7 : Athea

3 0 0
                                    


TANGAN yang berada di awangan terhenti. Hampir-hampir saja bersentuhan dengan seseorang yang sudah meletakkan tangannya di tulang buku dalam senarai pencarianku. Bila pandanganku bersabung dengan sepasang mata perang, aku terkebil-kebil. Wajah bentuk tajam milik jejaka dihadapan mata ini masih segar diingatan.

"Err... maaf." Kekok menerpa. Tak kusangka setelah seminggu kami sudah bertemu semula. Kecil betul dunia ni.

"It's fine," jawabnya acuh tak acuh.

"Oh, okay then." Baru sahaja mahu beredar, suaranya menggamit perhatianku semula.

"Kejap."

Aku kembali berdiri di hadapannya. Tak tahulah apa tujuan dia suruh aku tunggu. Cuma agak annoyed tengok buku ditangannya tersebut dok berbelek-belek. Bunyi slap-flap, slap-flap, halaman diselek yang menyapa gendang telinga sangatlah menguji kesabaran. Memikirkan buku direkomenkan secara personal oleh Dr. Shamira tersebutlah penyebab aku jejak perpustakaan tengah bandar ini, aku relakan saja diri menunggu. Berjam-jam pun aku sanggup!

"Erm... boleh saya..."

"Are you also from the forensic department?" Aku belum habis bercakap, dia dah potong dengan satu soalan.

"Eh tak." Aku laju menggeleng. Entah dari mana pula la dia dapat idea tu. Aku ni tengok darah pun takut.

"So, you are planning to join the upcoming delegation. Am I wrong?"

Dahiku berkerut. Termangu dengan kata tanya yang sangatlah tak berdaftar dalam silibus pemikiranku. "Huh?"

Jika tadi tubuhnya sedikit bersandar pada rak besi, sekarang dia berdiri lurus. Sebelah keningnya terangkat tinggi. "Oh, you're not one of our university volunteer either huh." Jarinya mengusap dagu.

"40 peratus buku ni pasal strategi perang dan survival. 40 percent on drugs and poison. Unless you're a forensics student or want to get ready for a war conquest then what else do you need this book for?"

Serasa disoal siasat pula di tengah-tengah bahagian buku bukan fiksyen ini. But, seriously war conquest? Tak silap aku negara ni belum cukup aman lagi untuk pergi menjajah negara orang.

"Is it wrong if saya nak baca untuk tambah ilmu pengetahuan am sendiri?" Aku buat-buat tak dengar saja pertanyaan peliknya. Malah terus beri soalan dalam nada polos.

"If I'm not mistaken, the book includes details regarding historical designs, right?" tambahku lagi, sebagai justifikasi.

Tangannya masih melekat pada dagu, mata si jejaka tertumpu tajam padaku, seakan-akan sedang menganalisis sesuatu.

"So, you're an architecture student?"

"Nope. Arts student, from interior architecture programme." Biasa sangat orang salah faham, sampai kadang aku malas nak terang lebih-lebih. Pelajar seni tersakiti lah katakan, pelajar arkitek juga suka gelar kami inferior architecture.

"Ah... I see." Kalau wajahnya berlabel, mungkin sudah terpapar perkataan puas hati. "Alright future designer, this could be help for you then."

Pap!

"The last tenth chapter is sufficient. Yang tu mungkin ada kaitan dengan designing," sambungnya lagi, sangat kasual seolah 'sesi soal siasat' tadi tak pernah terjadi.

Rasa nak melompat bila buku yang sangat-sangat aku perlukan bertukar tangan. Dengan wajah manis, aku ringankan mulut berbasa-basi.

"Urm... bukan ke awak lagi perlukan buku ni? Is it okay for me to have it first?"

Jejaka Macaron - ebookWhere stories live. Discover now