Jauh di laut dalam,tercetusnya pertempuran antara lanun-lanun hantu di bawah panji Beckett Bone dengan kawanan raksasa laut dalam.
Tilkopa: Tembak meriam!!
Bunyi meriam meletus bergema ke seluruh dasar laut. Bola meriam bersalut karang menghentam ikan raksasa dengan paruh umpama burung jenjang.
Raksasa laut dalam yang pelbagai rupa dan saiz membentuk benteng menghalang lanun hantu dari menerobos masuk.
Beckett melihat pertempuran yang berlaku dari atas tiang layar; kapal-kapal lanun menggulungkan layar,mengubah bahagian bawah kapal menjadi pendayung berupa sirip penyu dan mara ke depan.
Neffyl duduk bersandar di tangga, meneguk wain dengan senang hati.
Neffyl: *minum* Ah~! Susah nak lepas mereka ni.
Mimona: Woi! Bangun dan lawan sekali,bukannya duduk minum!!
Mimona menghayun bola besi berantai menghentam jerung bertanduk lima ke dasar laut. Kapal di bawah kendalian dia melepaskan tembakan bertubi-tubi ke arah raksasa laut.
Beckett: "Lepas 1000 tahun,kau masih nak berkurung dalam kerajaan tu,Nalfa?"
Di belakang kawanan raksasa laut adalah kota laut dalam - kerajaan duyung yang mempunyai hubungan dengan Kepulauan Gergasi.
Seorang komander dari kerajaan duyung menunggang kuda laut merah, memimpin kawanan raksasa laut mempertahankan sempadan kerajaan tersebut. Beckett berdecit geram melihat pertahanan kerajaan duyung yang utuh.
Beckett: "Membazir masa! Kita hanya ada 10 hari untuk berlayar!"
Byrnesse: Kapten..!
Byrnesse berayun ke atas Adamantia dan mendarat di bawah tiang layar.
Byrnesse: Lanun yang saya arahkan untuk jaga belakang kita dah hantar laporan! Ada armada besar sedang buru kita!!
Beckett: ...
Beckett melompat turun ke bawah dan mendarat di hadapan Byrnesse.
Beckett: Masih ada tentangan dari penghuni daratan?
Byrnesse: *slow nod*
Beckett: ...Arahkan semua kapal berundur.
Neffyl: Hm?
Byrnesse: K-Kapten?
Beckett mendongak ke atas dan menjerit.
Beckett: Berundur semuanya!! Kita ada armada untuk ditenggelamkan!!
Selepas arahan diberi, kapal-kapal mulai berundur dan menyimpan senjata; kesemuanya berlalu pergi mengikut Adamantia menuju ke permukaan.
Komander kerajaan duyung menarik nafas lega melihat armada lanun hantu beredar. Dia mengarahkan raksasa laut kembali ke kerajaan duyung.
SKIP TIME
Gopal: Noelle.
Noelle: Ya?
Gopal: Diorang semua single tak?
Gopal diam-diam mengintai biarawati yang ada di atas kapal menerusi periskop kapal selam.
Noelle: Gopal,mereka semua di sini untuk bantu lawan Beckett Bone. Janganlah buat macam tu!
Gopal: Alah...
Selepas menemui kapal yang dinaiki Noelle,kapal selam menghampiri kapal tersebut dari bawah air. Yaya apungkan Noelle masuk ke dalam kapal selam selepas dia minta izin dari kapten kapal.
Pertama kali menjejakkan kaki ke dalam kapal selam,Noelle jadi tercengang.
Dari luar,saiznya tidak lebih besar dari kapal layar biasa,namun ruang dalamannya yang seolah-olah tidak berpenghujung membuatkan Noelle terbeliak mata.
YOU ARE READING
BOBOIBOY: THE CROWNED KING
FanfictionBoBoiBoy dan kawan-kawan menjalani hari yang biasa di stesen TAPOPS. Sehinggalah power sfera perentas dimensi Gigabot tiba. Gigabot: Urgh.... BoBoiBoy: Apakah?!! Sebuah kemalangan menyebabkan BoBoiBoy dan kawan-kawan dihantar ke dunia lain. Dunia fa...