Bunyi interkom dari telefon pejabatnya mematikan pergerakan jari jemari Faradhiya yang sibuk menaip. Menghabiskan isi-isi penting untuk laporan kejayaan untuk dibentang kepada ahli lembaga pengarah dan pemegang saham syarikat sewaktu mesyuarat akhir tahun nanti.
"Puan, dah pukul 1. Reminder for your rehearsal?" muncul suara Aida mengingatkannya tentang raptai majlis resepsi. Dia akan hadir selepas Zohor untuk melihat dewan dan memastikan semua perkara teratur terutamanya protokol majlis. Suaminya pula akan datang selepas solat Jumaat.
"Thank you Aida, lepas Zohor saya turun." balasnya ringkas lalu terus kembali menaip. Belum habis tiga ayat, telefonnya pula berdering.
Aleya
Terus sahaja dia angkat dan menekan pilihan pembesar suara. Jari kembali menaip.
"Assalamualaikum, Kakya."
"Waalaikumussalam. Kenapa Aleya?"
"Kalau...Leya nak tumpang solat dekat office Kakya boleh? Surau dekat hall dah penuh dengan staff." teragak-agak soalan itu keluar, mungkin Aleya tidak yakin kerana tidak pernah ada orang yang masuk ke pejabat Faradhiya tanpa urusan rasmi.
"Leya dah sampai ke?" soal Faradhiya. Awal pula sepupunya sampai. Ahli keluarga sepatutnya datang pukul 5 petang untuk full rehearsal sahaja.
"Ha'ah. Mama suruh datang awal. Tolong Kakya."
"Kalau macam tu Leya tunggu situ. Nanti ada orang office Kakya turun ambil." balas Faradhiya ringkas. Untuk naik ke pejabatnya perlu ada kad akses pelawat, semua pelawat yang perlu berurusan dengannya akan dapat kad tersebut di kaunter resepsi di lobi. Kalau tidak ada kad, tak boleh naik kerana lif hanya akan bergerak naik ke tingkatnya jika ada ada kad akses.
Laju sahaja tangannya bergerak, butang interkom ditekan.
"Aida, boleh tolong turun hall tak? Ambil Aleya naik office. Dia sampai awal."
"No problem, boss." berpuas hati dengan jawapan Aida. Terus dia mengucapkan terima kasih sebelum memutuskan panggilan.
Tidak sampai 10 minit, ada ketukan di pintu bilik pejabatnya. Kemudian ada Aleya yang perlahan-lahan menghulurkan kepalanya masuk. Macam kura-kura.
"Masuklah, Leya. Akak ada kerja sikit lagi nak buat." agak terhibur hatinya melihat Aleya yang takut-takut mahu masuk ke bilik pejabatnya.
"Leya tak ganggu Kakya ke? Mama pesan jangan kacau Kakya buat kerja." perlahan sahaja gadis muda itu melabuhkan duduk di sofa tamu.
"Tak apalah. Kakya pun tak tahu Leya sampai awal. Dari tadi Leya sorang-sorang ke kat hall?" soal Faradhiya. Risau juga jika sepupu bongsunya ini berseorangan dengan pekerja-pekerja majlis.
"Tak lama pun dalam 30 minit. Lepastu Leya tengok surau dah penuh. Itu yang Leya call Kakya." jelas Aleya kepada Faradhiya.
"Semua okey ke dekat bawah?"
"Okey, Leya tengok tadi. Diorang tengah pasang bunga pelamin."
"Tak siap lagi ke pelamin?" berkerut dahi Faradhiya mendengar cerita Aleya. Pelamin sudah mula dipasang dari petang semalam dan sepatutnya siap sebelum dia turun nanti.
"Tinggal pasang bunga je." Belum sempat Faradhiya menyoal lebih lanjut, Aida masuk dengan talam yang terisi teko kopi dan potongan kecil kek lapis. Terus dihidangkan kepada Aleya.
Suasana sepi seketika sehingga Aida kembali keluar, Aleya pula terus menghirup kopi yang dihidangkan.
"Leya pernah datang sini ke sebelum ni?" soal Faradhiya sambil cuba untuk menghabiskan ayat-ayat terakhirnya di komputer.
"Tak pernah, ni first time." jawab Aleya sambil tersengih. Rasa segan sedikit kerana dia tidak pernah ambil tahu tentang syarikat keluarga sendiri. Faradhiya pula hanya tersenyum mendengar jawapan sepupunya.
