Noelle: Saya ingatkan saya bermimpi bila saya masuk ke sini.
Fang: Lily dan Amaya pun sama bila mereka mula-mula masuk dalam ni.
Noelle: *picit pelipis* Saya tak sepatutnya terkejut lepas semua yang saya lalui dengan awak semua. Tapi ini...
Reverse: Di luar jangkaan?
Noelle: ...Di luar hukum alam dunia ni...
Amaya: Eh? Awak...tahu identiti sebenar mereka?
Noelle: *sigh* Ya. Mereka berlima datang dari dunia lain,tempat di mana magik adalah cerita dongeng.
Lily: Kau tahu lagi awal dari kami?!
Noelle: Sebenarnya,saya dah lama tahu identiti sebenar mereka lepas pertemuan sulit dengan Archbishop Hastia.
Fang: "Archbishop Hastia lagi. Siapa dia sebenarnya...?"
Lily: Lah!
Semasa perbualan mereka beralih dari satu topik ke topik lain,Ying duduk agak jauh di atas ketulan batu leper sambil memeluk lutut. Dahinya berkerut seribu,mengingati visual yang dia nampak.
Ying: *mutter* Takkanlah benda tu boleh jadi. Tapi...kalau betul apa yang aku nampak,aku tak boleh duduk diam je! Aku kena buat sesuatu!
Dia bangun,menyapu debu di seluar dan melompat ke pusat kawalan labirin.
Ying: Korang!
Yaya: Kenapa,Ying?
Ying: Kita-
BEEP! BEEP! BEEP! BEEP!
Anon: Kapal-kapal semuanya menggulung layar; senja dah tiba.
Mazebot: Berdasarkan pergerakan dan aturan armada,saya rasa akan ada pertemuan antara pemimpin armada di kapal terbesar.
Reverse: Kapal terbesar... Bukan ke kapal dari C.O.M.A.S tu yang paling besar?
Amaya: Yang ada benda macam rod elektrik di tepi kapal tu?
Mazebot: Ya!
Noelle: Mungkin mereka nak bincangkan strategi pertempuran.
Yaya: Kalau macam tu,kau kena naik ke atas kapal sekarang.
Noelle: Eh? Kenapa?
Yaya: Kami tak nak orang nampak kami,sebab tu kami datang guna labirin ni.
Noelle: *blink²* Okey...?
Pintu keluar muncul di hadapannya - Noelle menolak pintu buka dan dia melangkahkan kaki ke atas dek kapal.
Noelle: Apakah?
Sebaik dia melangkah keluar,pintu di belakangnya tertutup dan menghilang menjadi asap.
Noelle: *questioning reality*
SKIP TIME
Malam berlalu pergi digantikan dengan sinar subuh mentari.
Infinite Labyrinth yang bertukar menjadi kapal selam mengekori rapat armada dari bawah air.
Memandangkan keluasan dalaman labirin seakan tidak bersempadan, mereka mengambil kesempatan untuk melakukan aktiviti masing-masing.
Reverse berlatih bersama Amaya, Yaya dan Gopal manakala Ying berada di balik bongkah batu yang besar,jauh dari pandangan mata. Fang menambahbaik senjata Lily dengan artifak miliknya.
Fang: Nah. Aku dah upgrade senapang kau.
Sarung lengan dihulurkan kepada Lily. Dia pakaikan di lengan kiri dan buat gaya menembak; fabrik yang membaluti lengannya menjalar dan berubah menjadi senapang kuning emas dengan skop.

YOU ARE READING
BOBOIBOY: THE CROWNED KING
FanfictionBoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBoy: Apakah?!! Sebuah kemalangan menyebabkan BoBoiBoy dan kawan-kawan dihantar ke dunia lain. Dunia fa...
Ch169: Berlayar
Start from the beginning