Cuti sekolah masih lagi berbaki. Masih lagi ada seminggu sebelum cuti telah habis. Bekerja sebagai cikgu memanglah senang cuti, tetapi suami aku yang bekerja sebagai doktor psikologi.. Agak susah sedikit.
Aku teringat tentang apa yang berlaku di meja makan siang tadi.
Ibu memandang ke arah kami. Aku tak tahu kenapa tetapi ibu macam nak bertanya sesuatu.
"Ibu nak tanya ni, cuti panjang lagi ni.. korang berdua tak nak pergi mana-mana ke? Kiranya honeymoon lah.." Aku menelan air liur. Aku dan Adam saling berpandangan.
"Nanti lah kiteorang fikirkan ibu." Adam menjawab dengan sopan santun.
"Auw!!" Pipi aku dicubit oleh Adam. Hilang lamunan aku.
"Tulah.. Berangan lagi. Berangan pasal ape? Pasal honeymoon? Jom! Pergi mana-mana. Sayang tahu tak dekat mana sesuai?" Bersemangat Adam.
Aku berfikir. Aku rasa kampung aku adalah tempat yang paling sesuai! "Abang.. Sayang rasa sayang tahu dekat mana.."
Adam memandang aku tajam. "Dekat mana?"
"Dekat hati abang! Ahaha. Okay gurau.. Erm dekat kampung sayang. Terengganu. Okay tak?" Dekat situ sahajalah paling best bagi aku.
Adam tidak memberi respon. Sebaliknya dia semakin menghampiri aku. Semakin rapat muka dia.
"Abang ni kenapa diam?"
"Kata nak honeymoon dekat hati abang? Meh lah masuk hati abang. Ehehe. Gurau jugak! Abang okay je dekat Terengganu. Nanti abang apply cuti." Ish suami aku ni! Buat terkejut je. Aku terus menepuk lengan suami aku.
"Abang ni kan! Loya buruk tau! Nanti sayang call parents bagitahu nak balik kampung. Abang bagitahulah parents abang." Aku menepuk-nepuk bantal untuk tidur.
"Sayang nak tidur eh?"
"Haah. Selamat malam abang." Suami aku mencium dahi aku. Dia menjadikan lengannya sebagai bantal kesayangan aku dan memeluk aku.
Aku mendail nombor mak aku. Aku menelefon mak aku untuk memberitahu bahawa aku ingin pulang ke kampung.
"Assalamualaikum ma.."
"Waalaikumsalam.. "
"Ma, orang nak bagitahu.. Nanti orang nak balik kampung. Jangan lupa bagitahu abah eh? Takut abah risau pulak." Kebiasaannya, abah lah orang yang paling risau jika anaknya keluar rumah atau pergi jauh.
"Inn shaa Allah ma bagitahu.. Jaga diri baik-baik. Jaga suami tu. Makan minum dia pastikan jaga." Sayang juga ma dekat anak dia sorang ni.
"Okay ma.. Kirim salam dekat semua tau. Cakap kirim salam rindu ehehe. Okay lah bye!" Aku mematikan panggilan.
Banyak kerja yang perlu dilakukan. Nak lipat baju dan nak kemas bilik sebelum pulang ke kampung. Sementara suami aku kerja harini, baik aku buat semua kerja.
Aku melihat baju suami aku di dalam almari baju tak banyak kemeja. Kebanyakannya, baju t-shirt. Aku pilih beberapa helai baju yang sesuai untuk dibawa.
"Siap satu kerja!" Jam menunjukkan pukul 12.45 petang. Sekarang aku perlu turun kebawah untuk membantu ibu menyiapkan makanan untuk santapan petang dan malam.
Aku terbau aroma tomyam. Laju aku menuju kedapur. "Ibu masak tomyam ke? Favourite Ania ni ibu!"
"Lah iyeke? Si Adam suka tomyam jugak. Ibu masak tomyam untuk malam nanti. Apa kata Ania buat donat untuk makan petang?" Ibu memberi arahan.
Aku tak ada masalah nak buat donat. Dulu kalau donat ni selalu sangat buat. "Ada bahan-bahan tak?"
"Ada, cuba cari bahan-bahan tu dekat rak itu." Jari telunjuk Puan Maria tunjuk di rak sebelah kanan aku.
