Di sini dia berdiri lagi, di hadapan sebuah bangunan berwarna putih yang berdiri gah di tengah bandar. Bismillah diucapkan sebelum kaki melangkah masuk ke ruangan hospital.
Nombor giliran untuk masuk ke bilik doktor diambil. Sementara menunggu dirinya dipanggil, Zahran membasahkan bibir dengan berzikir kalimah Allah. Dia harap perjumpaan kali ini keputusan kesihatannya bertambah baik dari sebelum ini walaupun dia tahu harapan itu tipis. Tapi jika berdoa, tak mustahil bukan?
Bagaimana agaknya penerimaan keluarganya jika tahu masanya tidak lama? Pasti gembira agaknya. Zahran senyum tipis mengenangkan nasib keluarganya di masa hadapan. Tidak lama lagi beban keluarga akan hilang, sabar ya mama, ayah, dan kak Zahirah.
"1006." Suara pemanggil nombor itu mematikan lamunannya. Nombor itu membawa impak yang besar dalam hidupnya. 10 ialah umur abangnya ketika pergi. 06 ialah umurnya semasa abangnya pergi. Nombor itu ada maknanya lagi. 10/06 adalah tarikh doktor beritahu kami seisi keluarga yang abang menghembuskan nafas terakhir pada tarikh itu.
Dan pada hari itulah hidupnya berubah seratus peratus. Daripada keluarga melayannya bak putera yang gagah hebat menjadi tempat lempiasan amarah, dipukul, disepak, dicaci maki. Pada mulanya dia tidak dapat menerima segala perubahan yang agak mendadak ini, tapi selepas abangnya datang dalam mimpinya, dia mula dapat menerima perubahan ini sedikit demi sedikit. Kata-kata yang abang ucapkan dalam mimpinya itulah yang membuat dia kuat sehingga hari ini.
"1012. Encik Khadeer Zahran." Nombor giliran dan namanya dipanggil oleh seorang jururawat yang berdiri di salah satu bilik doktor. Akibat suara orang sebelah menegur, baru dia perasan dirinya dipanggil. Terlalu lama dia mengelamun sehingga namanya dipanggil pun tidak sedar.
"Encik, nurse panggil nombor encik kan?" Tegur seorang lelaki yang duduk di sebelahnya. Nombor yang dipegangnya itu ditunjuk.
"Oh, terima kasih tegur." Ucap Zahran. Dia berjabat tangan sebelum masuk ke bilik doktor. Debaran di dada kian memuncak, risau perkembangannya semakin merosot.
Dia masuk ke dalam bilik doktor bersama nurse di pintu bilik tadi. Doktor yang memakai tag bernama Dr. Aish Qayyum itulah yang menjaga dan memantau kesihatannya.
"Assalamualaikum Zahran, sihat?" Sapa Dr. Aish begitu mesra. Sejak kenal Dr. Aish, dia rasa begitu disayangi.
"Waalaikumussalam doktor, saya sihat. Doktor dah makan?" Sapa Zahran juga, kerusi di tepi meja Dr. Aish menjadi tempat dia melabuhkan punggung.
"Alhamdulillah, saya dah makan. Sekarang saya buat pemeriksaan lanjut ya?" Tanya Dr. Aish.
"Baik Dr." Zahran memberi keizinan.
Stetoskop yang tergantung di leher dipakainya. Dia melekapkan di dada Zahran dan di belakang Zahran. Setelah memeriksa degupan jantung, dia mencatat di sehelai kertas.
"Dr. saya hari ada rasa macam jantung saya berdegup laju. Macam baru lepas lari, tapi saya duduk diam je. Lepas tu rasa penat je badan ni." Adu Zahran kepada Dr. Aish. Kepada siapa lagi dia mengadu tentang kesihatannya?
"Tadi pun saya rasa macam laju, berkerja laju. Rasa penat je, nak rehat tak nak buat kerja apa-apa bila jantung laju." Sambung Zahran.
"Kerap ke terjadi?" Tanya Dr. Aish risau. Dia mencatat apa yang Zahran ucap.
"Keraplah juga. Kadang-kadang nak buat kerja pun terbatas. Boleh buat kerja yang ringan-ringan je."
"Sekarang ada lagi rasa macam tu?" Tanya Dr. Aish. Dia merasa lagi sekali degupan jantung Zahran.
"Tak ada. Tapi bila saya mimpi buruk, buat kerja berat sikit. Baru dia terasa, penat bukan penat biasa. Dia macam penat yang lepas berlari non stop." Cerita Zahran. Dia perlu beritahu agar Dr. Aish tahu perkembangannya baik atau tidak.
