Rupa-rupanya bunyi itu datangnya dari Shah yang sedang mengusir seekor tupai di atas pasu air besar itu dek kerana dia kesusahan untuk mengintai Intan. Namun dia tidak sedar Intan sudah ada dihadapan pasu air itu hingga Intan sendiri mengambil tupai itu lalu meletakkan tupai itu di atas tanah.“Tuan muda buat apa dekat sini?” soal Intan. Shah yang terkantoi dengan perbuatannya itu termalu sendiri.
Shah berdehem sekejap bagi mengelakkan suasana kekok itu. “Apa? Aku sajalah ambil udara dekat luar ni, kau apa tahu”
Intan tercengang sendiri mendengarkan ayat yang dituturkan oleh Shah itu. “Tapi kalau ye pun ambil udara, kenapa tuan muda ambil tempat belakang pasu air besar ni? Ke…”
“Hah apa? Nak cakap aku tengok kau lah tu kan? Tak kuasa aku nak tengok kau, lebih baik tengok tupai tadi hrmp!”
“Aik, saya nak kata yang tuan muda tu saja buang tabiat bercakap dengan haiwan tapi tuan muda pula kata yang saya tuduh tuan muda tengok saya” jelas Intan.
“Aku kau kata bercakap dengan haiwan? Aku? Muka tampan dan sempurna ni?”
“Yelah, tuan muda kan bapak ayam dan raja singa….rarrr!” ejek Intan sambil menertawakan Shah yang sudah membuat muka bengis itu.
“APA KAU KATA!” Shah pantas berlari untuk mendapatkan Intan namun Intan sudah awal melarikan diri dan sekarang mereka secara berdapanan antara kerusi kayu panjang tadi.
Apabila Shah ke kiri, Intan pula ke kanan dan malah sebaliknya pula. Dek kerana terlalu letih, Intan terduduk di kerusi itu dan meminta Shah untuk berhentikan semua permainan ini.
“Sudah tuan muda, saya dah tak larat ni”
Manakala Shah pula tersenyum sinis dan mengambil kesempatan untuk membalas dendam iaitu dengan menyiram Intan dari air dalam pasu besar itu.Habis basah seluar hitam panjang Intan itu da nada jugala terkena sedikit bahagian hujung bajunya.
Intan pula terkejut dia disimbah begitu saja oleh Shah. Namun dia abaikan saja kerana dia letih sangat nak berperang mulut dengan Shah.
Shah pula sedap hatinya sudah membalas dendam terhadap Intan namun dia jua diamkan diri apabila Intan bisukan dirinya.
“Oi, kenapa kau ni duduk luar seorang malam-malam ni? Tak takut ke ada lelaki yang entah apa datang dekat kau? Ataupun binatang buas ke nak baham kau?” soal Shah.
Intan menjeling seketika lalu menjawab,“Kut ye pun ada, tuan muda lah yang binatang buas nya, singa rarr!”
Shah mengetap giginya, geram dengan tindakan Intan itu. Tidak serik-serik lagi lepas kena siram air itu. Lalu dia bertanya lagi.
“Kau belum jawab lagi soalan aku ni, kenapa kau duduk luar malam-malam?” ulang Shah.
“Hmm saya cuma rindu kan keluarga saya. Ibu bapa saya kata kalau rindu, tataplah langit malam kerana ianya boleh ubati rindu kita kepada mereka” kata Intan dengan nada sadis sekali.
Shah pula memerhatikan wajah cantik itu dari sebelah. Dia perasan raut wajah Intan sedang menahan kesedihan tetapi dia tahan juga mungkin sebab dia ada.
‘Dia ni,tengok dari sebelah pun masih cantik, nak sedih pun comel juga’ bisik hati Shah.
Dia berdehem apabila dia terfikir begitu, rasa salah sangat. “Dah, tunggu je lah beberapa bulan lagi nanti kau kan balik jumpa mereka. Mereka pun pasti rindu kau juga” pujuk Shah.
Intan terpujuk dengan kata yang dituturkan Shah lalu dia senyum kepada Shah. “Terima Kasih”
Shah pula terkesima dengan senyuman manis yang Intan berikan kepadanya itu kemudian dia terus melarikan pandangannya.
“Saya minta maaf tuan muda tentang kejadian-kejadian dari pertama kali kita bertemu hingga tadi. Tadi tu saya hanya bergurau tuan muda, jangan kehati ye?” sesi maaf Intan terluah jugak akhirnya.
“Hmm” Itu saja yang keluar dari mulut Shah. Shah tidak tahu nak kata apa selepas mendengarkan luahan kata maaf Intan dan dia pun hendak minta maaf tapi dia pun tidak pandai bagaimana nak buka sesi maaf nya sendiri.
Dia pun berdiri dan hendak masuk ke dalam rumah kerana sudah lewat malam. Dia pun menoleh sekejap kearah Intan yang memang melihatnya dari tadi.
“Dah, baik kau masuk dalam rumah. Lewat malam dah ni dan juga kau patut tukar seluar dan baju kau tu sebelum tidur nanti, assalamualaikum” pesan Shah.
Intan yang kembali sedar yang dia dah basah kuyup itu terus berlari masuk ke dalam rumah dan mengunci pintu lalu terus dia masuk ke biliknya. Sebaliknya, Shah tersenyum mendengarkan bunyi pintu dihempas berdapanan biliknya itu.
________________________
vote dan komen jika mahu ❤️
________________________
YOU ARE READING
𝐇𝐢𝐤𝐚𝐲𝐚𝐭 𝐂𝐢𝐧𝐭𝐚 𝐏𝐚𝐬𝐩𝐮𝐫𝐢 [𝐂]
Romance[Book 1] [Hikayat Series 1] Negeri Manwura adalah negeri yg terkenal dengan rakyat nya yg setia dan patuh terhadap Raja Mahapuri. Juga terkenal dengan keramaian ahli pahlawan yang gagah dan kebal di kalangan rakyat itu. Indera Shah adalah salah sat...