12

14K 593 5
                                    

Beberapa tahun kemudian..

Bersyukur kepada Allah yang maha berkuasa atas kelancaran majlis perkahwinan Irah.

Cantik Irah mengenakan baju kahwin berwarna putih digandingkan dengan corak bunga-bunga berkilauan.

"Ya Allah... Tak sangka aku!! Dulu bukan main lagi kau ckp aku yang kahwin dulu sebab aku ni gatal lah ape lah.. Last-last kau yang kahwin dulu.." Aku berpelukan dengan Irah kerana terlampau bahagia di atas perkahwinannya dengan Saiful.

Irah ketawa berhahaha. "Kau ni Ania.. Yang lepas tu lepas lah.. Suka hati aku lah nak kahwin muda ke.. Tua ke.. Jodoh aku dah sampai nak buat macam mana. Kau tu hah.. Bila nak kahwin? Umur dah 24 tahun.. Kerja siap cikgu lagi.."

"Entah lah.. Susah aku nak percaya lelaki.. Tapi kalau crush lama aku datang meminang, terus aku terima ahahahaahah!" Kuat kami ketawa sehingga tetamu yang lain memandang kami.

Dahi Irah berkerut. "Senyap sikit oi.. Kita ni perempuan.. Jatuh market kau. Aku tak pe.. Dah kahwin.. Hehehe. Lagi satu, aku ada ajak jugak kawan-kawan kita masa sekolah menengah dulu."

Hati aku berdebar. Rasa macam nak meletup pun ada bila dengar Irah cakap macam tu. "Kau biar betul? Ni kalau aku terjumpa crush aku macam mana? Haih.. Kau pun satu, mana nak bagitahu aku dulu."

"Perlu ke aku nak bagitahu kau?" Amboi minah ni.. Pandai loya buruk dah sejak kahwin ni.

"Ye lah.. Aku tahu aku siapa. Aku kan cuma kawan kau." Ehehe kita tengok dia baik ke tak..

"Eh.. Kau nak kemana? Aku gurau je.. Aku nak bagitahu kau tapi.." Belum sempat dihabiskan percakapan, mak Irah dah panggil untuk sesi pengambaran.

"Tak pe lah.. Kau pergi dulu.. By the way.. You look very gorgeous. Tahniah for your wedding." Aku hadiahkan sebuah senyuman paling indah. Rasa terharu bila kawan baik sendiri sudah mendirikan rumah tangga.

Ramai kawan-kawan lama aku datang ke majlis perkahwinan Irah. Semua yang pernah sama kelas dengan Irah masa sekolah menengah dulu mengambil gambar bersama.

Selesai sesi penggambaran aku berjumpa dengan Irah untuk memberikan hadiah yang tidak seberapa.

"Irah.. Aku dah nak kena balik. Ade hal sikit. Ni hadiah untuk kau.. Saje tadi aku tak nak bagi dulu. Aku mintak diri dulu ya.. Kirim salam dekat suami kau." Sekali lagi Irah hampir menangis akibat gembira.

Irah tenung aku lama. Senyumannya terbentuk. "Ania.. Terima kasih banyak-banyak. Aku tak minta pun semua ni. Cukup kau datang majlis aku pun dah okay.. Aku nak ingatkan kau.. Janganlah tunggu-tunggu crush kau tu. Cuba bukak pintu hati kau untuk lelaki sikit. Lupakanlah kisah lama tu. Aku yakin dan aku doakan kau supaya dapat suami yang paling sweet dan baik macam kau nak tu.. Amin!!"

Dada aku sebak. Macam nak nangis!! Hua hua. "Dah-dah.. Tak lawa pengantin menangis. Inn shaa allah aku akan dengar nasihat kau. Amin!! Supaya mulut kau masin ahah. K la bye.. Jangan lupa bagi aku anak buah ahahah."

Aku berjalan untuk keluar daripada perkarangan rumah Irah. Aku terus mencari kunci kereta di dalam handbag aku. Gedebuk!! Ya Allah. Siapa punye bahu ni.. Kuat betul.. Sakit aku punya bahu. Kunci kereta aku jatuh.

"Astarafirullahhalazim..sorry. Tak sengaja." Aku mengambil kunci kereta aku dan terus berjalan menuju ke kereta tanpa melihat wajah lelaki itu.

"Tak pe.. Tak kesah pon." Kedengaran suara itu sedikit garau.

Agak-agak siapa lah ek? Apa kena dengan aku? Buta agaknya tak nampak lelaki besar daripada aku. Lainlah kalau semut.

"Ah lantak arh.. Baik aku balik sebelum dengar mak aku pot pet pot pet.." Aku terus hidupkan enjin kereta dan pulang.

•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•~•

Aku sampai di rumah.

"Assalamualaikum.." Kaki kanan melangkah masuk ke dalam rumah.

"Waalaikumsalam.. Kau pergi mana angah? Lambat balik? Biasa pukul 2 dah balik." Suara Puan Ainur kedengaran daripada dapur.

Aku pergi ke dapur untuk berjumpa dengan mak aku. "Tadi pergi majlis kahwin Irah. Orang ajak ma.. Ma tak nak.. Tu yang orang pergi sorang-sorang."

Mak aku menepuk dahinya. "Haah lah.. Ma lupa. Erm tak pelah.. Kau dah solat zohor belum? Kalau belum pergi solat dulu."

"Belum.. Tu yang orang balik awal sikit. Orang pergi solat dulu okay.. Bye-bye.." Buang tabiat ape aku ni.. Dalam rumah pon nak bye-bye.

Usai solat zohor dan asar, aku duduk diatas katil. Aku terasa sakit di bahu. Aku cuba urut-urut sikit bahu. Aku teringat balik kejadian tadi. Siapa ek lelaki tadi?

KTok ktok ktok... Pintu aku diketuk. Tersentak aku daripada berfikir.

"Angah.. Nanti tolong ma masak ye. Lagi satu malam ni ada hal sikit nak bincang." Kata Puan Ainur daripada luar.

"Okay ma.. Beress!!" Jerit aku.

Cinta classmateWhere stories live. Discover now