BAB 07

2.6K 128 7
                                    

"Melea.." Suara garau itu memasuki gegendang telinga Melea yang berada di sofa bersebelahan katil Aaron.Aaron yang dari tadi telah sedarkandiri namun saja matanya ralit melihat Melea yang hampir tertidur sambil menepuk-nepuk si kecil.

Melea langsung berpaling ke arah Aaron.Aaron sudah sedar?Tanpa berfikir banyak.Melea bangun dan terus mendekati lelaki itu.Aaron menarik senyuman nipis saat melihat wajah cantik wanita itu hari ini.Seakan dunia ini milik mereka.

"Kau tidur sini?Soal Aaron mendatar.Melea laju menganggukkan kepala.Rasa janggal pula kali ini.

"Kau tunggu aku sedar?" Soal Aaron lagi.Melea diam,tidak geleng dan angguk.Wajah telah memerah.Air liur ditelan perlahan.

Sekali lagi Aaron menarik senyuman nipis dihujung bibir.Besi katil di pegang kuat,perlahan-lahan Aaron bangun dari baringnya dan bersandar di katil.Melea mendekati Aaron.

"Aku boleh tolong kau." Kata Melea.Selimut di tarik paras pinggang lelaki itu dan air suam di tuangkan ke dalam gelas.Melea menghulurkan gelas pada Aaron.

"Aku sakit." Aaron melihat ke arah gelas itu.Terkebil-kebil mata Melea memandang wajah lelaki itu,apa kena mengena sakit dengan gelas?

"K..kau sakit sikit aje kan?Tak kan kinum air pun tak boleh?"

"Ya."

Melea menarik nafas dalam dan dihembuskan perlahan.Nak atau tidak,dia perlu tolong.Jam pula sudah pukul 11 malam.Mungkin pembantu hospital juga sudah mula berehat.Melea mendekati katil bekas suaminya itu lebih rapat.

"Jangan nak mengada sangat.Aku kena tidur dengan Misya."

"Ya aku tahu." Aaron sudah sedia untuk menyedut air mengunakan straw yang berada di tangan Melea.Melea menjeling tajam.Pasrah.

"Minum cepat."

Penuh selera Aaron menyedut air suam itu.Nikmat betul minum air suam kali ini bila ada wajah yang dia paling rindukan.Nak juga ya Melea men tunggunya di sini bersama Misya?Puas Aaron menahan senyumnya.

"Dah." Aaron kembali bersandar di katil.Melea angguk dan meletakkan gelas di atas meja semula.

"Kau tak lapar kan?"

"Ada makanan ke?"

"Tak ada.Aku dah makan selepas solat isya tadi.Aku ingatkan kau tak bangun.." Melea dengan selamba kembali duduk di kerusi.Aaron masih melihat ke arah wanita itu.Solat isya?

"Kau solat dekat mana?Sini?" Soal Aaron.

"Ya."

"Siapa jaga Misya?"

"Aku letak dia sebelah kau.Walaupun papa dia tak sedar,dia bersungguh-sungguh usik satu muka kau supaya kau bangun."Balas Melea sambil membetulkan selimut yang menutupi kakinya.

Aaron terkedu seketika.

"Melea.." Panggil Aaron mendatar.Tubuh yang masih terasa sakit di bahagian sendi itu perlahan-lahan ke tepi dan memberi sedikit ruang kecil di sebelah.Melea menoleh ke arah Aaron di katil.

"Boleh tak kalau Misya tidur dengan aku? Kesian dia tidur atas sofa tu tak ada selimut."

"Tak apa,.."

"Melea,please? Kali ini aje? Aku kesian pada dia.Tadi aku tak sedar dan aku tak layan dia,kesian dia." Pinta Aaron sekali lagi dengan harapan dia dapat tidur bersama anak kecil itu.

Melea pasrah.Malas mahu bergaduh,Melea kembalu berdiri dan mengangkat tubuh kecil itu penuh lembut sebelum menapak ke arah Aaron di katil.Lebar senyuman Aaron melihat wajah Misya yang nyenyak tidur.Perlahan-lahan Melea meletakkan Misya di sebelah Aaron.

AARON OBSESSION | OG Where stories live. Discover now