9 : Athea

0 0 0
                                    


BERKERUT wajahku sebaik sahaja tiba di meja yang menempatkan tiga sekawan. Ingatkan masing-masing dah siap order makanan, rupa-rupanya tak. Nak bising tapi melihat apa yang tersaji di hadapan mata sekarang. Macam tiga ekor paus terdampar di darat. Lesu tak bermaya... amarahku terus surut.

Risau, aku menghampiri seorang demi seorang. Bermula dengan Eyna yang sedang menelangkup wajah. Dan-dan outfit-nya tersama pula dengan warna meja kafe ini, dua-dua tema hitam, nampak sebati.

"You... okey tak Eyna?"

Soalanku dibalas dengan gelengan lemah dalam posisi yang sama. Itu respon paling tak bertenaga daripadanya, yang juga bermaksud tak nak diganggu. Aku pun hanya mengusap belakang tubuhnya beberapa kali sebelum bergerak pada Atikah.

Gadis ini menopang kepala degan sebelah tangan. Sekejap pegang pipi, kejap lagi terlentuk gaya nak berbaring sambil tangan dominannya menulis. Dapat dengar bunyi Apple pencil bergesel dengan skrin iPad. Ktak ktak. Dia juga terkumat-kamit membaca sesuatu berselang-seli keluhan.

"Quiz ke?" tanyaku tanpa berbasa-basi. Kalau cara sebegitu terpaksa, dua saja jawapannya, quiz ataupun mini test.

Terus diletakkan stylus pencil tersebut, kali ini dua belah tangan digunakan untuk menyokong wajah. "Haah, quiz mengejut."Atikah menjawab dengan mimik sedih.

Mataku membulat. "Quiz mengejut? Really?"

"Yup, pagi tadi kelas, petang ni Dr. nak sambung pula dengan quiz. Kalau ikut study plan, patutnya minggu depan tau. Tapi Dr. ada hal so dia ganti hari ni terus." Setiap ayatnya diakhiri helaan nafas. Sampai aku sekali terjangkit rasa penat.

"Minggu lagi satu kita orang ada presentation, tak boleh nak kacau pula. Hesyh... You know what, after yesterday's two mini-tests I thought I could finally rest tau. Yet, here we are again." suaranya, tersangatlah kedengaran pasrah.

Kalau terkena dekat aku, aku pun akan rasa benda sama. Nak-nak lagi lepas dah perah otak semalaman. Mungkin aku mengalami 5 stages of grief terlebih dahulu sebelum pasrah dan mula belajar.

"Kesiannya you kena scam. Subjek apa, babe? Lecturer mana yang ajar?"

"Internet of Things (IoT), instructor Dr. Fahim."

"Eh, I baru je berselisih dengan dia. Don't know lah but he looks, kinda lost and seems really tired."

"Right? That's why, class I redha je. Takde yang nak membantah."

Aku angguk. Yelah kan, lecturer pun manusia juga yang tak lari dengan masalah, baik di tempat kerja ataupun di rumah. Lagipun kerja mereka bukan setakat mengajar saja, banyak lagi, macam nak kena siapkan tesis lah, and other contribution too. Sebagai student, kami kenalah faham. Tapi tetap sakit kalau dapat benda mengejut ni.

"Susah ke, babe? Bunyinya macam ya."

"Hmm memang pun, susah dan menyusahkan hidup." Atikah meraup muka. "I baru habis separuh tau, otak ni dah tepu," adunya lagi.

Aku pula tak boleh nak buat apa selain bagi sokongan moral. Maklumlah tak sama program.

"Goodluck! Insya-Allah boleh jawab." Bahu si gadis aku tepuk. "YOU CAN DO THIS," ujarku, tangan sebelah lagi buat gaya semangat.

"Thank you." Atikah sengih.

"Welcome. By the way..." Bibirku memuncung ke arah Eyna.

Atikah angkat kening.

Jejaka Macaron - ebookWhere stories live. Discover now