"Okay, ibu masak je tomyam tu. Ania siapkan donut."
Adam sudah balik kerja pada pukul lima petang. Tentu Adam penat. Its okay, aku ada buat donut special untuk suami tercinta.
Aku menjemput Adam di muka pintu rumah Puan Maria. "Abang dah balik. Mesti abang penat. Dah makan?" Aku bersalaman dengan Adam.
"Belum makan lagi. Lapar.. Lah sayang." Muka lima sen ditayang. Manja betullah suami aku ni.
"Sayang ada buat donut. Abang dah solat?"
"Dah solat dah, tadi dekat tempat kerja. Mana donutnya? Abang nak rasa." Adam duduk di meja makan.
Aku mengambil donut yang diletakkan coklat dan dihiasi chocolate rice diatasnya. "Nah, cuba rasa."
Adam membaca doa makan lalu makan donat tersebut. "Sedap lah sayang! Disebabkan sayang masak sedap, apa kata lepas makan malam kita pergi cari barang-barang untuk perjalanan ke Terengganu?"
Sedap? Alhamdulillah. "Serius ke bang? Yeay! Macam-macam sayang nak beli." Aku mula terbayang barang-barang yang akan aku beli.
Usai makan malam, kami bersiap untuk ke Tesco.
Sepanjang perjalanan ke Tesco, hanya radio yang berkata-kata. Aku tidak larat nak bercakap. Mungkin sebab period barangkali.
Sampai di tesco, aku mencari barang-barang yang nak dibeli. "Abang nak beli apa? Apa kata kita beli makanan ringan? Boleh ngap ngap dalam kereta."
"Okey jugak. Ambik lah." Aku akur. Aku terus memasukkan makanan ringan seperti Mamie, Super Ring, Pocky dan lain-lain ke dalam troley.
"Sayang.. Jangan lupa mineral water." Aku meluru pergi mencari mineral water. Tertinggal si suami aku.
"Kemana pula suami aku pergi ni? Ingat dia tunggu sini." Puas mencari.
Adam mencubit pipi aku. "Hai sayang. Baru hilang sekejap dah rindu ke?"
"Buat apa nak rindu? Abang pergi mana tadi?"
Adam meletakkan coklat-coklat ke dalam troley. "Ni.. Abang cari coklat ni." Ada pelbagai jenis coklat. Ada cadbury, kit kat, toblerone dan sebagainya.
Ternganga aku. Biar betul suami aku ni. Cari coklat buat ape?
"Kan abang ada cakap, nak beli coklat banyak-banyak untuk sayang. Ape lagi nak beli? Baju sayang dah cukup? Ke nak beli baru?" Terharu lah aku!! Sayang abang!!
Bila cakap pasal baju, baru aku teringat. Baju dalam aku banyak yang tertinggal di rumah aku. "Boleh tak kalau nak beli..."
Aku berbisik. "Baju dalam.."
"Ouh.. Beli lah sayang.. Nak baju tido yang sexy pun boleh!" Gatal suami aku ni! Kami terus menuju ke bahagian baju perempuan.
Suami aku pun nak ikut ke? Alah.. Malu lah aku macam ni. "Abang tak malu ke pergi dekat tempat ni?"
Suami aku senyum. "Buat ape nak malu, orang lain okay je.." Lantak lah..
Rasanya warna kelabu jenis sport tu lawa. Tapi tinggi sangat lah.. Nak suruh suami aku, serba salah pulak.. Suruh jelah..
"Abang.. Boleh tak amikkan yang kelabu tu. Tinggi sangat lah.." Aku menahan malu. Mestilah malu!! Ade ke patut suruh lelaki?
Suami aku tidak bersuara dan terus mengambil. "Tak rasa macam kecik ke?" Adam meletakkan baju dalam itu di dada aku.
"Abang!! Nasib baik tak ada orang nampak kalau tak malu lah!!" Aku macam nak cekik-cekik je Adam ni. Kat tempat awam pun jadi.
YOU ARE READING
Cinta classmate
RomanceAnia zahra telah meminati seseorang sejak di bangku sekolah menengah. Dia hanyalah gadis biasa yang rendah, kurang cantik dan hidup dengan sederhana. Ania yang suka bergaul dengan lelaki menyebabkan Puan Ainur ingin jodohkan Ania dengan seorang lel...