Bab 24

974 84 2
                                    

MATA bertentang mata. Saling berpandangan. Melihat ketenangan Zayn buatkan degupan jantungnya kian laju. Kata orang, lelaki yang terlihat tenang dan diam seperti inilah yang paling menakutkan. Sekali dijerkah, pasti semua terdiam.

"Mawar..." Lama berjeda, akhirnya suara garau Zayn menyapa lembut. Melihat jari-jemari Mawar yang bermain sesama sendiri pun sudah cukup jelas ada sesuatu yang sedang bermain di benak fikiran wanita itu.

"Kalau saya bagitahu, awak marah tak?" Tidak semena Mawar gigit bibir bawah. Rasa nak tepuk mulut sendiri. Soalan paling bodoh yang dia tanya sepanjang hidup. Kalau Zayn tak marah, bermakna Zayn sakit mental!

Medengar soalan naif sebegitu, Zayn tarik senyum kecil. "Abang tak pandailah marah orang, macam mana abang nak marahkan Mawar?"

Tangan si isteri kemudian ditarik ke dalam genggaman. Mata ditunakkan memandang seraut wajah jelita di hadapannya. "Tell me, sayang. Abang janji abang tak akan marah awak."

"I won't be mad. Just tell me. I'm not gonna get mad, I promise." Tangan kecil itu digenggam erat. Anak mata Mawar direnung dalam, mencari kejujuran yang selama ini dinantikan.

Mawar pejam mata seketika sebelum wajah Zayn kembali direnung. Nafas dihirup dalam-dalam. "Fine... Zayn, actually I'm starting to care about you."

"Saya cuma malu nak mengaku. Saya hanya terus berpura-pura membenci awak sebab otak saya sentiasa mengatakan awak bukan lelaki yang saya mahukan dalam hidup, tapi hati saya tak boleh menipu, Zayn. Saya tak mampu lagi nak menolak perasaan ni. Perasaan yang saya sendiri tak sedar bila dia wujud." Sebaik sahaja ayat bertemu noktah, kepala terus jatuh memandang riba. Berbahang wajahnya menahan malu.

60 saat berlalu dan Zayn masih diam membuatkan hati Mawar dijentik rasa kurang senang. Kepala diangkat memandang Zayn yang rupanya sejak tadi tidak lepas memandangnya.

Abang tahu, bukan itu yang Mawar nak beritahu abang.

"Awak?" Tangan Mawar naik melambai-lambai di hadapan wajah Zayn. Mengelamun rupanya!

Zayn tersentak. Senyuman kecil diukir perlahan. Sisi wajah Mawar disentuh lembut. "Hati dan perasaan itu milik Allah. Perasaan yang hadir dalam hati kita, semuanya datang dengan izin Allah. Abang cintakan Mawar pun atas izin daripada Allah."

Mawar telan liur. Senyum paksa ditarik. Kekura tangan Zayn di pipinya dipegang.

"Abang pernah dengar satu kata-kata. Jika Allah sudah menanamkan rasa cinta ke dalam hati kepada seseorang, maka tak ada yang mampu mencabutnya kecuali Allah sendiri. Sekeras apapun usaha untuk melupakannya, sebanyak apapun orang yang akan menggantikannya, dan sejauh apa pun kita meninggalkannya, dia akan tetap berada di dalam hati dan ingatan kita. Kerana dia telah ditakdirkan untuk menjadi pemilik hati tidak kira bersama ataupun tidak."

"Sebab itu, abang tak pernah salahkan Mawar kerana gagal melupakan Raffael. Ada sepotong ayat Al-Quran yang berbunyi, boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia amat baik bagimu. Dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, sedangkan ia amat buruk bagimu. Allah maha mengetahui sedangkan kita tidak."

Ibu jari kasar Zayn bergerak perlahan mengusap pipi mulus si isteri.

"Tidur dengan abang malam ni ya?"