"Abang Dani tak pernah bawak?" Dani, abang sulung Aleya. Merangkap cucu sulung, dia tua dua tahun dari Faradhiya.
"Tak pernah. Pejabat Abang Dani pun Leya tak pernah sampai."
"Office abang Dani dekat aras 54. 6 level bawah ni je." Menara Equil ialah menara 60 tingkat yang dibina di bawah pertadbiran walidnya.
Menara ini adalah pusat pentadbiran Equil. Setiap ibu pejabat berada di dalam bangunan ini. Pejabatnya berada di tingkat 60. Aras ini merupakan bahagian pentadbiran tertinggi di Equil. Ada bilik pejabatnya, CEO, dan bilik pejabat pengerusi syarikat iaitu walidnya. Tingkat ini mempunyai 35 orang pekerja sahaja, termasuk dirinya. Satu bilik mesyuarat bersaiz besar, dan satu lagi bilik kecil. Terdapat juga ruang menunggu tetamu, pantri, surau, dan tandas. Hanya tetamu dengan urusan rasmi sahaja boleh naik ke aras ini.
Aleya hanya mengangguk faham. Tadi sewaktu di lobi, dia ada juga membaca direktori bangunan ini. Besar dan padat. Hanya satu sahaja tiga aras yang tidak ada pejabat, aras, 2, 3 dan 15. Aras 15 itu hanya ada dua dewan dan satu dining ballroom. Disediakan khas untuk mesyuarat besar syarikat dan majlis rasmi syarikat. Dewan itu juga digunakan untuk majlis resepsi Ghaz dan Faradhiya. Aras 2 pula adalah kafeteria syarikat manakala aras 3 pula ada lot-lot kedai.
Bunyi azan dari telefon bimbit Faradhiya menghentikan perbualan mereka. Faradhiya terus menunjukkan tandas dan ruang solat di dalam pejabatnya. Dinding kaca pejabat juga dikaburkan supaya pekerja di luar biliknya tidak dapat melihat ke dalam.
Usai solat Zohor, Faradhiya yang diikuti oleh Aleya turun ke dewan majlis. Suasana bertukar menjadi sedikit serius apabila bunga pelamin masih belum siap di pasang. Berkali-kali tukang pelamin minta maaf, alasannya bunga sampai lewat.
Dua kali juga Faradhiya memeriksa atur cara majlis dan skrip pengacara. Tempat duduk juga dia pastikan betul. Majlis ini majlis rasmi dengan tetamu kehormat. Dia harus memastikan semuanya berjalan lancar.
"Assalamualaikum, sayang." muncul satu suara dari belakangnya. Terus dia yang sedang berdiri di tengah dewan itu memusingkan badan.
"Waalaikumussalam. Awak baru sampai ke?" pantas sahaja Faradhiya mencapai tangan lelaki itu dan pantas tunduk mencium permukaan tangan suaminya.
"Baru sampai. Tapi sempatlah tengok CEO Equil jadi wedding planner." usik Ghaz. Dia sempat perhatikan isterinya yang sibuk memeriksa segala benda di dalam dewan ini.
"Pelamin tak siap lagi." Adu Faradhiya dengan dahi berkerut. Tidak suka.
"Kejap lagi siap lah tu. Sikit je lagi." pujuk Ghaz. Tahu yang isterinya tidak suka kerja lambat.
"Sepatutnya siap sebelum saya sampai. Sebab dia tak siap lagi, lighting pun saya tak boleh check lagi."
"Tak apa, sempatlah kita check sama-sama. Sayang dah makan ke belum?"
"Dah suruh Aida orderkan sandwich. Awak belum makan ke?" soal Faradhiya kembali.
"Dah. Makin kenyang bila tengok muka sayang."
"Kenapa pulak?"
Muka dia bulat sangat ke sampai boleh kenyang bila tengok?
"Manis, macam pencuci mulut." Cup! Laju sahaja ciuman singgah di tepi kepala Faradhiya.
"Awak ni! Depan oranglah!" Lagi laju tamparan Faradhiya sampai ke lengan Ghaz Ukasyah.
a/n: Jangan lupa vote and comment!
YOU ARE READING
Temu
RomanceCerita ini menyelami rasa seorang Nur Faradhiya, wanita yang dianggap sempurna dan lengkap dengan segalanya. Pendidikan, harta, kerjaya, dan pencapaian. Namun, Faradhiya juga adalah antara wanita yang tertipu dengan janji lelaki. Pengkhianatan yang...