Qaireena memandang susuk tubuhnya dari pantulan cermin. Awning tudung dibetulkan sehigga terbentuk kemas. Perfect!
Kaki beralih ke rak yang tersusun kasut. Kebanyakkan warna biru, warna kegemarannya! Hampir lima minit dia menjadi tugu negara di hadapan rak ini dan kasut asics berwarna biru gelap menjadi pilihannya.
"Wahh ... Pilih kasut pun lama. Lepastu warna keturunan biru juga." Suara garau yang datang dari arah pintu mengalihkan perhatian Qaireena. Tangan siap bertongkat pada dinding, nampak seperti sudah diperhatikan lama.
Qaireena tayang jari peace.
"Warna favorite aku, suka hati nenek aku la. Kau tu segala jenis warna merah je memanjang." Perli Qaireena kepada Qaureen. Beg quechua di baling ke arah abangnya.
"Tolong bawakan, thank you abang yang baik lagikan hensem dan macho." Qaireena jalan melepasi Qaureen yang masih berdiri tegak di tepi pinyu.
"Budak bertuah." Qaureen geleng kepala. Kaki mengikut lankah aiknya menuju ke ruang makan. Beg hitam itu diletak di kerusi berdekatan lalu dua buah piring kaca dimbil. Nasi goreng disenduk ke dalam pinggan mereka berdua.
"Kau nak pergi pukul berapa?" Tanya Qaureen kepada Qaireena yang berselera menjamah nasi goreng buatannya.
"Lepas habis makan terus pergi." Jawap Qaireena selepas melihat jam tangan.
"Yalah, cepat makan." Akhirnya suasana di meja makan itu sepi tanpa sebarang suara.
Usai menghabiskan makanan, Qaireena dan Qaureen terus menuju ke padang futsal sekolah Qaireena. Qaureen hanya duduk di tepi gelanggan memerhatikan adiknya dan ahli lain memanaskan badan.
Telefon pintar dibuka lalu aplikasi instagram dituju, ingin membuat story intagram. Gambar adiknya sedang berlari anak di tangkap lalu meletakkan caption ' teman kesayangan traning ' dan ... Siap!
Ahli lelaki dan ahli perempuan dikmpulkan di satu bahagian. Cikgu membuat pilihaan untuk bermain pada pusingan pertama. Qaureen jadi semangat hendak menonton apabila cikgu memilih adiknya untuk bermain pada pusingan pertama. Lelaki lawan perempuan.
Bola berada di tangan perempuan kerana pihak lelaki mengatakan 'women first'. Qaureen sudah tersenyum senget, adiknya kecil-kecil cili padi.
Peluang kemenangan pada pihak perempuan menjadi tipis walaupun cikgu sudah memilih Qaireena main bersama.
Qaireena perasan ada seorang budak lelaki sedikit tangkas daripadanya. Bola berada di bahagian bawah dia turun, dan ada seorang lelaki membaling jauh ke bahagian atas dan lelaki tangkas itu terus naik ke atas.
'Budak ni pakai stamina cap apa ni?' Gumam Qaireena. Dia rasa dia tidak pernah nampak budak ni di tahun sebelum-sebelum ini. Juniornya mungkin, tapi sangat tangkas. Perlawanan menjadi semakin sengit apabila kedua-dua belah pihak mempunyai ahli yang agak cekap.
Qaureen di tepi gelanggang menepuk tangan dan bersorak nama adiknya.
"Go Reena!"
Qaireena mengangkat ingin membaling bola atas dan segera dia menukar posisi dan membaling bola bawah. Wisel ditiup dan satu markah pihak perempuan dapat, mereka sudah satu mata di hadapan pihak lelaki. Qaireena mengambil nafas dalam, sudah lama dia main tidak seaktif ini. Permainan diteruskan lagi dan kali ini pihak lelaki dapat menjaringkan bola. Markah mereka saat bermain sangat tidak akan jauh beza, sekejap pihak perempuan di hadapan dan sekejap pihak lelaki di hadapan.
Lelaki tangkas itu membaling bola tinggi sehingga terkeluar gelanggang. Qaireena senyum tipis, mereka masih ada sedikit peluang lagi sebelum masa tamat. Bola itu Qaireena membaling bawah kepada juniornya dan dia mendapat semula bola itu, Qaireena membaling secara lantunan dan bola itu masuk ke tiang gol.
YOU ARE READING
Malam Tanpa Bintang [ON GOING]
Romance[ON GOING] Cover by : @yyouraphrodite BINTANG SERIES 2 Menyendiri. Ya dia Sufiya Qaireena yang malas mengambil tahu hal orang lain. Baginya tidak mendatangkan faedah. Rapat dengan lelaki? Itu bukan diri dia! Tetapi kewujudan 'makhluk' baharu di sek...