AKHIR • 22 • CERITA

278 36 1
                                    

FAISH diam menunduk. Papanya baru sahaja menengking? Dia tak percaya itu... Seumur hidupnya tak pernah ditengking. Hari ini, papanya meninggi suara kerana... Lalai menjaga Qaish?

Riak wajah disembunyikan dan dia memilih naik ke atas. Lebih baik masuk bilik daripada sakit hati tengok Qaish yang sedang disoal. Nawwaz yang memerhati mengeluh berat. Dia melangkah mengekori Faish.

"Faish, kejap!" Gerakannya yang mahu tutup pintu terus terhenti. Dia pandang Nawwaz.

"Kenapa?" Ah, dia gagal mengawal suaranya.

"Uncle ubatkan. Mari, masuk bilik uncle." Faish menggeleng.

"Faish boleh ubatkan sendiri. Dalam bilik Faish ada ubat." Nawwaz usap kepala Faish.

"Papa tak sengaja tu." Faish mengangguk.

"Tahu... Faish tahu. Papa tertekan. Faish dengar. Faish tak apa. Nak rehat kejap je." Nawwaz mengangguk faham.

"Bagi uncle ubatkan dulu." Faish diam beberapa saat sebelum mengangguk. Papa sibuk dengan Qaish.

"Your room?" Faish mengangguk. Nawwaz ikut Faish masuk dan duduk di birai katil. Faish menuju ke arah meja belajar dan membuka laci mencari ubat luka.

Ubat itu diserahkan pada Nawwaz dan dia tarik kerusi duduk di hadapan Nawwaz. Matanya memanas.

"Uncle ambil air kejap. Kena basuh dulu." Faish angguk sekali. Nawwaz terus ke bilik air dalam bilik Faish itu. Gelas kosong di dalam bilik air itu dia bilas dan kemudian isi sedikit air. Tisu poket dalam poket seluarnya dia keluarkan.

Dia duduk di birai katil dan basahkan tisu. Lembut dia cuci luka di sudut bibir Faish.

"Ada luka tempat lain?" Faish tarik lengan bajunya. Kesan calar ditunjukkan pada Nawwaz.

"Kena apa ni?"

"Terseret bucu dinding... Masa cari Qaish..." Nawwaz ukir senyum. Kepala Faish dia pegang.

"You're such a good brother. I'm proud of you." Faish menunduk.

"Uncle... Faish boleh jujur?" Nawwaz mengangguk.

"Sure."

Faish terus ukir senyum dan serentak dengan itu air matanya merembes turun membasahi pipi.

"Faish sakit dengan papa... Faish tak suka macam tadi..." lirih Faish. Nawwaz usap lembut pipi Faish.

"Faish nangislah dulu." Faish hambur tangisnya.

NAWWAZ mengeluh berat melihat Faish yang terus lari masuk bilik air apabila mendengar suara Ezrael.

"Naw, Faish okay?" Nawwaz menggeleng.

"He is not okay. Dia terasa dengan kau." Ezrael menunduk.

"Aku tak sengaja..." Nawwaz mengangguk.

"Jelaskan pada dia. Minta maaf betul-betul. Dengar luahan hati dia. Jangan biar dia sendirian macam tu. Faham, Rae?" Ezrael mengangguk.

"Faham." Nawwaz tepuk bahu Ezrael beberapa kali sebagai penyemangat dan terus melangkah keluar daripada bilik Faish. Biarlah dua beranak itu selesaikan masalah mereka.

"Faish... Did you angry with me?" soal Ezrael seraya ketuk pintu bilik air beberapa kali.

"Faish, sayang... Keluar dulu ya? Papa nak cakap dengan Faish." Faish diam bersandar di tepi pintu yang berkunci.

"Sayang, listen. Papa tak sengaja. Sumpah, demi Allah papa tak sengaja naikkan suara pada Faish. Papa minta maaf." Faish menggeleng. Air matanya dia seka.

"Keluarlah, sayang. Bagi papa minta maaf dengan Faish. Papa tahu, Faish marahkan papa." Faish terus keluar dari bilik air dan memandang papanya. Dia mengangguk.

"Ya! Faish marah! Faish terasa hati! Faish cemburu! Faish sedih! Kenapa? Kenapa papa selalu buat Faish macam ni? Ya, Faish selalu jauhkan diri. Tapi Faish berharap, pa. Faish berharap papa tarik Faish. Bukan biar Faish bawa diri! I'm your son juga kan! Bukan cuma Qaish!" ujarnya kuat. Air matanya kembali turun.

"Papa marah Faish harini tanpa papa tanya Faish luka atau tak, Faish sakit atau tak, Faish dah makan atau tak, papa langsung tak pedulikan Faish! Papa buat tak tahu je! Faish pun kena pukul! Faish cuba lindung Qaish tadi! Bukan Faish tengok je! Faish usaha juga! Tapi papa marah... Tak tanya langsung pun. Faish pun luka..." Ezrael biarkan Faish luahkan apa yang dia mahu.

"Faish luka juga macam Qaish. Tapi papa pedulikan Qaish je harini. Luka Faish uncle yang bershkan. Bukan papa. Faish tahu, papa tertekan sebab banyak masalah. Tapi jangan abaikan perasaan Faish macam ni... Faish tak suka. Faish tak nak." Dia berkata lirih. Hatinya sakit apabila ditengking begitu.

Dia dikata tak melindungi Qaish. Dia dikata biarkan adiknya terluka. Dia dikata hanya melihat adiknya dipukuli. Itu semua tidak benar. Dia juga usaha melindungi Qaish tepat waktu. Dia berjaya. Tapi papa tak nampak semua itu.

Ezrael tarik sang anak masuk dalam pelukannya. Dia usap lembut belakang tubuh Faish yang bergetar kerana menangis itu.

"Maafkan papa, Faish. Papa betul-betul minta maaf dengan Faish. Papa yang salah. Faish janganlah nangis macam ni. Papa minta maaf. Faish belum makan, right? Kita turun makan sama-sama. Nanti papa teman Faish buat homework. Lepastu teman Faish tidur ya?" Lembut sahaja dia memujuk. Dia tak mahu ulang kesalahan yang sama hingga Faish merajuk lagi.

"Nanti papa tengok luka Faish sekali. Tak nak nangis-nangis dah. Papa minta maaf." Faish menggeleng.

"Faish maafkan papa ya? Papa tak sengaja. Papa salah. Papa tak patut tinggi suara dengan Faish tadi." Faish teresak-esak dalam pelukan Ezrael. Dia mengangguk. Dia maafkan papanya.

"Faish maafkan. Tapi esok papa kena teman Faish. Pergi beli cat. Lepastu teman Faish melukis sehari full sebagai denda." Faish memberikan syarat dan sebuah denda kerana papa tengking dia.

Ezrael ketawa dan mengangguk. Kepala Faish diusap lembut. Dia setuju dengan hal itu.

"Iya, papa janji." Faish membalas dan mengeratkan pelukan. Dia tersenyum.

"Faish nak peluk dulu." Ezrael ketawa. Dia usap kepala dan belakang tubuh sang anak. Sesi memujuk dan bermanja. Faish jarang tunjuk sisi ini. Sejak kecil malu-malu kucing apabila menerima. Tapi bila dia memberi macam dah hilang urat malu.

 Tapi bila dia memberi macam dah hilang urat malu

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

- Continue -

[C] AKHIR CERITAWhere stories live. Discover now