Bab 15

911 86 10
                                    

BUNYI ketukan pintu bilik yang agak laju membuatkan dahi Mawar berkerut halus. Jam dinding dikerling sekilas. Belum tiba waktu suaminya pulang. Ada apa Zayn pulang awal harini?

Sebaik sahaja daun pintu dikuak, tercegat tubuh Fara di hadapannya. "Akak..."

Kepala dijengukkan sedikit mencari kelibat seseorang.

"Cari siapa?" Dingin suara itu bertanya.

Mawar senyum canggung. "Mawar ingatkan Abang Zayn.," jawabnya lembut. Namun melihat wajah ketat Fara, buatkan mulutnya lebih ringan untuk terus bertanya. "Ada apa kak? Mawar ada buat salah ke?"

Mendengarkan itu, tawa sumbang Fara hampir sahaja terburai. "Kau tanya apa salah kau?" Ketawa berbaur ejekan akhirnya terlepas jua. Layar Iphone disua ke wajah Mawar. "Ni siapa?"

Hampir terbutang mata Mawar saat melihat dirinya di layar iphone milik kakak ipar. Baru saja tangannya naik ingin mencapai iphone itu, Fara laju mengelak. "Eh! Mana boleh!" Fara ketawa ketawa.

"Itu kau kan? Seksinya! Patutlah laki aku tengok kau semacam je. Zayn tahu tak ni?"

Mawar teguk liur. Perlahan kepala menggeleng menjawab pertanyaan itu.

Fara manggut-manggut. "Oh... tak tahu. Maknanya Zayn dengan mama kena tipu hidup hidup lah ni? Keluar dengan Zayn bertudung, baju longgar-longgar. Keluar sorang sorang, tudung kau kemana, baju kau pun kemana, kan?" tebaknya. Ingat perempuan seperti Mawar mudah untuk berubah?

"Mawar dah tak pakai macam tu, kak."

"Hah yelah sebab kau tak ada peluang! Kalau kau buat macam tu sekarang nanti kantoilah dengan mama, dengan Zayn, dengan aku. Apa punya jawapan kau bagi ni?"

Mawar mengangguk laju, tidak menidakkan fakta yang satu itu. Apa yang Fara canang padanya tiada satu pun yang salah. Semuanya benar belaka. Keluar tanpa Zayn, memang hilang selendang di kepalanya.

"Mawar minta maaf, kak. Tapi Mawar nak minta tolong sangat jangan bagitahu semua ni pada Zayn dan mama? Mawar janji Mawar akan berubah lepas ni. Tolong ya kak?" Tangan Fara cuba diraih namun laju wanita itu mengelak.

"Eh tak payah pegang pegang lah!"

"Sekarang ni kau tau tak yang kau dah tipu mama, dah tipu Zayn, dan tipu kami sekeluarga? Perempuan macam kau ni tak layak masuk dalam keluarga ni tau? Macam manalah kau goda Zayn dulu ya? Mesti dah ramai lelaki yang dah jadi mangsa kau kan? Bezanya, lelaki lain bila dah puas, tinggalkan. Tapi Zayn sorang je yang masih nak dengan kau kan?" Tuduh Fara melulu. Tanpa sedar, Zayn pula yang menjadi tempias di atas tuduhannya pada Mawar.

Penumbuk di sisi tubuh, Mawar kepal sekuat hati. Gigi diketap menahan perasaan. Dongak kepala, sepasang mata kakak ipar direnung tajam.

"Kalau ya, kenapa? Jangankan suami aku, suami kau pun aku boleh tumbangkan kalau kau nak. Kau dengar sini orang tua, sekali kau bukak mulut pasal benda ni depan Zayn dan mama... aku cium suami kau! Kau nak kenal sangat siapa aku kan? Aku akan kenalkan kau dengan Rose jika terdesak nanti." Saat ayat bertemu noktah, Mawar sandarkan sisi tubuh pada bahagian sisi ambang pintu sambil tangan naik bersilang di dada.

Diamnya Fara, buatkan Mawar menyungging senyum sinis. Lidah ditolak ke dinding pipi. "Mawar gurau jelah!" Mawar ketawa ketawa. Meniru gaya Fara yang tertawa padanya beberapa minit yang lepas tadi.

"Biadap kau kan?" Garang matanya mencerlung Mawar. Mahu saja dia layangkan penampar.

"Zayn ajar saya, kalau kita nak orang hormatkan kita, kita kenalah hormatkan dia dulu. Fahad pernah ajar akak macam tu tak? Tak?! Ow..." Jari jemari halus Mawar naik menutup bibir.

Telunjuk Fara lantas naik menunding tepat di hadapan wajah Mawar. Bergerak-gerak bibir itu ingin mengatakan sesuatu namun akhirnya langsung tak terluah. Tiada kata-kata untuk membalas bicara Mawar. Terkena dia kali ini!

Tanpa sebarang jawapan balas, tubuh diputar dan berlalu meninggalkan Mawar yang sudah terkekek mentertawakannya. Dia dengar.

Kau tunggu, Mawar.

*

PIN!

"Allah." Makanan kucing yang sudah separuh berterabur dipandang. Kemudian kepala menoleh ke arah Mitsubishi Lancer berwarna putih yang sudah masuk ke dalam Carport. Ugh! Bertuah punya suami.

"Tengok! Habis tumpah!"

Langkah keluar dari perut kereta, Zayn ketawa suka. Plastik berisi makanan dihulur kepada isteri.

"Apa ni?" Bukaan plastik dilebarkan melihat isi dalam. "Kek lapis?"

"Mawar makan tak Kek Lapis Sarawak?"

"Makan!"

"Amboi, beli untuk isteri je ke?"

Serentak mereka berpaling ke arah empunya suara yang berdiri di ambang pintu utama.

"Yelah, semalam kakak dah makan makanan yang Zayn beli kan? Harini untuk isteri Zayn sorang jelah Zayn beli," ujar Zayn mudah sebelum berlalu masuk ke dalam rumah. Masih berjauh hati dengan sikap selamba si kakak. Langsung tiada kata maaf yang keluar dari mulut itu sejak semalam.

Hilang Zayn dari padangan, Mawar menjulur lidah tanda kemenangan. Padan muka!

Sengaja plastik makanan dipeluk ke dalam dakapan. Saat kaki melangkah masuk ingin melepasi tubuh Fara di ambang itu, sempat bibirnya melengkung, senyum mengejek. "Suami saya romantik, suami akak romantik tak?"

Menyedari tangan Fara ingin menarik rambutnya, laju Mawar membuka langkah melarikan diri. 

Dia, Zayn RaffaelWhere stories live. Discover now