Bab 59 ✨

32 17 0
                                    


Dalam perjalanan balik ke istana dari markas tadi, Intan terlintas dengan seseorang angkatan. Intan perasan bahawa lelaki itu seperti angkatan bawahan Shah yang sepatutnya berada di padang sekarang.

Intan menoleh seketika kearahnya lalu hanya memerhatikan saja lelaki itu. Namun dia tiba-tiba rasa tidak senang lagi-lagi apabila lelaki itu tiba-tiba menoleh kearahnya dan membuahkan senyuman serta tunduk.

Intan tersenyum kekok lalu dia terus berjalan dari situ. ‘Kenapa hatiku resah semacam ni, hmm….perasan je kot’ bisik hati Intan. Dia menggelengkan kepalanya dan meneruskan perjalanannya.

*****

Sementara itu, di bilik pejabat besar baginda. Baginda ketika itu sedang bermusyuarat bersama panglima 1 dan beberapa orang atasan lain.

Ketika itulah juga seseorang pengawal mengetuk pintu bilik pejabat itu. “Ampun Tuanku..boleh patik masuk?” Baginda serta yang lain mengerutkan dahi lalu baginda membenarkan pengawal itu masuk.

“Ini dia Tuanku, ada satu sampul surat yang telah diamanahkan untuk diberikan kepada Tuanku” ujar pengawal itu sambil menghulurkan sampul surat itu kepada baginda. Baginda mengambilnya lalu membaca isinya.

Setelah seketika baginda membacanya dengan tekun, tiba-tiba jari jemari baginda menggeletar tidak habis. Dia amat terkejut dengan apa yang disampaikan dalam surat tersebut.

Panglima 1 mulai risau dengan keadaan baginda, “Kenapa Tuanku? Ada apa-apa yang terjadi kah?” Baginda menggelengkan kepalanya sambil mengurut dahinya.

“Boleh patik tengok dalamnya Tuanku?” soal panglima 1 dengan resah sekali. Dia pasti ada yang membuatkan baginda begitu risau. Baginda hanya menganggukkan kepalanya lalu terus diberikan surat itu kepada panglima 1.

Panglima 1 berhati-hati membuka sampul surat itu lalu membaca dengan tekun sekali
‘Raja yang dikasihi sekalian rakyat…,
Sudah tiba masanya untuk aku beraksi kembali bukan? Ye…akulah yang kau benci sangat tu raja. Aku dengar puteri kesayangan kau dah balik? Haha! Inilah peluang aku untuk hapuskan waris kau selepas isteri kau! Ni aku cuma nak bagitahu yang aku akan datang dalam masa seminggu ni..jadi dalam masa seminggu ni, pandai-pandailah menguruskan segala angkatan-angkatan bodoh kau tu dan bersiap sedia sebelum aku tarik nyawa puteri kau! Kemungkinan dengan nyawa kau juga Raja Mahapuri Agong..’

Setelah habis membaca, panglima 1 segera melihat kearah baginda. Baginda nampak kehilangan dalam matanya. Panglima 1 merengus, “Macam mana ni Tuanku? Kita kena bertindak secepat mungkin!”

Baginda melihat kearahnya lalu mengangguk, “Benar kita harus bertindak secepat mungkin…nanti kita berbincang dengan panglima 2 Shah juga. Tapi sekarang persoalannya adalah macam mana sampul surat ni dapat masuk ke dalam istana beta?”

Semua mereka melihat terus kearah pengawal yang menghantar sampul surat tadi. Pengawal itu berasa kecut perut lalu dia tunduk, “Patik tadi diberi oleh seorang lelaki yang mungkin baru menjadi angkatan bawahan”

“Baiklah kalau begitu, terima kasih…sekarang kita kena adakan mesyuarat mengenai hal ini nanti petang…beritahu Shah mengenai hal ini, mesyuarat habis!” arah baginda lalu bangun dari duduknya dan berjalan keluar dari situ diikuti oleh mereka.

________________________

vote dan komen jika mahu ❤️

________________________

𝐇𝐢𝐤𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐚𝐬𝐩𝐮𝐫𝐢 [𝐂]Where stories live. Discover now