RKT | 21

1.6K 142 0
                                    

PULANG sahaja daripada keluar bersama Datin Adruja, Syifa melangkah masuk ke dalam rumah besar itu. Anak mata ikut memerhati ibu, ayah dan abang-abangnya di rumah. Malam ini, malam terakhir Ziyad dan Umairah ada di rumah sebelum balik ke kampung Umairah untuk majlis sebelah sana pula. Begitu juga Zayran, mereka pun akan ke rumah Mak Siti untuk meraikan majlis resepsi abangnya.

Jadi, tinggallah dia seorang bersama Tan Sri Sufyan dan Puan Sri Kinan. Bosan itu memang bosan, tapi nak buat macam mana. Itulah hidup bila jadi anak bongsu.

"Dah balik?" Puan Sri Kinan menyapa lembut. Beberapa barang yang dibelinya tadi diletakkan di atas meja sebelum kaki melangkah menghampiri tubuh tua si ibu.

"Ya, sorry lambat."

"Tak apa. Sekurang-kurangnya okeylah balik sebelum maghrib." Senyum wanita itu sekali lagi. Tiba-tiba rindu nak tengok muka anak perempuannya yang cantik lagi jelita. Teringat masa muda dulu.

"Aunty Syifa!" Sapa Haqqim penuh riang. Berlari anak kecil itu menghampiri Syifa membuatkan Syifa mengukir senyuman lebar. Comel!

"Hai..." Syifa menyapa halus. Sesekali dia pandang Amrin yang ada di dalam pangkuan Zayran. Jujur ini pertama kalinya dia melihat Zayran memangku seorang bayi.

"Apa aunty Syifa beli tu?" Haqqim dah mula menyelongkar beg bakul di tangan Syifa.

"Beli yummy untuk Haqqim."

"Yummy? Candy!" Mata Haqqim membulat. Nampak saja lollipop, anak kecil itu meloncat gembira.

"Yeay! Yeay! Ada candy lah, papa..." Lollipop itu diambil kemudian ditunjukkan ke arah Zayran. Teruja sungguh bila dapat lollipop di tangan.

"Jaga-jaga. Nanti mama nampak, Haqqim yang kena marah." Si ayah dah mula bersuara. Bukannya Zayran tak tahu macam mana sikap Raudhah tentang anak ni. Semua tak boleh. Dia pula terlalu manjakan anak.

"Alo, nanti papa makanlah lollipop Aqqim kalau mama marah." Kaki kecilnya menghampiri Zayran kemudian duduk di atas bangku itu. Syifa pun hanya memerhati gerak geri comel anak buahnya. Patutlah Zayran boleh jatuh hati dengan Haqqim, comel sungguh tingkahnya.

"Kenapa papa yang kena makan?" Zayran dah mula kerut dahi. Haqqim selalu saja dapat menepis kata-kata walaupun masih kecil. Bijak!

"Sebab gigi papa tak macam gigi Aqqim. Gigi Aqqim selalu patah. Tengok? Orked pun kata Aqqim tak hencem sebab gigi dah rongak."

Terhambur gelak Zayran. Tak sah bila Haqqim tak sehari buat benda kelakar. Ada saja yang menghiburkan hati. Bila sibuk atau down, hanya Haqqim yang boleh mengembalikan keceriaan dalam keluarga kecilnya. Macam itu juga bila dia bergaduh dengan Raudhah, Haqqim selalu ada di mana-mana.

"Haqqim!"

"Alamak, mama dah ada. Papa, cepat ambil lollipop Aqqim. Sorok tau, nanti mama marah." Belum dibuka bungkusan lollipop itu, laju saja Haqqim memberikannya kepada Zayran.

Zayran pun apalagi, lollipop itu disorokkkan di dalam genggaman tangannya yang besar. Telatah Haqqim selalu membuatkannya tidak kering gusi.

"Dah berus gigi ke? Sebelum tidur kena berus gigi. Cikgu ada bagitahu mama yang gigi Haqqim dah ada yang berlubang. Ni mesti tak berus gigi, kan?" Raudhah sudah mengangkat jari telunjuk lalu memberikan panahan tajam.

"Mana ada. Aqqim berus gigi tau mama. Atas bawah, kiri kanan."

"Yalah, tapi bukan sekejap. Lama-lama sikit."

Haqqim diam berdiri menatap raut wajah si ibu. Air liur diteguk sedikit payah. Bila muka mama dah garang macam itu, jangan haraplah dia nak terlepas. Makin takut adalah.

𝐑𝐚𝐭𝐮 𝐊𝐢𝐫𝐢𝐦𝐚𝐧 𝐓𝐮𝐡𝐚𝐧 Where stories live. Discover now