7

544 23 2
                                    



Aqasha memandang kosong skrin komputer di hadapannya ketika ini. Dia melepaskan keluhan perlahan. Apalah nasib dia ni. Balik daripada kerja pun masih menghadap kerja. Kalau ada isterikan best?

Pulak dah...

Leher dipatahkan kiri dan kanan. Terasa tegang batang lehernya kerana sedari tadi dia menghadap komputer tanpa henti.

Jam di dinding dipandang sekilas. Dah pukul 9.00 malam rupanya. Sudah dua jam berlalu sehingga dia terlupa mahu mengisi perut.

Khusyuk benar dia membuat kerjanya yang tak ada kesudahan itu tadi. Dia cuma berhenti bekerja ketika mengerjakan solat maghrib dengan isyak sahaja.

Telefon bimbit di atas meja dicapai. Jarinya mencari satu nama di skrin. Perutnya yang lapar juga sedang berbunyi sakan.

"Assalamualaikum Qaseh..."

"Waalaikumsalam Qash. Kenapa tu?"

"You esok cuti kan?"

"Haah I cuti. Kenapa tu Qash?"

"Jom teman I pergi dinner..."

"You tak makan lagi Aqasha? God please, Qash dalam pukul 9.00 Aqasha Hardi!"

Aqasha menggosok belakang lehernya perlahan. Bibirnya juga tersenyum malu. Dah tua-tua pun kena marah. Lagi-lagi yang marah dia tu adalah Qaseh Arliana.

Selepas kejadian Qaseh bercerita tentang kisah silamnya minggu lepas, hubungan dia dengan Qaseh boleh dikatakan menjadi lebih akrab.

Qaseh juga meminta Aqasha untuk tidak membuka cerita tersebut kepada Adyan. Malah Aqasha juga dipaksa untuk membuat pinky promise!

Tapi versi halal gap.

Aqasha Hardi menepati janjinya. Dia menyimpan rahsia itu sebaik mungkin. Walaupun Adyan adalah kawan baiknya, dia perlu menghormati keputusan yang diminta oleh Qaseh.

Disebabkan Qaseh tidak mahu menjadi plus one Aqasha pada hari reunion nanti, maka Aqasha, Adyan dan Jia juga membuat keputusan untuk tidak menghadiri reunion kelas mereka.

Adyan pula memang sudah sibuk dengan kerjanya, Jia pula sibuk dengan suami. Tinggallah Aqasha dengan Qaseh saja

Tidak dinafikan mengenali Qaseh Arliana versi yang sekarang, sedikit sebanyak dia merasa lebih selesa bila bersama dengan gadis itu. Percakapan Qaseh yang lembut seringkali membuatkan hatinya cair.

Kan dah cakap kalau Aqasha Hardi ni ais, 24 jam cair dia boleh cair. Semua disebabkan oleh seorang Qaseh Arliana.

Kehidupan Aqasha juga sedikit berubah. Bila kala dia berasa stress yang melampau, mulalah lelaki itu mencari Qaseh untuk mengadu damba.

Qaseh pula hanya menjadi pendengar setia. Mahu menyampuk dia tidak tahu apa-apa sangat hal perihal kerja Aqasha. Yang dia tahu Aqasha kerja dengan syarikat keluarganya sendiri.

"I pening lah diaorang ni. I dah mintak yang itu, itulah. Bukan memandai nak bagi yang lain. Stresslah I macam ni Qaseh..."

"I tahu you stress. Lepas ni you tegur diaorang elok-elok. Kalau pun benda you nak tu takde, at least inform kat you. Jangan biar diaorang buat keputusan sendiri... Sekarang cuba tarik nafas, lepas tu hembus perlahan-lahan. Then you minum air slowly..."

Lembut sahaja cara Qaseh menenangkan dirinya. Kalau diikutkan kepala angin Aqasha, memang dia pecat saja pekerjanya.

Tapi teringatkan kata-kata Qaseh, dia kenalah bertindak matang dan tidak bersifat mementingkan diri sendiri. Ramai pekerja bergantung harap dengan syarikatnya untuk menyara hidup masing-masing. Jadi dia sama sekali tidak boleh membuat keputusan terburu-buru.

 QASEH MILIK QASH [COMPLETE]Where stories live. Discover now