AKHIR • 29 • CERITA

310 36 0
                                    

WAISH masuk sahaja dalam rumah, dia sudah diterjang oleh kedua orang adiknya. Dia ketawa dan usap kepala adik-adiknya.

"Waish... Qaish rindu, Waish!" ujar Qaish kuat. Waish mengangguk.

"I miss you, twin." Waish tersenyum.

"Waish miss you two more than you think. Maaf Waish buat semua orang risau." Pelukan dileraikan. Mereka berdua menggeleng.

"Waish tak perlu minta maaf. Waish tak salah. Bila Waish tak salah, Waish tak perlu minta maaf. Kami tak suka." Waish ketawa. Dia mengangguk faham.

"Iyalah."

EZRAEL hanya tersenyum melihat ketiga-tiga anaknya yang sedang bermain bola. Hanya masukkan bola dalam jaring secara bergantian dan siapa yang tak dapat masukkan perlu calit bedak atas muka.

Setakat ini yang paling banyak Faish. Dah penuh semuka dengan bedak. Qaish baru dua kali dan Waish pun agak banyak. Nak lawan dengan pemain bola keranjang bukan mudah.

"Dah! Faish tak nak main dah!" Faish terus ke tepi dan duduk atas rumput. Waish dan Qaish ketawa.

"Faish ni tak gentle lah!" ujar Qaish. Faish jelirkan lidah. Biarlah. Waish menggeleng.

"Qaish nak main lagi?" soal Waish. Qaish menggeleng.

"Qaish dah penat..." Waish tarik Qaish duduk di dekat Faish.

"Kita cerita hantu nak?" soal Qaish. Waish dan Faish serentak menggeleng.

Qaish ketawa. Walau dirinya yang paling cengeng di sini, Waish dan Faish lah yang paling penakut.

"Habistu nak main apa?" soal Qaish. Mereka diam berfikir. Ezrael keluar dengan dulang. Waish yang melihat itu laju sahaja membantu papanya.

"Wah! Buah naga!" Ezrael ketawa kecil. Teruja betul mereka bertiga bila tengok buah naga.

"Ambil satu pinggan sorang. Buah melon tu nanti ambil lima potong sorang. Jangan ambil bahagian orang lain. Faham?" Mereka bertiga mengangguk.

"Bagus." Cepat-cepat mereka pilih buah yang mereka mahukan. Di dalam setiap pinggan ada buah naga dan buah campuran lain. Ezrael kembali masuk ke dalam rumah.

Waish mengambil pinggan berisi buah naga, buah oren dan buah kiwi. Faish pula mengambil pinggan berisi buah naga, buah epal dan buah anggur merah. Qaish pula mengambil pinggan berisi buah naga, buah pir dan buah plum.

Mereka bertiga ini sangat gemar dengan buah naga dan buah melon. Jika tidak diberikan sama banyak memang ada yang menangis dan merajuk.

"Waish... Qaish nak satu buah oren boleh?" soal Qaish. Waish mengangguk.

"Ambillah." Qaish tersenyum riang. Dia mengambil sepotong buah oren itu dan letak pinggan di bawah. Kulit itu dia buang dan terus masuk mulut.

"Thank you, Waish!"

Faish menggeleng. Waish ketawa pandang Faish. Nampak tak puas hati pun ada.

"Kau nak?" soal Waish. Faish pandang pinggan Waish. Dia angguk.

"Nak rasa buah kiwi tu." Waish hulurkan pinggan itu supaya Faish boleh ambil sendiri.

"Terima kasih." Waish hanya tersenyum. Dia perhatikan kedua adiknya itu. Syukurlah setelah setahun dia tinggalkan rumah adik-adiknya tidak berubah.

"Waish tahu tak, Qaish kan... Dia selalu cakap nak rawat Waish." Qaish membulatkan mata.

"Faish! Kan cakap rahsia!" Faish letak tangan di dagu.

"Mana ada. Qaish tak cakap pun." Qaish mencebik dan segera habiskan buahnya. Waish pandang Qaish.

"Qaish nak rawat Waish?" soal Waish bingung. Faish mengangguk bagi pihak Qaish.

"Dia menangis-nangis nak tukar bidang tau. Dari akaun terus nak sains tulen sebab nak jadi dokter." Waish ukir senyum sedangkan Qaish sudah memuncungkan bibir.

"Maaf buat Qaish risau." Qaish menggeleng.

"Qaish tak buat macam tu! Faish tipu! Tak nak kawan Faish dah!" Mereka berdua ketawa mendengar itu.

"Tapi... Kita memang tak berkawan, Qaish. Kita semua ni kan adik-beradik." Qaish baru teringat. Dia terus membelakangi abang-abangnya itu.

"Qaish resign jadi adik si kembar! Jangan kacau Qaish dah! Qaish dah resign!" Meledak kuat tawa abang-abangnya. Letak jawatan pula.

"Dia nak resign katanya." Faish mengulang. Waish mengangguk.

"Bolehlah aku minta adik baru dekat papa. Kita dah tak ada adik dah. Baru tadi adik letak jawatan." Qaish kembali pusing pandang si kembar.

"Ish! Pujuklah orang merajuk! Bukan cari adik baru!" Waish senyum senget.

"Merajuk? Tadi kata resign." Qaish kembungkan pipi.

"Nanti Waish minta papa carikan adik baru." Qaish sudah hilang sabar. Mata pun dah berkaca-kaca.

"Minta papa cari yang tak kuat merajuk." Faish menambah.

"Hiks..." Waish dan Faish tahan tawa.

"Boleh juga. Nanti kita minta papa." Faish mengangguk setuju.

"Huwaaa! Papa! Waish dengan Faish nakal! Dia tak sayang Qaish! Huwaa!" Dia tinggalkan pinggan yang masih tersisa sedikit buah dan berlari masuk mahu mengadu.

Kuat si kembar ketawa. Baru usik sikit dah macam tu. Nak letak jawatan kononnya. Mereka hanya ada seorang adik yang manja. Hanya Qaish dan tiada ganti.

"Jahatlah." Waish tersengih.

"Sekali sekala. Apa salahnya. Rindu aku nak buat dia nangis." Faish ketawa.

- Continue -

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] AKHIR CERITAWhere stories live. Discover now