"Awak selalu ke mimpi buruk?" Perkataan mimpi buruk yang menjadi perhatian Dr. Aish.
"Dulu selalu juga, sekarang kadang-kadang saja." Zahran cuba beri jawapan selamat apabila Dr. Aish seperti tertarik tentang mimpi buruknya.
"Dr, saya rasa jantung saya macam laju balik la." Ujar Zahran. Peluh membasahi dahinya dihiraukan seketika. Nafas ditarik perlahan-lahan dan dihembus perlahan-lahan.
Dr. Aish melekapkan stetoskop di belakang badan Zahran. Dia dapat merasakan nafas Zahran terlalu laju seperti yang diucapkan sebentar tadi.
"Tarik nafas perlahan-lahan, hembus ... Sara, tolong ambilkan air mineral dekat belakang." Arah Dr. Aish kepada pembantunya. Dia perlu menenangkan Zahran dahulu sebelum pemeriksaan seterusnya.
"Jangan bercakap dahulu Zahran. Minum air ini dulu." Arah Dr. Aish kepada Zahran apabila debaran Zahran semakin berkurang walaupun belum kurang sepenuhnya.
"Tarik ... Hembus ..."
"Kami akan tahan awak di wad untuk buat pemeriksaan lanjut boleh?" Tanya Dr. Aish. Dia ingin tahu perkembangan pesakitnya, nampak seperti makin teruk.
Kepala Zahran diangguk perlahan. Jika cakap dengan bosnya pasti bosnya faham. Bosnya amat utamakan kesihatan pekerjanya, bersyukur dia dapat bos sebegitu.
"Sara, tolong siapkan borang kemasukan wad." Ujar Dr. Aish kepada pembantunya.
"Baik Dr. Saya pinjam IC encik sekejap ya." Ucap pembantu Dr. Aish kepada Zahran. Setelah mendapat keizinan, Sara pergi menyelesaikan apa yang patut.
"Nampaknya perkembangan awak semakin teruk Zahran. Awak kerap buat kerja berat-berat ke?" Terpancar riak risau di muka Dr. Aish.
"Takde Dr, saya masuk wad ni berapa hari doktor?"
"Dalam 2 atau 3 hari boleh? Saya nak tengok perkembangan semasa awak."
"Baik Dr." Zahran akur sahaja dengan apa yang Dr. Aish ingin lakukan. Pasti Allah hantar penyelamat melalui Dr. Aish untuk menjaganya seketika sebelum meninggalkan dunia.
"Maaf sebab susahkan doktor." Perlahan suara Zahran kedengaran.
"Ish apa pula macam itu. Kalau saya rasa kerja ni susah dah lama saya letak jawatan. Saya pilih jalan nak jadi doktor ni sebab saya nak tolong selamatkan orang-orang yang perlukan pertolongan dengan izin Allah. Kalau orang-orang macam awak takde pasti musnah kejayaan saya. Lepas ni jangan cakap macam tu lagi ya?" Pujuk Dr. Aish.
Setelah selesai urusan dengan Dr. Aish, dia melangkah keluar dari bilik itu. Punggung dilabuhkan di salah satu kerusi menunggu, kepala disandarkan pada kerusi tunggu namanya dipanggil oleh Cik Sara untuk kemasukan wad nanti.
Kesihatannya semakin merosot. Itu yang amat merisaukan dirinya. Tapi dia ingin pergi secepatnya. Kadang-kadang dia tidak faham apa yang dirinya mahukan. Sebelum dia masuk wad, dia perlu balik rumah ambil baju dahulu. Dia tidak membawa sebarang pakaian untuk dipakai nanti.
Urusan kemasukan wadnya telah selesai. Dia memberitahu kepada Cik Sara ingin ke rumah mengambil baju dahulu. Dia tidak pergi begitu saja kerana pasti Dr. Aish dan Cik Sara akan ingat dia melarikan diri. Nanti menjadi masalah lain pula.
Enjin kereta dihidupkan lalu tayar itu bergerak menuju ke rumah. Dia harap di rumah nanti tiada perkara buruk berlaku. Dia terasa lelah dengan semua ini.
YOU ARE READING
Ingin Ke Rumah Kedua [COMPLETE]
Teen FictionCover by : @tsweetestrain Khadeer Zahran. Nama yang indah didengari tetapi hidupnya tidak indah untuk diteroikai. Sejak kejadian abangnya mati lemas semasa mandi di pantai. Dia dituduh sebagai pembunuh abangnya dan di situ permulaan kesengsaraan hid...