukul 10 malam. Adam memasuki bilik. Aku terus pura-pura tidur.

"Sayang.. Dah tidur?" Adam datang dihadapan aku. Dia tahu aku selalu tidur di lengannya. Tak mungkin sudah tidur.

Aku membuka mata. Memerhati sekeliling jika Adam sudah tiada.

"Hah! Belum tidur! Meh sini bangun!" Adam sudah perasan aku belum tidur. Aku bangun dan bersila di atas katil.

"Sayang.. Abang mintak maaf lah pasal remote tadi. Abang betul-betul nak tengok cerita tu. Sorry eh?" Pohon Adam.

Aku sengaja nak merajuk. Tak sweet langsung pujuk macam tu je.. Suami orang lain pujuk siap bagi bunga lah, ape lah, ni setakat mintak maaf. Boleh balik lah!

Aku terus baring di atas katil lalu menarik selimut. Aku melelapkan mata. Yang aku pasti, ketika aku tutup mata, Adam mengangkat kepala aku dan letakkan di lengannya.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now