42| Abang Terbaik

766 96 25
                                    

Kenderaan pacuan empat roda dipandu Naail melepasi pagar besi yang mengelilingi pakarangan Teratak Kejora dan diikuti dua buah kereta lain di belakangnya. Setelah sekian lama mereka kembali ke lokasi yang menjadi akar umbi permasalahan Niyaz. Kedatangan mereka kali ini membawa makna yang berbeza dari sebelumnya, bukan ingin melakukan aktiviti paranormal seperti tempoh lalu melainkan menyelesaikan sesuatu yang tidak Niyaz selesaikan lagi.

Kereta diberhentikan di bawah pohon yang paling hampir dengan pintu masuk. Tak sempat Naail mematikan enjin Niyaz dan Daiyan di tempat duduk penumpang belakang sudah pun keluar meninggalkannya dan Khafi.

Tali pinggang keledar masih memeluk Naail erat dan tiada tanda-tanda ingin ia lepaskan. Bukannya pergi mengekori Daiyan dan Niyaz yang sudah berkumpul dengan mereka yang lain di luar dia malah merehatkan pergelangan tangan di stereng sambil melayan minda yang sedikit kusut.

Ada sesuatu menghantui Naail, menggugat ketenangan dan mengundang keresahan yang tidak berpenghujung. Sebenarnya dari siang hari lagi kesihatan mental Naail menurun sehinggakan kerja-kerjanya pada hari ini tidak berjalan mulus. Dia banyak mengelamun di pejabatnya, interaksi bersama pelajar juga tidak seperti kebiasaan. Naail begitu tertutup dan hanya bersuara ketika mengajar saja sampaikan rakan sekerja dan para pelajarnya tidak berani menganggu dirinya.

Dan semua ini berpunca dari sang adik yang kini terlihat sangat bersemangat di luar sana. Gara-gara Niyaz, Naail hilang semangat. Ikutkan Naail, dia mahu saja menunda aktiviti yang sudah Niyaz rancang dari minggu kemarin. Mahu merosakan rancangan Niyaz dan melarang Niyaz untuk meneruskan rancangannya. 

Pada akhirnya apa yang Naail inginkan hanya dibiarkan tak terluah dan dia akur dengan Niyaz. Lagi pula aktiviti malam ini juga melibatkan beberapa individu yang lain seperti Hamza dan Hairil.

Rancangan asal hanya berenam juga entah bagaimana jumlah bertambah lagi tiga orang lain termasuk dua orang dari kalangan ahli keluarga Jiwa yang menemui adiknya siang tadi dan juga Alanna yang mahu mengikut. Menjadikan bilangan mereka sembilan orang.

Sedikit atau ramai bukan suatu masalah bagi Naail. Dia tak kisah akan pertambahan orang yang akan ikut serta. Yang dirisaukannya hanya Niyaz dan Niyaz. Bukan orang lain bukan juga dirinya hanya adiknya itu.

"Astagfirullahalazim." Naail beristigfar banyak kali sembari mengusap wajahnya. Membuang prasangka buruk dan tidak mahu terlalu memikir hal yang tidak pasti.

Naail segera mematikan penghawa dingin dan enjin kereta. Dia melepaskan diri dari jeratan tali pinggang kaledar dan segera keluar mahu menyertai mereka yang berkemungkinan sudah lama menunggu kehadirannya. 

"Hang tak rasa ka ada benda buruk yang akan jadi malam ni?"

Pintu hampir tertutup Naail tahan dan tarik semula.
Dengan sedikit membongkok badan, dia mengintai Khafi masih berada di dalam kereta. Naail benar-benar terlupa dengan adiknya yang satu ini, dia ingatkan Khafi sudah menyusul mereka yang lain rupanya masih tidak berganjak dan sekarang sedang menghadap cermin tingkap.

"Maksud hang?"

"Hati aku ni tak sedap dari malam semalam. Aku cuba positif tapi aku tak boleh Naail. Aku tak tau pasai pa tapi aku dapat rasa rancangan kita malam ni akan ada masalah."

Tanpa Naail sedar jari yang berada di belakang pinggul terkepal membentuk buku lima. Jadi bukan dia saja yang tak sedap hati, Khafi juga serupa sepertinya?

"Jangan pikir yang bukan-bukan tu semua perasaan hang ja tu." Naail bersikap tak peduli. Walau hati tak mampu menolak kemungkinan negatif yang bakal terjadi tetapi cuba sembunyikan dari Khafi.

C| MANUSKRIPWhere stories live. Discover now