Dia ketawa besar. Geli hatinya melihat lelaki tua di hadapannya berundur ke belakang dengan wajah marah.
Langkah demi langkah, Lorenzo menghampiri Rodrigo. Tak lekang senyuman sinisnya. Sudah seperti harimau yang bersedia menerkam mangsa.
Rodrigo teguk liur sendiri. Belakang tubuhnya sudah bertemu dengan dinding. Tangannya cuba mencapai segala benda yang boleh menjadi pertahanannya.
" Rodrigo Grey. " Lorenzo menyebut nama itu dengan suara dalamnya. Sarat dengan dendam dan kebencian. Dia berhenti menghampiri Rodrigo. Jemarinya mula bercantum mengepal penumbuk keras.
" The name who has killed my father. " Anak mata Lorenzo berubah redup mengenangkan bapanya. Seketika dia mengunci mulut. Diam. Lorenzo menunduk memandang lantai. Setitis demi setitis air matanya jatuh. Sudah tak tertahan lagi. Alat pendengaran di telinganya yang menghubungkan dia dan kumpulan lain dicabut dan dicampak jauh.
Ulas bibir bawah digigit kuat. Sedar atau tak terhinjut juga tubuhnya menahan esakan.
Rodrigo kerutkan dahi. Barangkali sudah gila anak Lucio ini, tadi ketawa sekarang menangis pula. Dalam kesempatan ini, Rodrigo bertindak berlari mencapai daun pintu. Senyumnya melebar.
Dia menarik pintu tersebut. Mati senyumannya. Tak, tak! Dia tarik sekali lagi. Lagi, lagi dan lagi. Pintu itu terkunci dari luar. Mata Rodrigo terbeliak luas. Digoncang daun pintu tersebut penuh pengharapan. Sesekali dia kerling Lorenzo yang memandangnya seperti ingin disembelih.
Bam! Bam! Bam!
Dengan seluruh kudrat, Rodrigo menghentam pintu beberapa kali. Memanggil sesiapa sahaja tak kira pengawal mahupun pembantu rumahnya. Habis segala nama orang kepercayaannya dipanggil-panggil. Tidak sedar mereka semua sudah ditewaskan lebih awal oleh Xayn dan Luiz yang berjaga di luar.
" Somebody! Please!! " Suara Rodrigo seakan tersekat. Tekaknya terasa perit dek kerana banyak menjerit. Dia menyentuh lehernya sendiri. Tubuh mulai menghadap Lorenzo semula. Kiri kanan kepalanya tergeleng-geleng memandang senyuman di bibir Lorenzo.
" Please... Leave me. I will give you whatever you want! " Rayu Rodrigo Grey. Lututnya jatuh ke lantai, tangan menggenggam antara satu sama lain. Meminta kasih dan ihsan Lorenzo sebagai seorang manusia.
Anak mata hazel Lorenzo mengikuti gerak tubuh Rodrigo yang sudah melutut di hadapannya. Dia memandang dari atas.
" Look at yourself. How pity you are right now. "
Mata Lorenzo tidak memancarkan sebarang emosi. Wajahnya dingin. Kini hatinya dikuasai perasaan benci dan dendam.
" Tu... creatura orribile. Hai ucciso tuo padre... ( You... horrible creature. You killed your own father... ) " Tutur Lorenzo dengan suara separa berbisik. Kepalanya ditundukkan sedikit, memandang wajah menyedihkan orang tua itu.
Terbeliak mata Rodrigo. Jantungnya berdegup pantas.
" H- how... how did- " Terketar-ketar jari Rodrigo. Rahsia terbesarnya... Kalau dulu dia membunuh orang yang mengetahui rahsianya, di dalam situasi ini pula sebaliknya.
Lorenzo bercangkung. Jari telunjuknya diletak pada bibir Rodrigo. Ditekan kuat.
" Shh... It's a secret! " Usai berkata begitu, Lorenzo tarik semula jarinya. Ditunjal jari itu pada dahi Rodrigo. Terjungkit sengihan kejam di bibir Lorenzo Vitale.
Mendesis Rodrigo tatkala belakang kepalanya berlanggar dengan meja bulat ketika ditunjal Lorenzo. Belakang kepala digosok-gosok.
" Cruel. "
YOU ARE READING
7 DEMONS 1 ANGEL : LA MIA FECILITA | OG
Random7 DEMONS 1 ANGEL : LA MIA FECILITA GREY SERIES : NO.1 BY FUMAI UNEDITED WARNING SLOW UPDATE [ Helena Dahlia Grey × Lorenzo Vitale | Lubaid Wathiq ] ••••• [ one girl × seven brothers ] Helena Dahlia. Gadis kecil yang comel dan tabah. Karenahnya yan...