AKHIR • 24 • CERITA

253 30 0
                                    

FAISH usap lembut kepala Waish. Abangnya pasti lelah. Dia tak sanggup melihat abangnya begini. Cukup enam bulan sahaja. Dia ingin kesembuhan buat sang abang. Namun, ia sukar.

"Jangan nangis lagi, Waish... Kami semua rindukan kau. Rindukan gelak tawa dan senyuman kau. Kami semua tahu kau kuat, Waish. Janji dengan aku, kau akan kembali macam dulu. Aku dengan Qaish rindu sangat nak kena kacau dengan kau. Nak kau sakat lagi. Buat aku marah, buat Qaish nangis, peluk aku, peluk Qaish, cakap kau sayang kami lagi dengan senyuman... Kami rindukan abang kami." Perlahan sahaja dia berkata. Waish hanya dia dan titisan air mata membasahi pipi.

"Waish... Setiap kali lawat kau, kau mesti akan nangis. Diam, mengelamun, mengamuk, hanya tu yang kami nampak. Kami takut, kami rindukan kau, kami tak tahu apa yang patut kami rasa... Waish..."

"Waish... Papa, uncle, Qaish dengan aku tak akan berhenti untuk bela kau, Waish. Jadi tolong... Kuatlah. Bangkit balik sebab tengok kau yang macam ni hanya buatkan kami sakit... Pertahankan kewarasan kau sebab kau ada kami..." ujarnya.

"Kau ada kami yang sentiasa percaya pada kau. Yang sentiasa akan bantu kau dalam apa jua keadaan. Kami takkan tinggalkan kau, Waish. Kami sayang kau. Aku sayang kau, abang." Sambungnya lagi. Dia kemudian menarik nafas dan dihembuskan perlahan.

"Tolong kuat. Demi aku, demi papa, demi Qaish dan uncle. Kami semua tunggu kau," ujarnya dan kemudian minta diri. Masa sudah tamat dan dia mahu ikut papa ambil Qaish di sekolah. Dia harini cuti sakit sebab tangannya terseliuh waktu main bola sepak petang semalam.

TANGAN Ezrael dan Nawwaz dia salam sebelum berlalu masuk dalam rumah. Minggu lepas Qaish ada peperiksaan. Biasanya setelah seminggu sudah keluar keputusan. Kali ini Qaish tak menunjukkan keputusan itu dengan riang lagi.

Entah kerana apa, Qaish hanya murung. Biasanya hal ini jika terjadi bukanlah kebetulan melainkan Qaish yang turun peringkat.

"Qaish, are you okay?" soal Faish. Dia mengambil tempat di hadapan Qaish yang duduk bawah meja belajar.

Itulah tempat Qaish menangis. Suka sangat duduk bawah meja. Dia pun tak faham. Qaish mencebik. Faish mengintai wajah adiknya itu dan ukir senyum.

"Qaish kenapa nangis? Takkan sebab markah Qaish turun sikit Qaish terus sedih macam ni?" soalnya hairan. Setahunya markah Qaish hanya turun sedikit. Beberapa subjek sahaja. Tapi sampaih sembab mata lelaki itu menangis. Pelik. Qaish selalunya tak kisah pasal markah sangat.

"Qaish buat Faish risau." Qaish pandang Qaish. Dia lap air matanya.

"Qaish tak nangis sebab markah... Qaish tak nak buat sesiapa risau. Sebab tu Qaish nangis dekat sini..." ujarnya. Faish usap pipi gebu adiknya itu.

"Tak apa, Qaish ceritalah dengan Faish. Kan selalu Faish cakap yang Faish akan selalu jadi pendengar Qaish. Kalau Qaish nak nangis, Faish sediakan bahu Faish untuk Qaish. Meh sini." Dia mendorong sedikit kepala adiknya itu. Qaish tanpa membuang masa terus hambur ke dalam pelukan Faish. Dia letak dagu atas bahu Faish.

