'Jom, Ida." Tidak sanggup melihat wajah kecewa si anak, Encik Fathi mengajak Puan Aida berlalu.

Affan bangun. Langkah kaki terasa longlai saat kaki mendaki anak tangga untuk ke bilik. Dia tolak pintu bilik dan menuju ke arah katil. Kotak baldu yang dia pegang dari tadi diletakkan semula di atas laci sebelah katil. Sesudah itu, dia labuhkan punggung di atas katil. Dia menunduk. 

Setitik demi setitik air mata gugur. Tangan naik mencengkam dada yang mula terasa sesak. Beginikah rasa sakit saat mencintai seseorang yang bukan miliknya? Beginikah rasa sakit saat mencintai dalam diam? Atau adakah cinta ini terlalu dalam untuk seorang gadis yang bernama Afaf Adra? Gadis yang dia titipkan nama dalam setiap sujudnya? Beginikah pengakhirannya?

Pintu cafe yang bertulis Af-Dry coffee Afaf tolak. Matanya meliar mencari kerusi kosong memandangkan cafe itu hampir dipenuhi dengan pelanggan. Kebetulan dia dah lalu pagi tadi, tapi cafe belum bukak lagi. Kini, sudah menginjak pukul 3 petang, dia berpatah balik semula. Sempat jugalah telinga dia mendengar bebelan ibu, keluar semula semata-mata nak cari coffee. Nak buat macam mana tekak terasa nak minum coffee pula sejak dia sudah rasa pertama kali di cafe ini setelah bertahun-tahun minuman itu tidak disentuh. 

"Ya, puan order?" Affan yang ketika itu sedang menjaga kaunter bayaran menyoal sebaik saja dia perasaan ada pelanggan di depannya. Sedari tadi dia tunduk melihat skrin komputer tanpa mengangkat wajah. Dia hanya mendengar bunyi loceng saja sebaik pintu cafe dibuka.

"Saya nak ice latte satu." Setelah Afaf membuka buku menu di situ, dia sudah tahu pesanan apa yang dia inginkan. 

Dang.

Pergerakan Affan terkaku di situ juga. Suara itu mana mungkin dia tidak kenal. Sudah lama dia tidak melihat wajah itu kerana selama ini yang menguruskan urusan di cafe adalah Khairil. Dia hanya memantau saja. Sempat matanya melirik ke arah jemari gadis itu yang sedang membuka isi dompet untuk membuat bayaran. Namun, kosong. 

Dalam diam dia mengeluh berat. 

'Apa lagi yang kau harapkan Afffan?'Bukankah kau dah dapat jawapanBisik hati kecilnya.

"Nak letak gula atau tak letak?"  Dingin saja suara itu. 

"Tak payahlah. Berapa?" Afaf kerut kening mencari duit. Puas dia membuka dompet, tapi satu sen pun tidak ada.  Dia buka pula tote beg yang dia sendeng di bahu. Diseluk mencari kalau terselit duit di dalam itu tapi tak ada juga. 

"Er, kejap ya Encik. Saya cari dalam kereta. Mungkin saya tertinggal dalam kereta." Afaf tunduk memohon maaf. Tidak peduli andai perlakuan dia dilihat orang. Baru saja dia hendak berpusing ke belakang, langkahnya terhenti. 

"Tak apa. Saya belanja." Afaf mengangkat muka. Dahinya berkerut memandang belakang tubuh lelaki itu yang sudah bergerak ke arah mesin kopi. Dari sisi saja, Afaf sudah kenal susuk itu walaupun lelaki itu memakai pelitup muka.  Dia ketuk kepala sendiri.  Macam manalah dia boleh lupa tentang lelaki itu. Kenapa lelaki itu seolah-olah dingin dengan dirinya? Adakah dia telah buat keputusan yang salah? 

"Puan duduk dulu. Nanti saya hantarkan." Affan bersuara lagi bilamana gadis itu hanya berdiri memandang dirinya.  Mujur tiada lagi pelanggan selepas itu. 

