FAISH menggeleng. Bukan dia tak mahu menolong, tapi bagaimana mahu menolong jika lelaki yang turut ada dalam video yang tular itu sudah kehilangan jejak.
"Budak tu selalu kena buli dekat sekolah. Waish yang banyak tolong dia. Sampai orang dekat sekolah fikir yang budak tu suka Waish. Tapi Waish tak peduli pun. Dia terus kawan dengan budak tu. Tapi empat hari lepas masa video diupload, budak tu hilang dari radar."
"Faish dah cuba cari. Uncle Dree pun tolong cari tapi tak jumpa. Macam ditelan bumi. Sebab tu Waish simpan sorang. Faish tak tahu akan jadi macam ni... Kalau Faish tahu, Faish takkan biar Waish duduk sorang-sorang..." Sambungnya. Ezrael meraup wajahnya. Dugaan apa yang harus ia hadapi ini?
"Apa pun, jangan biarkan Waish sendirian. Kalau papa tak ada, Faish atau Qaish tolong temankan Waish. Papa tak nak benda sama berulang." Faish mengangguk. Ezrael tersenyum dan usap kepala anaknya itu.
QAISH letak mangkuk atas meja. Dia pandang Waish yang diam dengan pandangan kosong itu.
"Waish... Tadi Qaish kena marah dengan Faish." Waish menoleh memandang Qaish. Lelaki itu tersenyum suka.
"Faish marah Qaish sebab tadi Qaish tidur. Qaish nak tidur kejap je. Qaish penat. Tapi Faish marah. Sakit kepala Qaish kena luku..." Dia mengadu. Waish ukir senyum paksa dan usap kepala Qaish.
"Behave. Tak boleh tidur petang. Nanti sampai malam tidur." Qaish mencebik.
"Jangan cebik-cebik. Nanti Waish tukar Qaish dengan adik baru." Qaish pandang Waish. Lelaki itu hanya tersenyum nipis dan jelas kelihatan seperti dipaksa. Waish tak pandai menipu lagi.
"Waish nak nangis? Qaish boleh sediakan bahu Qaish." Waish menunduk. Bibirnya digigit kuat hingga berdarah.
"Waish tak lemah pun kalau nangis. Waish strong. Waish nak Qaish temankan?" Waish terus tarik adiknya dan dia peluk erat.
"Waish tak salah... Waish tak buat senua tu..." lirih Waish.
"Qaish tahu. Kita semua tahu Waish tak boleh buat pun." Waish mengangguk.
"Tapi orang lain tak percaya Waish.... Waish tak salah... Waish tak bohong... Dalam video tu bukan Waish pun... Semua orang cakap macam-macam dekat Waish. Diorang jual video kotor tu... Muka Waish kena edit dekat situ. Kenapa Waish kena hadap semua ni? Waish takut, Qaish... Waish takut..." Qaish mengangguk faham.
Diusia yang begitu muda, fitnah ini terjadi. Waish hampir hilang akal kerana semua ini. Video kotor yang menunjukkan Waish meliwat seorang pelajar lelaki yang paling rapat dengan lelaki itu tersebar di semua platform media sosial.
Setelah Nawwaz, Ezrael dan Adrie cuba hapuskan video itu, otak netizen mula bekerja untuk buat duit melalui cara haram. Video itu dijual dan bukan sedikit orang yang membeli hanya untuk tambah pembenci dan menabur fitnah.
"Nanti Qaish bagitahu papa ya? Qaish nak ambil phone Waish juga nanti. Dekat sini Waish rest je. Esok dah boleh balik rumah." Qaish memujuk lembut.
"Waish nak balik sekarang... Waish tak nak dekat sini. Dokter pun pandang Waish jijik... Waish tak buat semua tu... Tapi semua orang layan Waish teruk... Waish tak kuat..."
QAISH masuk dalam kelas dan abaikan semua bisikan serta pandangan orang padanya. Ingin marah pun rasanya tak berguna bukan?
"Qaish Iman." Qaish menoleh.
"Ada orang nak jumpa kau." Qaish memandang ke arah pintu dan mengeluh. Dia bangun dan melangkah ke arah pintu. Hampir dia tersandung apabila kakinya sengaja dihadang.
Qaish abaikan dan bertemu dengan orang itu. Dia memandang datar ke arah lelaki itu.
"Nak apa?"
"Video ni-"
"Kalau nak bercakap pasal video Waish, berhenti jelah. I'm tired." Potongnya. Lelaki itu ketawa.
"Abang kau... Jijik juga perangainya. Kan?" Qaish tolak kasar lelaki itu dan memandang tajam.
"Ramai rupanya yang nak beli video abang kau. Tak malu ke? Kau pun mesti pernah kena 'ngap' dengan Waish kan? Macam dalam video ni."
"KAU JANGAN CABAR AKU!" Leher lelaki itu dicekik.
"Qaish Iman! Aidil! Ikut saya ke bilik disiplin!"
- Continue -
YOU ARE READING
[C] AKHIR CERITA
Random"You're the best papa!" -Waish Idlan "He is?" -Nawwaz Darwish Serentak ketiganya mengangguk. "He is the best papa for ever! We love him so much, uncle!" Jawapan ketiganya buatkan Ezrael terharu dan mengalirkan air matanya di hadapan mereka bertiga...