"Amin ya rabbal alamin..." Ucap Aqasha lalu meraup muka. Sejadah terbentang turut dilipat dan digantung. Dia baru selesai mengerjakan solat istikarah.Sudah seminggu dia membuat solat istikarah tapi masih belum ada jawapan.
Jujur Aqasha masih keliru dengan perasaannya sekarang. Setiap hari dia rindukan perempuan itu. Dan seminggu juga dia tidak berjumpa Qaseh.
Aqasha sendiri yang menjauhkan diri daripada Qaseh. Alasan Aqasha dia sibuk dengan kerjanya. Padahal selama ini pun sesibuk mana pun dia, dia tetap akan berjumpa Qaseh.
Cuma sekarang perasaannya berbeza. Rasa rindunya terhadap Qaseh semakin kuat. Tangan dibawa ke dada.
"Qaseh... Kenapa kau buat aku macam ni..."
Telefon bimbit yang berada di katil di ambil. Jarinya bergerak pantas membuka album galeri. Gambar Qaseh dan dirinya dipandang sayu.
"Qaseh... Aku nak buat macam mana ni..."
Pada masa yang sama, Qaseh baru sahaja selesai membantu Mama mengemas dapur. Gembiralah Qaseh akhirnya Babah dan Mama dah pulang ke Malaysia. Adalah kawan dia di rumah.
Qayyum pula lagi dua minggu baru pulang ke Malaysia.
Qaseh melabuhkan punggung di katil. Dia terpandang buku nota berwarna biru di meja kecil sebelah katilnya. Buku nota dicapai dan diselak satu persatu.
"Er... Qaseh. You bukak dashboard tu. Ambik buku nota dalam tu. Er... Tu I tulis untuk you..."
Barulah Qaseh teringat isi kandungan buku tersebut. Sudah seminggu buku nota tersebut tersadai rupanya. Punyalah sibuk seorang Qaseh. Iyalah dia kan mahu berhenti daripada menjadi barista. Jadi Qaseh diarahkan untuk mengajar barista-barista baru sebelum menamatkan perkhidmatannya di café tersebut.
Cukuplah untuk bekerja di café tempatnya bekerja selama beberapa bulan. Memandangkan Babah dengan Mama sudahpulang ke Malaysia ni, bolehlah dia berjinak-jinak dengan hal perihal di hospital milik orang tuanya.
Qaseh membaca ayat di helaian pertama buku nota tersebut.
"Biodata Aqasha Hardi..." Tergelak Qaseh dibuatnya. Aqasha tulis biodata dia sendiri dekat Qaseh.
Nama penuh: Aqasha Hardi bin Akram
Umur: 20-an
Pekerjaan: Kerja sendiri
Adik beradik: Anak kedua daripada tiga adik beradikQaseh teruskan membaca lagi. Barulah dia tahu rupanya Aqasha ni ada adik beradik yang lain. Qaseh sangkakan Aqasha ni anak tunggal. Tak sangka betul Aqasha ada seorang abang dan seorang adik lelaki.
"Kerja sendiri?" Tergelak lagi Qaseh sambil menggelengkan kepala.
"I ada bestfriend dari zaman sekolah lagi. Nama dia Adyan Azim. Dia polis. Dia kepoh kalah perempuan! Tapi dia baik!"
"Hahaha! Apa ni Qash? Macam budak-budak!" Gelak Qaseh sendiri. Nasiblah tidak kuat suara bergelak tadi. Kalau Mama dengar nanti Mama tanya kenapa.
Takkan nak cakap baca biodata Aqasha?
"Selain Adyan, I ada bestfriend yang lain. Megat Nufail, Luth Althaf, Luth Aufat and Edra Edhan..."
"Oh... Maksudnya ramai jugaklah kawan Qash ni rupanya. Ingatkan Adyan tu je..."
"I single. Tak pernah bercinta. Mama dengan Ayah pernah nak jodohkan I dengan anak kawan diaorang. Tapi I tak berkenan dengan perempuan tu. I tak pernah jumpa pun perempuan tu..."
YOU ARE READING
QASEH MILIK QASH [COMPLETE]
Short Story[COMPLETE] 3rd MILIK SERIES QASEH ARLIANA x AQASHA HARDI Classmate to husband and wife 👩❤️👨 Idea asal dan cerita adalah idea saya sepenuhnya. Penulisan agak ringkas sebab ditulis sekadar suka-suka. Cerita ini tidak ada kaitan dengan orang yang...