" Rapmon! Sudahlah tu! ", arah Hope.
Hope tahu sememangnya ini salah V,tapi ini bukan diri dia! Bukan dia yang mahu !
Terlalu banyak perkara yang V lakukan di luar sedar. 23 kes kecederaan parah dialami pelajar lain yang terjadi di sekolah private tersebut.
Tetapi kes itu telah disembunyikan oleh pengetua agar tidak diketahui oleh pihak atasan.Ianya disebabkan pembunuhan itu dilakukan oleh anak kepada pemilik sekolah itu sendiri !
Mulut V mula mengalirkan darah disebabkan tumbukan Rapmon itu tadi.Tetapi V tetap diam,merenung wajah Rapmon sayu.
" Kau dah hampir bunuh 24 orang kau tahu tak?! Memang patut kau tak berhenti dikejar !! ", jerit Rapmon lagi.
Rapmon memang sudah lama ingin melontarkan ayat itu.
Sampai bilakan dia harus berpegang kepada rahsia besar ini !?
" Hey sudah! ", Jin cuba menenangkan keadaan.
Rapmon langsung tidak menghiraukan kata-kata Jin dan terus berlalu dari situ.
Jin berjalan mendekati V dan terus memasangkan semula earphone di telinga V.
" Kau relax okey ", kata Jin dengan lembut.
Ianya sudah biasa bagi Jin untuk bersifat keibuan kerana dia adalah yang paling matang dikalangan ahli-ahli Bangtan itu.
V mula mengalirkan air mata.Sampai bila perkara ini akan berlaku !?
Bukan aku.Bukan aku.Bukan aku
Perkataan ini diulangnya di dalam fikiran.
Sehingga dia lupa,
Dia lali
Dia gembira.
Tapi bisikan itu tetap mengingatkannya semula.
Tiba-tiba seorang pelajar lelaki mengetuk bilik darjah dimana ahli-ahli Bangtan itu berada.Dia juga teragak-agak hendak masuk ke dalam bilik itu apabila melihat situasi yang berlaku ketika itu.
"Errr...V...Pengetua panggil", kata pelajar lelaki itu dengan perasaan suara yang bergetar.
Siapa saja yang tidak gerun dengan situasi yang sedang berlaku itu ?
Renungan V saja sudah menakutkan ditambah lagi dengan bajunya yang dipenuhi darah.
Jin memberikan isyarat kepada pelajar tersebut untuk pergi.
V tiba-tiba memegang erat tangan Jin kelihat muka V mula pucat dan tangannya terasa begitu sejuk.
"Akuu... ta..ta...kut", kata V gagap.
Jin mengusap kepala V.
" Kami ekot kau pergi key ?", soal Jin.
V menganggukkan kepalanya menunjukkan tanda setuju.
YOU ARE READING
JOKE
RandomJURNAL OF KARMA ENIGMA You start it without no proof. Then you'r pointing all fault to me ©wattaeshyg