"You're not gonna use it for long right?"
"I suppose so." Niat di hati memang tak nak bagi dekat sesiapa sehingga aku habis menelaah dari kulit ke kulit, tetapi untuk lelaki budiman ini kita bagi pengecualian.
"Kalau macam tu tak ada masalah pun. Lepas awak habis guna, boleh pass dekat saya. I already had the ebook version, actually."
Lah, dah tu kenapa nak versi cetak?
Mungkin sedari pandangan skeptikalku, dia laju menambah.
"Mine was the old version, I need the latest one."
"I see..." Aku angguk kecil. "Betul ni nak bagi saya guna dulu?" soalku untuk kepastian, manalah tahu dia tukar fikiran.
"Sure, as long as you hand it to me afterward."
"Saya perlukan seminggu je kut. Jadi kita jumpa hari Isnin minggu depan, dekat sini masa yang sama, boleh?" Setelah berkira-kira aku berikan cadangan.
"Kalau hari Isnin depan tak boleh, saya ada hal. If it's convenient for you, Thursday next week in the morning? Because I have an afternoon lab session that day."
"I'll be here by 10 in the morning then." Setuju sajalah walaupun terbantut rancanganku nak guna perkhidmatan kenderaan awam.
"Deal."
Buku tersebut terus disimpan ke dalam bag, sambil senyap-senyap keluarkan crocheted keychain burung hantu mini yang baru sahaja siap semalam. "Um, thanks for this book and also for the other day. Saya tak tahu macam mana nak balas jasa awak."
Bila berbual begini, baru aku sedar beza ketinggian kami. Ibu lelaki ini agaknya telan tiang kut semasa mengandung. Aku yang dikategori gadis tinggi pun sudah sakit tengkuk mendongak.
"Awak tak payah risau. Kalau kambing jiran sebelah nak beranak pun, InsyaAllah saya datang tolong. Lagipun, hal kecil je. As a gentleman, I ought to help the lady, right?"
Ayat mengusiknya spontan buat guli mataku berputar 180°. "Iyalah."
Dia ketawa kecil.
"Sebelum saya terlupa..." tambahku, perlahan-lahan menghulur crocheted keychain burung hantu mini tersebut kepadanya. Memang berniat nak memberi Si Penyelamat di hadapan mata ini.
"Take this as a token of appreciation from me."
Jika tadi buku, sekarang keychain yang berada di tangannya pula menjadi mangsa belek. "Awak buat sendiri?" tanya jejaka kacak ini, seakan tak percaya.
"Kalau ya pun kenapa?" Aku cebik bibir.
"It's so pretty. Paling kemas setakat yang saya pernah nampak."
Bibirku melebar macam tengah shooting iklan ubat gigi. Tak payah persoalkan betapa berbunganya hati aku terima pujian depan muka begini.
"Tak kan lah nak bagi yang comot dekat orang. Biasanya saya siapkan dalam 10 hari ke 14 hari tau, tapi yang ni 5 hari je. Kinda one of my best efforts." Kejayaan yang wajib flex kut! Memang kembang kempislah hidung aku bercerita.
"Really? Kira dah pro lah ni?"
Semudah ABC senyumanku terpadam. Aku baru saja berjinak-jinak dengan crocheted cuti sem lepas, jangankan pro, tahap intermediate pun belum nampak bayang lagi.
"Hmm... now I think I've got something for you too." Selit si jejaka sambil mencari 'sesuatu itu' di dalam chestbag-nya. Mungkin perasan wajahku berubah masam.
"Eh, it's o–"
"Kebetulan terbawa sekali tadi. Anggap je ni treat daripada saya." Tak sempat nak tolak, satu bungkusan kemas berbau manis sudah tersedia di depan mata. "Nah, homemade Macaron, freshly baked this morning."
"Err..."
"Setakat ni, tak ada orang pernah reject lagi macaron saya. Tapi tak pastilah sesuai ke tak dengan citarasa awak. Cuba rasa satu, selebihnya kongsi dengan kawan."
Eh eh, tak sangka pula mamat ni ada sisi masuk bakul angkat sendiri! Cara dia pun macam penculik memujuk budak kecil dengan gula-gula.
"Saya sebenarnya tak berapa nak makan benda-benda manis ni." Aku cakap jujur. Dulu masa sekolah memang suka betul manisan, kalau boleh setiap hari nak makan. Masuk saja zaman universiti, seleraku terhadap makanan bergula turun mendadak. Faktor usia agaknya.
"But a little sweet won't hurt, you now?"
"That's–"
Macam awal-awal tadi, dia tak bagi aku kesempatan untuk noktahkan ayat.
"Anyway, I should excuse myself now. Until next week, mademoiselle." Bungkusan bertali tersebut disangkutkan pada jariku. Mati kata aku bila kelibat si jejaka laju menghilang dari ruang penglihatan.
What a particular guy.
YOU ARE READING
Jejaka Macaron - ebook
RomanceNew Adult Romance 𝖩𝗎𝗅𝗂𝖺𝗇𝖺 𝖠𝗍𝗁𝖾𝖺 𝗫 𝖣𝖺𝗂𝗆 𝖹𝖺𝗂𝗇𝗎𝖽𝖽𝗂𝗇 "The classic flirting question should be can you give me your number, shouldn't they?" - Juliana Athea. "Good thing I'm not a classic guy, your phone please." - Daim Izdiha...
7 : Athea
Start from the beginning