BUNYI perkakas dapur yang berdentang-denting mengejutkan Mawar pada pagi itu. Apabila jam di layar iphone dikerling, Mawar jatuhkan semula kepala pada bantal. Kelopak mata ditekan dengan tapak tangan. Baru pukul 6:15 pagi. Apalah Zayn buat di waktu seawal begini. Akhirnya mata yang masih lagi berat, dipaksa untuk buka. Bangkit dari katil, pintu bilik menjadi tujuan utama.
"Awak buat apa ni?"
Zayn yang hanya bersinglet menoleh ke arah empunya suara. Ulas bibir naik tersenyum melihat wajah berkerut Mawar. Bersama rambut panjang Mawar yang sedikit berserabai itu, benar-benar mencuit hatinya.
"Awalnya isteri abang bangun." Tubuh itu didekati lalu satu kucupan hinggap di tepi kepala si isteri. Piring dan cawan di tangan kemudian dibawa ke meja makan. Sarapan sudah siap terhidang di atas meja. Sekadar telur goreng sahaja, bolehlah buat dia dan Mawar sebagai alas perut untuk pagi ini.
"Abang tak pandai sangat nak masak benda berat berat, sayang. Roti dengan telur ni Mawar makan je kan?"
"Kenapa awal sangat ni? Nak pergi sekolah ke?"
Tangan yang lembap Zayn kesat pada punggung. "Abang mula latihan awal sikit harini. Nanti abang nak kena turun dah. Takut Mawar lapar, itu yang abang buat sarapan dulu. Mawar pergi cuci muka, solat dulu. Nanti makan ya? Abang makan dulu tau, tak tunggu Mawar ni."
"Saya boleh masak sendirilah. Tak payahlah susah-susah," ujar Mawar datar seraya menapak ke arah bilik mandi.
"Tak apa, susah untuk Mawar, abang suka," balas Zayn seraya menghenyakkan punggung di kerusi. Teh panas di dalam teko dituang ke dalam cawan.
Jejak ke lantai bilik mandi, batang besi peyangkut baju menjadi perhatian pertama Mawar. Tak semena matanya membulat besar. "Zayn...!"
Zayn yang baru saja hendak menjamah sarapan, terhenti. "Ya!"
"Zayn!"
Tanpa menjawab buat kali kedua, langkah diatur laju ke arah bilik mandi.
"Janganlah tinggal sisa! Ambik sekarang!" Telunjuk Mawar naik menunding ke arah batang besi penyangkut.
"Allah, abang lupa. Tadi rasanya abang dah suruh dia keluar dah," gumam Zayn perlahan lalu tangan mencapai boxer di besi penyangkut.
Mawar toleh ke arah lain. Sementara Zayn tercegat berdiri bagai menunggu arahan orang rumah.
"Keluarlah," gesa Mawar bila Zayn tidak terus melangkah keluar. Tubuh Zayn yang hanya berseluar loreng dan bersinglet itu dipandang atas bawah.
"Okey, baru abang keluar. Sebab Mawar tak suruh keluar pun tadi," jawab Zayn bersama senyuman tak bersalah sebelum langkah besar dibuka meninggalkan si isteri.
Mawar menggeleng dalam perasaan sebal. Pintu bilik mandi dikatup kuat.
*
TIDAK salah rupanya keputusan Zayn untuk membawa kucing peliharaannya sekali ke kuaters ini. Jika ditinggalkan, dua hal bakal merunsingkannya. Mama dan Fara alahan pada bulu kucing, tiada siapa pula yang akan menjaga Lulu jika ditinggalkan. Kedua, pasti dia akan dilanda kebosanan yang dasyat dek terperuk di dalam kuaters yang tidak begitu besar ini. Tiada teman bersembang. Jika di rumah mentua, apa yang Puan Zahra lakukan, pasti dia juga ikut sama melihat. Bercucuk tanam, mengait benang, dan membuat pelbagai jenis roti dan kek memandangkan Puan Zahra sendiri seorang pemilik kedai bakeri.
"Aw...! Sakit...!" Jari kelingkingnya yang digigit Lulu terus ditilik.
"Meow..."
"Ish! Awak nak apa ni! Hm?" Badan gebu si comel ditarik ke atas riba sebelum digomol geram. Tawa Mawar meletus kecil tatkala badan si comel menggeliat meminta dilepaskan.
YOU ARE READING
Dia, Zayn Raffael
Romance"Berhenti lah menjadi pelangi untuk saya yang buta warna." -MAWAR NASUHA "Mawar bukan buta warna... cuma abang bukan pelangi yang Mawar cari." -ZAYN RAFFAEL