Mendengar hujan yang kian lebat dan semakin kasar membuatkan Mawar mengangguk tanpa ragu. Hati yang tadi berdetak tidak seiring kini kembali normal. Setiap bait kata-kata dan ungkapan Zayn sentiasa berjaya meleburkan hatinya yang beku.

'Boleh jadi kamu membenci sesuatu, sedangkan ia amat baik bagimu. Boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, sedangkan ia amat buruk bagimu.'

*

"HAIH, Dato'? Sorang je malam ni?"

Fahad yang sedang selera menjamah hidangan, mengangkat kepala. Nik, salah seorang rakan niaga terdekatnya.

Mata Nik melilau mencari kelibat seseorang. Seseorang yang dahulu sentiasa bersama Fahad.

"Bini tak nak ikut balik, duduk rumah mertua. Lagi dua hari baru aku ambik," jawab Fahad mudah, walaupun faham maksud soalan yang diaju Nik sebentar tadi. Tahu, siapa yang Nik maksudkan.

Nik simpan senyum. "Itulah maksud aku. Bini kau tak ada. Sugar baby kau mana?" Kening dijungkit berkali-kali. Sengih miang ditarik.

Penyedut minuman ditarik lalu disedut, membersihkan kerongkong. Wajah Nik di hadapan dipandang. "Pun ada, duduk rumah mertua aku." Sekali lagi Fahad menjawab dengan nada selamba.

"Hah? Jangan cakap kau kahwin dua, Had. Kau—"

"Dia kahwin dengan adik ipar aku," selar Fahad.

"Hah?!" Hampir terkeluar biji mata Nik. Wajah tenang Fahad dipandang bagai menanti lagi bicara seterusnya.

"She's married."

Nik menggelengkan kepala bersama senyuman senget. "Adik ipar kau... yang polis tu kan? Tak pelik, Had. Polis memang suka perempuan seksi macam Rose. Eh bukan polis jelah! Aku pun suka."

"Zayn belum tahu lagi siapa Rose. Kau tahu kan Rose macam mana? Depan family bertutup-litup, tapi depan aku..." Sengaja menggantungkan ayat, Fahad sambung dengan ketawa sinis. Rose... Rose...

"Lepastu apa kau nak buat? Tak terasa tercabar ke lelaki macam Zayn mudah mudah je dapat Rose? Sedangkan kau dah habis puluh-puluh ribu untuk perempuan tu."

Fahad mencebik."Nak marah pun tak boleh jugak. Tapi pangkat yang kami ada sekarang adalah tiket untuk aku mudah jumpa dia lepasni. Aku dengan dia dah jadi biras, Nik. Rindu biras, balik rumah mertualah apa lagi?"

Serentak tawanya dan tawa Nik bersambung.

*

MELIHAT si isteri sibuk dengan telefon, Zayn mengambil keputusan untuk terus fokus pada majalah di tangan.

5 minit berlalu...

10 minit berlalu...

Zayn tidak betah lagi, majalah di tangan diletak ke tepi. Wajah berkerut Mawar diperhati. "Mawar tak nak tidur lagi ke?" Jam dinding sudah menunjukkan hampir pukul 11 malam.

"Awak nak tidur, tidurlah dulu," jawab Mawar tanpa berpaling, tidak beralih seinci pun anak matanya dari merenung layar iphone yang menyala.

"Esok abang kena turun latihan awal, sayang. Abang tidur dulu ya?"

Tidak mendapat sebarang jawapan daripada isteri, Zayn labuhkan kepala pada bantal. Pejam mata saja, tidak sampai beberapa minit dirinya terus diulit lena.

You jangan ingat I boleh senang-senang je tengok you bahagia, Rose. Lagi-lagi dengan jantan yang duduk satu bumbung dengan you tu. You ingat husband you baik sangat? I know him very well, Rose. More than you. – Raffael

I bagi you masa kurang daripada sebulan sebelum I terima calon menantu ibu. You balik KL nanti, jumpa I. Kalau you tak datang jumpa I, I yang akan cari you, Rose. I boleh heret you depan Zayn kalau terdesak! -Raffael

Dia, Zayn RaffaelWhere stories live. Discover now