RKT | 22

1.8K 162 2
                                    

SEMAKIN jiwanya terasa tidak tenang bila memikirkan keadaan Datin Adruja. Dan siapa menyangka, kerana kerisauannya itu. Dia boleh pula memberanikan diri untuk mendatangi rumah besar itu selepas kelas tadi. Mulut tadi kata tak nak jumpa, tetapi sekarang dia sendiri bakal berdepan dengan Luth. Haihlah Syifa... gadis itu mengeluh panjang.

Terasa sungguh gugup itu. Perlahan-lahan langkah disusun mendekati pintu utama rumah itu sebelum loceng rumah cuba ditekan. Bahagian bawah bibir sesekali dijilat untuk membasahkannya.

"Kejap!" Suara lelaki kedengaran daripada sebalik pintu. Pasti itu Luth. Tak perlu tanya pun, Syifa dah tahu. Siapa lagi lelaki yang ada di rumah itu selain Luth, anak lelaki Datin Adruja.

"Sia-"

Syifa diam tidak mahu membuka mulut itu bila Luth terkejut memandang ke wajahnya. Sedikit dia menunduk.

"Apa awak buat dekat sini?" Luth mula menyoal. Mana taknya, terkejut betul dia bila Syifa tiba-tiba datang ke rumah itu tanpa sebarang kata. Baru saja beberapa jam tadi mereka bercakap melalui panggilan telefon.

"S-Saya nak melawat aunty. Sekali nak bagi barang aunty yang tertinggal dekat kereta saya," balas Syifa sambil mengetap bibir itu. Entah kenapa dia tidak mampu menatap iris mata lelaki yang ada di hadapannya.

Laju saja detak jantungnya.

"Oh..." Luth membalas segan.

Tidak lama itu, pintu rumahnya dibuka sedikit.

"Masuklah..."

Syifa diam. Namun anak matanya lantas merenung wajah tampan di hadapannya.

"Awak kata awak nak melawat umi, kan? Umi ada je dekat bilik. Dia baru bangun tidur." Luth kekal tenang meski jantung itu berdegup dengan kencang. Sah! Dia memang dah dilamun cinta!

"O-Okey..." Gadis itu menganggukkan kepala. Dengan rasa segan dan malu, penuh sopan Syifa masuk ke dalam rumah itu. Walau bukan pertama kalinya, namun terasa sungguh kejanggalan. Mungkin disebabkan hubungannya dengan Luth, dia jadi macam ni.

"Umi ada dalam bilik. Awak masuk je..."

"Baik..." Syifa tetap menurut. Bila merasakan langkah lelaki itu kedengaran di belakang, bibir dikemam rapat. Luth ikut dia ke?

"Kenapa awak ikut saya?" Soal Syifa. Langkah terhenti seketika sebelum memusingkan tubuh itu. Anak mata segera memandang ke wajah Luth.

"Awak nak jumpa umi, kan?" Kali ini giliran Luth yang bertanya. Kedua-dua kakinya turut sama berhenti.

"Iya..."

"Marilah saya bawa..." Ajaknya. Walau kenyataan sebenar dia mahu berada dekat dengan Syifa. Cukuplah berdiri di belakang gadis itu saja, dia dah cukup merasa baik.

"Tak apa, saya boleh pergi sendiri. Awak tak kerja?"

"Tak. Saya ambil cuti hari ni, nak jaga umi."

Syifa diam tak berkutik. Yalah, siapa lagi Datin Adruja ada selain Luth seorang. Jadi hanya ada Luth yang boleh menemani wanita itu dalam apapun yang terjadi.

"Oh, okey..." Gadis itu mengangguk faham. Tanpa membuang masa yang ada, laju saja Syifa mengatur langkah menuju ke bilik Datin Adruja. Kedengaran bunyi derap kaki yang mengikuti langkahnya itu di belakang.

Kenapa aku rasa macam ni? Syifa mula berbisik sendiri. Setiap kali berdepan dengan Luth, dia nak sangat mengelak sedangkan dia tidak ada niat pun mahu menolak kehadiran Luth dalam hidupnya. Jika dia harus menolak perasaan, kenapa dia harus menolak kehadiran Luth?

Sampai di depan pintu kamar, Syifa mengetap bibirnya dengan rapat. Perlahan-lahan tombol pintu itu dipusing sebelum dia menolak ke dalam. Kepala sempat terjengul melihat figura Datin Adruja.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now