SHAZIA merenung dirinya dengan begitu tajam. Sama ada dengki atau tidak, dia pun tak tahu. Tapi apa yang dia sedar, Shazia tampak tak suka bila Luth duduk dengan dia. Muka cemberut serupa seperti kerbau baru kena cucuk hidung. Cemburu bukan main seperti dialah seorang isteri.
Puas dia memerhati, Syifa mula menarik lengan kekar Luth. Dia rangkul lengan lelaki itu kemudian berbisik halus di cuping telinga suaminya.
"Abang... kenapa dia pandang saya macam tu? Dia nak makan saya ke?" Soalnya. Tipulah jika dia tak takut dengan tatapan mata Shazia. Macam nak makan orang pun ada. Tapi hak apa yang dia nak dustakan bila orang cemburu macam tu. Haih!
"Biarkan dia."
"Eh mana boleh biarkan. Nanti dia jampi-jampi saya," gurau si gadis membuatkan Luth tahan ketawa. Kepala digeleng berulang kali melayan tingkah Syifa. Ingatkan selama ni Syifa merajuk bila tahu Zia simpan perasaan padanya. Tapi rupa-rupanya, reaksi Syifa lebih luar biasa berbanding apa yang dia sangkakan selama ini.
"Dia nak jampi apa?"
"Abang jangan ingat orang sekarang tak jampi-jampi. Saya takut je nanti abang pun ikut terjat-"
"Sshh! Diam. Sekali lagi cakap benda tu, abang tarik mulut tu."
Syifa terus mengemam bibir merahnya. Dia letakkan dagu di atas bahu suaminya sambil menghembuskan nafas berat. Dengar saja ugutan Luth, dia terus mendiamkan diri. Eloklah dia jaga mulut sekarang.
"Haih, pengantin baru ni asyik je melekat. Bila nak berenggang ni? Mak Long yang tengok ni pun, haih... Kes berat ni. Baru kali ni Mak Long nampak Luth macam ni eh." Mak Long Deeja menegur sebaik saja melihat anak saudaranya. Tersenyum wanita itu bila melihat kemesraan pasangan muda.
Teringat zaman-zaman muda. Zaman-zaman bercinta dengan suami sendiri.
"Lah Kak Long, biasalah tu. Macam tak merasa waktu kahwin dengan suami sendiri?" Kali ini Mak Su Nani yang mencelah. Gelak bukan main besar lagi bila Mak Su Nani nya mengusik Mak Long Deeja. Suka benar.
"Jangan nak imbau zaman-zaman muda. Orang dulu dengan orang sekarang ni dah lain-lain. Dulu masing-masing boleh bawa diri. Sekarang? Hm... manja betul!" Mak Long Deeja geleng kepala. Bukannya dia tak tahu cara anak muda bercinta sekarang. Kalau boleh kahwin ajelah terus. Melekat aje dua puluh empat jam.
"Cakap jelah Kak Long, kau pun nak macam tu, kan?" Seloroh Mak Su Nani lagi. Bukan main galak Datin Adruja menahan ketawa apabila melihat Mak Su Nani mengusik Mak Long Deeja. Comel aje adik dan kakaknya. Asyik gaduh, tapi tak pernah nak berpaling muka.
"Sudah-sudahlah kak. Gaduh dekat sini pun tak ada guna. Dia orang dah kahwin pun, buat je lah apa-apa. Bukannya haram pun," celah Datin Adruja. Sempat dia membela anak dan menantunya. Biarlah pengantin baru tu nak buat apa, janji bahagia dunia dan akhirat.
Sedang perbualan hangat antara ibu-ibu, Luth dan Syifa hanya diam memandang mereka. Nak mencelah, takut tak sopan. Jadi tak ada jalan lain melainkan cuma mendiamkan diri saja.
"Mak Long, umi, Mak Su, kami nak jalan-jalan kejap pusing kampung. Boleh, kan?" Soal Luth tiba-tiba.
"Boleh. Pusing-pusing je lah kampung ni. Dah alang-alang kat sini pun..."
Luth tersenyum bila Mak Long Deeja nya memberi kebenaran. Pantas dia memandang wajah isterinya di samping.
"Jom..."
"Jom?"
"Kita jalan-jalan pusing kampung," katanya. Tangan Syifa di sisi perlahan-lahan diraih membuatkan tubuh itu kaku. Bukan di hadapannya, tapi di hadapan orang lain. Tak ke dia malu?
YOU ARE READING
𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧
Romance𝐋𝐮𝐭𝐡 𝐐𝐚𝐲𝐲𝐢𝐝 | 𝐍𝐮𝐫 𝐒𝐲𝐢𝐟𝐚 𝐈𝐤𝐡𝐚𝐰𝐚𝐧𝐚 Mereka kata perkahwinan itu membahagiakan. Perkahwinan itu menyeronokkan. Tetapi kenapa apa yang dirasakan selama ini hanyalah sebaliknya? Dicurangi, dihina bahkan maruah diri itu seakan-aka...