Last chapter before Raya I guess? :)
---
**Hee Young's POV**
"Baiklah. Sekarang dah pukul tiga. Hee Young, kmu boleh balik. Kai, cikgu nak cakap dengan kamu sekejap." Sir Lee bersuara.
Saya mengemas meja saya dan bangun. Seterusnya saya menunduk ke arah Sir Lee dan keluar dari kelas.
Kenapa Sir Lee nak cakap dengan Kai?
Saya berjalan ke depan dan ke belakang di depan kelas tahanan. Entah kenapa saya mundar-mandir.
Saya menunggu untuk beberapa minit dan satu idea yang sangat berani dan bernas datang dari dalam kepala saya. Mungkin inilah caranya saya nak tunjuk pada Kai yang saya bukan Hee Young yang lama, tapi baru.
"Showtime." Saya tersenyum dan pergi membuat langkah saya.
**Kai's POV**
"Cikgu?" Saya pergi ke arah Sir Lee.
"Sila duduk." Sir Lee mengarah dan menunjukkan tempat duduk yang berada di depan sekali.
Saya pun mengikut arahannya.
"Cikgu nak tanya sesuatu pada kamu." Sir Lee memulakan.
Saya mengangguk.
"Mendiang ayah kamu, ada adik-beradik lain tak?" Sir Lee bertanya.
"Kenapa?"
"Tak ada apa-apa, cuma—"
"Cikgu ragu-ragu tentang tempat di mana mama saya duduk sekarang?" Saya bertanya.
Sir Lee senyap.
"Cikgu jangan risau. Tunggu sekejap je lagi." Saya membalas.
Sir Lee memandang saya dengan muka yang terkejut tetapi confuse tentang sesuatu.
"Ada apa-apa lagi, cikgu?" Saya bertanya.
"K-Kamu boleh bersurai." Sir Lee menjawab.
"Baiklah." Saya bangun dan menunduk hormat kepadanya.
Keluar dari kelas dan saya cuba menenangkan diri saya.
Kenapa Sir Lee tiba-tiba bertanya? Ae Hee dah sebarkan ke? Tak! Ini bukan masanya.
Membetulkan beg saya dan mula membuat langkah ke kereta.
Mana Hee Young? Dia dah balik ke? Tapi dengan siapa?
Saya membuka unlock kereta dan tiba-tiba ada orang menarik baju saya dan mencium bibir saya dengan kasar.
Saya cuba melepaskan diri saya kerana saya terkejut tetapi pegangan dia terhadap baju saya sangat kuat. Mata saya terbuka sedikit dan saya sedaya upaya melihat wajah orang yang sedang menyeksa saya sekarang ini.
Seksa sebab saya hampir kehabisan oksigen.
Jantung saya hampir gugur kerana orang yangs edang menyeksa saya adalah Hee Young.
Entah macam mana tenaga saya tiba-tiba full dan saya tersengih dalam ciuman yang diberikan oleh bidadari saya ni.
Saya perlahan-lahan cuba menolaknya ke arah kereta supaya dia belakangnya menyandar pintu kereta.
Eager much Kim Jong In? Damnnn... Dia memang pandai cium. Sejak bila pula?
Sedang saya menikmati antara saat-saat salah satu syurga dunia yang saya sedang alami sekarang ini, Hee Young menggigit bawah bibir saya.
Bukan dalam cara yang baik tetapi dia gigit seperti saya ni makanan!
Bibir saya terasa pedih dan Hee Young akhirnya berhenti.
YOU ARE READING
Ya, Saya Terima.
Fanfiction-Si Nerdy sedar yang dia tidak akan pernah bercinta kerana penampilannya yang buruk dan biasa. Tapi Si Nerdy tak pernah sedar yang lelaki dia suka selama ini mengharap yang Si Nerdy mempunyai perasaan yang sama terhadapnya. -Si Pembuli suka kepada...