"Peringkat Qaish turun banyak... Qaish sedih. Pasal markah Qaish tak kisah. Tapi peringkat tu Qaish kisah... Macam mana Qaish nak jadi dokter kalau macam ni? Qaish dah tak masuk lima besar..." adunya. Esakan kedengaran perlahan. Faish diam mengusap belakang tubuh adiknya itu.

"Qaish nak rawat Waish. Qaish takut kalau peringkat Qaish terus turun, Qaish tak dapat jadi dokter. Qaish tak boleh rawat Waish... Qaish tak nak Waish macam tu..." Sambungnya. Faish mengangg faham.

"Faish faham." Faish menjawab.

"Qaish nak abang Qaish balik macam dulu. Qaish lagi suka Waish yang suka menyakat. Yang suka buat Qaish nangis macam masa kecil-kecil dulu. Bukan nangis macam sekarang... Qaish rindu Waish... Qaish nak rawat Waish sampai sembuh... Qaish nak tengok papa happy juga. Bukan murung macam ni..."

"Qaish nampak papa murung?" soal Faish. Qaish menggeleng.

"Tak nampak. Tapi Qaish dapat rasa. Papa banyak berubah. Papa bagi Qaish sikit je attention. Tak macam selalu dah. Papa sedih. Qaish tahu papa sedih. Qaish tak suka... Qaish nak cepat besar. Nak cepat jadi dokter. Biar Qaish boleh sembuhkan Waish." Faish tersenyum mendengar kata-kata polos yang keluar dari bilah bibir sang adik. Si bongsu selalu mempunyai cara untuk buatkan hatinya merasa gembira dan terhibur.

"Qaish cakap nak jadi pilot. Dari dulu Qaish cakap nak jadi pilot. Sekarang Qaish tukar nak jadi dokter sebab nak rawat Waish. Qaish tak boleh macam ni." Walau apa pun, Qaish tak boleh jika tidak gembira dengan jalan yang dia lalui. Papa sendiri cakap yang mereka semua perlu pilih jalan yang buatkan mereka gembira mahu belajar dan capai impian mereka.

"Qaish jadi tak enjoy hidup Qaish. Lepastu Qaish tertekan, Qaish menangis, Qaish jadi tak boleh belajar dan fokus lagi. Qaish... Waish tu sakit lain. Bukan sakit macam orang normal. Kalaupun Qaish jadi dokter, belum tentu akan dapat rawat Waish."

Itulah kenyataan yang perlu Qaish fahami. Sekeras apa pun perjuangan lelaki itu, belum tentu Qaish dapat gapai impian itu. Jika berjaya, impian itu sudah tercapai, apa yang akan Qaish lakukan? Bagaimana jika Qaish tidak gembira dengan jalan itu?

"Kenapa Faish cakap macam tu?" soalnya seraya meleraikan pelukan.

"Sebab Waish sakit mental. Waish tak sakit luaran. Dia tak sakit kanser. Dia sakit mental. Waish tak boleh sembuh kalau Waish sendiri masih fikirkan kejadian yang buat Waish macam tu. Qaish faham kan?" Lembut dia menerangkan.

"Um! Qaish faham. Lepasni Qaish akan belajar untuk diri Qaish juga." Dia mengangguk sebelum menjawab dengan semangat.

"Dah... Jangan nangis dah. Next semester Qaish boleh usaha lagi." Kepala Qaish diusap. Qaish tersengih dan memeluk erat tubuh sang abang. Faish bau wangi. Bau macam papa.

"Kenapa Faish bau macam papa?" soalnya. Faish ketawa.

"Kan Faish dah cakap, perfume Faish dah habis. Jadinya Faish minta dekat papa." Qaish mendongak memandang Faish dan mencebik.

"Not fair! Qaish nak juga!" Faish ketawa. Bibir Qaish memuncung.

"Mana boleh macam ni! Tak nak kawan Faish dah!" Faish hanya menggeleng melihat adiknya berpeluk tubuh. Merajuk pula dia.

 Merajuk pula dia

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] AKHIR CERITAWhere stories live. Discover now