Bab 67 ✨

44 18 0
                                    


Dua minggu kemudian….

Telah tiba hari dimana semua orang menantikan termasuk Shah dan Intan iaitu hari istiadat akad nikah dan perkahwinan Shah dan Intan. Dalam masa dua minggu, begitu banyak cabaran dalam menyiapkan segala persiapan tetapi dengan berkat kesabaran dapat juga siap sebelum tiba hari ini.

Kini, Intan dan Shah berada di bilik masing-masing. Intan bersama juru soleknya dan juga dayang-dayang istana untuk membantunya memakai baju nikahnya. Manakala Shah juga dibantu oleh Panglima 1 dan beberapa orang termasuk mak Lela berada di situ.

“Segak dah tu Shah, tak payah nak usik lagi” ujar mak Lela apabila melihat Shah yang masih mengusik sinjangnya dan dastarnya Shah merengus perlahan, “Mestilah mak, ni kena kemas betul tahu baru nampak lagi segak”

“Apalah kamu ni Shah, dah kemas dah pun…” ucap Panglima 1 pula kepada Shah. Mak Lela menggeleng, “Entah dia, dahlah mak nak pergi arah Intan. Mak nak berbual dengan menantu kesayangan mak tu”

Mak Lela beredar dari situ dan memasuki bilik Intan yang berada di sebelah. Mak Lela melihat menantunya yang sangat cantik ketika ini lebih-lebih lagi apabila terhias senyuman di bibir merah itu.

“Mak! Rindu mak!” ujar Intan sambil memeluk mak Lela. Mak Lela tersenyum dan memeluk Intan semula sebelum dia meleraikan pelukan itu. “Mak apa khabar?” soal Intan.

“Alhamdulillah mak sihat saja…menantu mak ni sihat?” soalan dari mak Lela membuatkan senyuman Intan melebar. Sungguh malu dia dipanggil menantu. Ayahanda, tak sabar nak kahwin!

“Alhamdulillah sihat saja mak…ada Shah sentiasa jaga Intan mestilah lebih sihatnya” Intan tayang giginya lalu mak Lela menghempas bahunya perlahan. Sungguhpun perlahan, dayang-dayang istana dan juru solek itu terkejut kerana mak Lela sembarangan menghempas bakal permaisuri itu.

“Ish kamu ni Intan….sabarlah tinggal 30 minit lagi kamu berdua dah sah suami isteri” ujar mak Lela. Intan tersengih malu dan mak Lela kembali bersuara. “Mak gembira dapat tengok akhirnya Shah dan Intan bersama walaupun banyak cabaran dan situasi kamu berdua hadap”

“Ye mak, terima kasih kerana jaga Intan selama Intan berada di rumah mak” ujar Intan pula sambil menahan tangisnya. Mak Lela menggeleng, “Dah itu memang tanggungjawab mak, dah jangan menangis nanti kotor baju nikah kamu”

Intan senyum saja lalu mengambil tisu dari huluran juru soleknya itu. Tiba-tiba ada ketukan di pintu biliknya lalu seorang dayang istana membuka pintu itu. Kelihatan seorang angkatan berdiri lalu menunduk kearah Intan, “Pihak lelaki sudah menunggu di taman istana, Tuanku”

Intan menganggukkan kepalanya, “Baiklah terima kasih” Intan diberi sentuhan terakhir soleknya sebelum mula keluar dari biliknya diiringi oleh mak Lela dan beberapa dayang istana.

Namun apabila dia keluar, dia ternampak tiga susuk tubuh yang sangat dia kenali iaitu Aziza, Nuqman dan Nilam (keluarga angkatnya di negeri sebelah).

“Mak! Ayah! Adik!” jerit Intan sebelum memeluk mereka bertiga. Mereka bertiga tersenyum melihat Intan. “Mak bila sampai? Tak masuk dalam tadi pun..” rungut Intan.

“Kak, kita orang baru sampai ni tu yang tak sempat jenguk akak” terang Nilam. Intan meng ‘oh’ kan saja lalu dia ingin bertanya lebih lanjut tetapi masa mengejarnya yang membuatkan dia terpaksa berhenti.

“Dah mari kita gerak ke sana…mereka semua dah tunggu tu” ujar mak Aziza sebelum mendorong badan Intan ke depan. Kemudian mereka pun mula melangkah pergi ke taman istana itu.

Ya Aziza sudah tahu mengenai Intan yang tahu akan cerita sebenar dulu itu setelah dihantar surat kerumahnya oleh beberapa angkatan di istana ini dan surat itu ditulis oleh baginda.

Malah dia juga turut gembira bahawa Intan berjumpa dengan jodohnya lebih-lebih lagi jodohnya itu adalah anak kepada sahabatnya iaitu mak Lela. Dia cuma mengharapkan kebahagiaan dalam hidup Intan dan Shah selepas ini.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

𝐇𝐢𝐤𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐚𝐬𝐩𝐮𝐫𝐢 [𝐂]Where stories live. Discover now