Afaf lambat-lambat bawa langkah di meja paling hujung. Dia mengambil tempat berdekatan rak-rak yang terdapat buku-buku itu. Baru feeling nak bergambar di cermin yang diletakkan di hujung cafe itu tapi sudah diduduki oleh seorang kanak-kanak perempuan. 

Sementara menunggu pesanan dia siap, mata dia meliar ke arah buku-buku yang bersusun cantik.  Patutlah ramai benar yang suka singgah di sini, rupanya boleh menjadi tempat bacaan juga sementara menunggu pesanan siap.  Dia memejam mata sebentar, bau buku dan bau coffee sangat menenangkan baginya sebagai seorang penggemar kopi tegar.  

'Kalau kakak masih ada mesti lagi best.' Desis hati kecil Afaf

'It's not  just  about coffee. But, it is about spending time with your loved one'

Itu trackmark cafe tersebut.  Jelas terpampang di tengah-tengah  antara rak-rak buku itu. 

 Tidak puas dia melihat susunan atur itu, dia segera bangun dan matanya meliar mencari kalau ada buku-buku yang menarik minatnya. Dia mengecilkan mata sebaik saja dia terpandang satu buku kecil yang seolah-olah disembunyikan di sebalik buku-buku yang lain, terperosok di antara buku-buku yang ada di situ. Dia menarik keluar buku itu dan melabuhkan semula punggung di tempat tadi. 

Disentuh buku yang berkulit hitam, lusuh dan warna juga semakin pudar. Kalau dilihat dengan mata kasar, seolah-olah hanya buku biasa saja. Mungkin buku contengan sebab di bahagian depan tidak bertulis apa-apa. Namun, entah kenapa buku ini juga yang menarik minat Afaf. 

'Andai kamu adalah hadiah terindah yang di kirim oleh-Nya,  aku akan tetap bertahan di sini'  (Fa)

Afaf bungkam di situ sebaik saja dia menyelak random dari buku kecil itu.  Bukan kerana tulisan itu namun nama pena yang tertulis di situ. Jari-jemarinya dilarikan di sekitar situ. Nama yang disebut saban malam. Kebetulan atau takdir?

'Ya Allah, apa yang Engkau hendak tunjukkan kepadaku?'

Tangan Afaf naik meraba wajah. Tidak sedar tubir mata terasa panas. Mujur kedudukan dia membelakangi pelanggan yang lain. Dia seolah-olah tenggelam dalam dunia sendiri. Tidak berpuas hati, Afaf menyelak helaian demi helaian. 

'I miss her but I know He knows what's the best for us. And until now, I'm still waiting for her.' (Fa)

'No one know about our story, but He knows and hears everything.' (Fa)

Matanya jadi berbalam-balam sehingga tulisan yang dia baca tadi semakin kabur. Setitik demi setitik air mata yang ditahan tadi gugur dan mencemari tulisan itu. Dada ditumbuk perlahan-lahan. Sesak dan terasa sempit nafas dia ketika itu. 

"Fan, kau tengok apa tu?" Khairil yang baru tiba dari belakang menepuk bahu Affan yang sedang melihat ke satu arah. Mujur ketika itu pelanggan sudah makin berkurang. Masing-masing membuat hal sendiri. 

Ais latte yang sudah siap sedari tadi itu Affan biarkan saja di atas meja. Dia tiada kekuatan untuk menghampiri gadis itu. Sedari tadi dia hanya memerhati gadis itu. Ada sesuatu dalam pegangan gadis itu yang membuatkan dia berdiri statik di sini. 

"Ril, aku dah dapat jawapan. Tapi kenapa dalam hati ni masih lagi berharap?" Mata Khairil terarah pada satu susuk tubuh yang sedang berselindung di hujung sana. Kelihatan gadis itu sedang tunduk sambil memegang sesuatu. 






AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now