Lateefa kalut di dapur menyiapkan hidangan tengahari. Walaupun ringkas sahaja tetapi banyak pula yang perlu dimasak. Warda dan Nailufar yang ada di asrama menyuruhnya membawakan makanan untuk mereka. Jadi dia ikut saja permintaan anak-anak. Mereka terlalu rindukan air tangannya.
Maka jenuhlah dia ke hulu ke hilir menyiapkan cheeskut dan spageti carbonara untuk Warda. Nailufar pula hendak makan oden dengan ayam korea. Kerana kedua-dua orang anaknya itu berlainan citarasa terpaksalah dia membuatnya sendiri. Dia cukup penat namun puas hati kerana mampu memenuhi kehendak anaknya tanpa bantuan lelaki yang bergelar suami.
Tiba-tiba sahaja kolam matanya bergenang.
Suami!
Sudah lama kenangan bersama suami dia tinggalkan tetapi tak tahu di mana silapnya. Hari ini boleh muncul pula bermain-main di dalam kepala. Sudah dua tahun dia sendiri tanpa peneman. Malah dia tenang tanpa seorang lelaki. Namun kemunculan tiba-tiba lelaki yang bernama Zhareef Akhtar itu mengocak segala keharmonian hatinya. Entah kenapa sikap lelaki yang dia jumpa secara kebetulan itu buat dia rasa pelik. Tak faham dengan apa yang ada di dalam dada.
Apa yang ada pada dirinya sampaikan lelaki itu nampak benar mahu memikatnya. Baru dua tiga kali bertemu. Itupun secara tak sengaja tetapi lelaki itu sudah pandai masuk dalam hidupnya. Bukan dia tidak tahu. Dia sudah terlalu matang untuk menilai sikap lelaki itu. Sudah terlalu banyak pengalaman tentang lelaki. Bahkan sudah ramai lelaki yang datang meluahkan rasa.
Dia tidak mahu lelaki muda. Lelaki yang terlalu tua pun dia tidak mahu. Apatah lagi suami orang. Kalau duda akan dia pertimbangkan. Namun semuanya dia tolak kerana di antara kesemua anak-anaknya Nailufar yang sukar menerima. Sebab itulah dia tidak mahu berkahwin lagi. Kalau semua anaknya memberikan persetujuan dia tidak akan menolak.
Kenapa hendak menolak? Dia perempuan yang lemah. Kuat pada zahirnya tetapi hatinya masih perlukan belaian seorang lelaki bergelar suami. Dia juga mengharapkan ada lelaki yang akan menjaganya apabila anak-anak sudah besar dan pandai berdikari. Jadi dia tidak pernah menutup pintu hatinya cuma dia masih belum berjumpa yang sesuai untuk dirinya malah yang disukai anak-anak. Itu sahaja.
Azan zuhur yang berkumandang dari corong pembesar suara surau berdekatan rumah mematikan khayalan Lateefa. Cepat-cepat dia sudahkan tugasnya. Sambil membungkus makanan untuk Warda dan Nailufar dia mengintai dua orang lagi anaknya. Kelihatan Yasmin sedang bermain game di komputer. Yusuf pula sedang menyiapkan kerja sekolah di ruang tamu.
"Yusuf...dah siap ke kerja sekolah tu?" jerit Lateefa dari dapur. Walaupun sedikit tersorok dia tetap nampak sipi-sipi badan Yusuf. Anaknya yang berada di ruang tamu menjawab perlahan.
Tanpa Lateefa sedari Yusuf melangkah ke arah kabinet tv yang berada di ruang keluarga. Apabila yakin mamanya tidak akan ke mari anak kecil itu dengan senyap-senyap mengambil telefon Samsung milik Lateefa lantas menyusup ke ruang tamu semula.
Yusuf menatal layar skrin telefon. Senang hatinya kerana wanita itu tidak mengunci telefon dengan password. Lantas dia tatal lagi mencari nama pakcik yang dirinduinya. Melihat nama Encik Zhareef dalam ruangan daftar pemanggil bibirnya mula tersenyum gembira. Nama itu ditekan sekali dan dia menunggu dengan tidak sabar.
Zhareef yang sedang leka meneliti laporan bulanan kedainya terkejut apabila melihat nama pemanggil yang telah tersemat kukuh di dalam hati muncul di layar skrin. Dia bangkit cepat. Dada berdetak kuat. Biar betul. Baru pagi tadi dia teringatkan Lateefa alih-alih petang ini dia dihubungi wanita itu.
Kerana rasa terujanya dia tidak sempat menjawab panggilan itu. Namun sesaat dua nama wanita itu muncul kembali. Lalu dia tidak melengahkan masa lagi. Pantas icon hijau itu diseret ke tepi.
YOU ARE READING
AIR MATA KASIH
RomanceCERITA LAMA. PERNAH TERBIT DI SATU APLIKASI. MENDAPAT RATING TERTINGGI. KISAH MANIS YANG MERUNTUN JIWA. HATI SEORANG WANITA, IBU DAN BALU YANG CEKAL. MELALUI PELBAGAI UJIAN DEMI MENGGAPAI BAHAGIA. *BUKAN CERITA MAK MERTUA DARI NERAKA. ADA ANAK JA...