Part 17

4K 183 3
                                    


"Selamat hari lahir walid

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Selamat hari lahir walid."

Sebaik saja dia turun, tubuh dia diterpa oleh Anggun. Mujur sempat dia tahan tubuh itu dari terjatuh. Terlalu semangat wajah Anggun ketika ini.

Affan tunduk menyamai ketinggian Anggun. Kerana terlalu banyak memikir, hampir dia lupa tarikh lahir sendiri. Genap umur dia 33 tahun tapi masih single lah jawabnya. Tangan besarnya disuakan kepada Anggun "Mana hadiah untuk walid?"

"Kalau Anggun bagi kawan Anggun, walid nak tak?" Anggun angkat kening, nakal.

Affan menggeleng pasrah. Dari hari itu lagi Anggun nak kenankan dia dengan kawan Anggun. 

"Along, Anggun, sini makan. Umi ada masak special hari ini." Tubuh Puan Aida muncul dari dapur. Kedua beranak itu berlalu ke dapur. Encik Fathi sudah siap menunggu di sana. Affan mengambil tempat berhadapan uminya manakala Anggun berhadapan dengan Encik Fathi. Masing-masing makan tanpa bersuara kerana mereka di didik begitu.

Setelah selesai sarapan, mereka berempat duduk di ruang tamu. Anggun duduk bersila di sisi meja kopi sambil mewarna. Affan pula duduk di sofa single manakala Encik Fathi dan Puan Aida duduk di atas sofa berangkai tiga.

Kebetulan hari ini hari jumaat. Affan hanya duduk bersantai di rumah. Cafe pula akan dibuka selepas solat jumaat.

"Anggun, lepas solat jumaat nanti nak ikut walid ke cafe atau nak duduk di rumah?" Soal Affan sambil melihat lukisan Anggun. Cantik. Puji Affan dalam hati.

"Nak.' Anggun mengangguk laju. Terpejam mata dia membayangkan ais coklat buatan Affan. 

"Along, abah dengan umi nak cakap sikit." Encik Fathi memandang wajah Affan.

"Anggun, boleh Anggun mewarna dalam bilik? Tokbaba dengan tokumi nak berbincang dengan walid." Anggun hanya mengangguk. Dia membawa segala peralatan mewarna dan menuju ke biliknya di tingkat atas.

"Kami dah dapat jawapan dari pihak sana." Ucap Puan Aida lembut.

Affan pula duduk tegak. Hati dia berdebar tiba-tiba. Kenapa dalam banyak-banyak hari, hari lahir dia juga dia akan dapat berita ini.

"Umi harap along terima berita ini dengan baik. InsyaAllah mungkin Allah siapkan jodoh yang lain untuk along." Tutur Puan Aida lagi. Rasa serba salah untuk menyampaikan jawapan saat melihat wajah keruh Affan.

"Pihak sana minta kami serahkan semula bekas ni." Kini, bekas baldu itu berpindah tangan. Affan genggam kotak baldu itu erat. Patutlah semalam hati dia rasa lain. Rupanya ini petanda dia. Pinangan dia ditolak.

Encik Fathi dan Puan Aida jatuh kasihan melihat wajah keruh itu. Sebulan yang lalu wajah itu ceria namun kini wajah itu berubah. Nampak kecewa.

"Terima kasih abah, umi." Lirih suara Affan.

AFFAN_ADRA | In EditingWhere stories live. Discover now