Pada tengah malam itu, Shah tidak dapat tidur kerana hati dia sangat resah dan tidak tenang waktu itu disebabkan adegannya dengan Intan petang tadi. Dia ingin meminta petunjuk dari Allah jadi dia pun bangun dan pergi ke bilik air untuk mengambil air wudhu.Shah mendirikan solat Istikharah dengan keadaan khuyuk dan tenang. Selepas itu, dia duduk di atas tikar sembahyang dan menghadap ke Illahi untuk berdoa.
“Ya Allah, Ya Tuhanku. Kau Maha Mengetahui apa yang sedang aku rasakan sekarang ini. Aku memohon kepadamu Ya Allah, kau bagilah aku petunjuk-Mu supaya aku dapat tahu mana satu pilihan yang terbaik buatku” dia diam sekejap lalu menyambung.
“Ji-jika Intan itu adalah jodohku, maka dekatkanlah dia kepadaku Ya Allah. Jika dengan memilikinya boleh membahagiakannya, maka dekatkanlah aku kepadanya Ya Allah. Tapi jika dia bukan jodohku, maka jauhkanlah dia daripadaku Ya Allah dan juga hilangkan perasaanku ini terhadapnya Ya Allah. Shah tidak mahu lagi merasa peritnya kesakitan menyayangi seseorang yang mungkin nanti akan meninggalkan Shah….”
Selepas itu, dia menapus doa itu ke mukanya. Dia diam segenap memikirkan doanya tadi. Ya, dia redha dengan ketentuan Illahi jika Intan bukanlah jodohnya namun dia memiliki rasa yang aneh seperti mahu memperjuangkan perasaannya itu.
Shah menggelengkan kepalanya, mungkin itu hanya perasaannya. Malas mahu fikirkan lagi lalu dia bangkit dari duduknya dan menutup lampu biliknya sebagai tanda dia mengakhiri malamnya itu dengan tidur.
*****
Keesokkan paginya, semasa mereka bersarapan Intan merasa bahawa dia diperhatikan oleh Shah. Lalu apabila dia melihat kearah Shah, Shah terus menunduk meneruskan memakan makanannya.
Intan menjadi tidak keruan dengan sikap Shah itu selepas kejadian mereka di sungai dan juga adegan kelemarin. Bukan apa, dia sendiri tidak tahu kenapa jantungnya berdebar semacam apabila dia diperhatikan begitu oleh Shah namun dia abaikan saja.
Selepas mereka bersarapan, Shah memasuki biliknya dan duduk di katilnya. Dia memegang jantungnya yang berdebar itu.
‘Tolonglah hati, jangan buat aku macam ni….petunjuk belum ada lagi ni. Hm dah lah kantoi aku tengok dia tadi, hishh’ bisik hati Shah sambil dia mengusutkan kepalanya.
Manakala Intan yang berada di dapur, membasuh segala pinggan itu terberhenti sekejap. Dia pun memegang hatinya yang berdebar juga.
‘Duhai hati, janganlah begini yah….dia tu tuan muda kita, mana boleh jatuh hati dengannya, kau tu hanya pembantu rumah saja’ bisik hati Intan sambil menggelengkan kepalanya.Akhirnya habis juga basuhannya, Intan ingin berlalu masuk ke dalam biliknya namun ada sayup-sayup kedengaran suara seseorang di luar rumah itu. Jadi dia batalkan sajalah niatnya hendak masuk bilik itu malah terus menjenguk siapa yang datang.
Apabila dia tiba di pintu rumah, mak Lela sudah terlebih dahulu menjenguk. Dia melihat ada 3 orang yang datang ke rumah mak Lela.
“Assalamualaikum Lela! Kami datang ni nak jenguk menanyakan keadaan anak kamu tu dengan pembantu rumah kamu tu, boleh kan?”
“Waalaikumsalam, haa….boleh tapi Shah sekarang tengah berehat, nanti je lah ye? Maaf kan aku Masnah” mak Lela cuba elakkan mereka berjumpa dengan Shah. Bukan apa, anak perempuan Masnah tu suka sangat akan Shah sampai naik rimas Shah dibuatnya malah mak Lela pun tidaklah juga berkenan sangat dengan sikap memaksa begitu.
Intan pula terkejut dia melihat ada Uthman Hafiz berada di hadapannya bersama dengan 2 orang perempuan itu. Uthman pula tersenyum melihat perempuan pujaannya di hadapannya selepas berkali-kali dia cuba mencari gadis itu.
Shah yang baru datang menjenguk itu menanyakan mak nya, “Siapa yang datang tu mak—”. Tercengang dia sekejap melihat perempuan yang tergilakannya itu berada di hadapannya ketika ini.
Mak Lela mengeluh dan berkata dengan nada perlahan, “Silap masa kamu datang ni Shah haihhh”. Shah yang di sebelah mak nya tu bengang, “Lepastu macam mana ni mak?”
“Macam tu lah…” maknya tersenyum paksa kepada tetamu tidak diundang itu dan menyuruh mereka masuk ke dalam rumah. Intan yang di sebelah Shah dipandang lalu dia mengeluh kasar
“Bala betul lah, hishh"
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐤𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐚𝐬𝐩𝐮𝐫𝐢 [𝐂]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...