Bab 4

1.9K 128 16
                                    

MAWAR menanggalkan kasut tumit tinggi Valentino berwarna coklat cair yang tersarung di kakinya. Dia membuntuti langkah Zayn ke ruang tamu tanpa sebarang suara. Dalam diam, jantungnya dihentak sedikit debaran.

"Mawar...!" Melihat saja tubuh ramping Mawar yang berjalan di sisi anak lelakinya, makin melebar senyuman Puan Zahra. Tubuh menantunya ditarik ke dalam dakapan.

Mawar orak senyum semanis yang mungkin. Agak canggung senyumannya kerana Puan Zahra terlihat begitu cepat mesra dengannya sedangkan dia tidak. Namun dikurniakan ibu mertua yang baik juga adalah satu rezeki. Untuk itu, tercalit rasa bersyukur menyelinap ke hati Mawar. Tambahan pula, sudah terlalu lama dia tidak merasa pelukan hangat seorang ibu. Dia sebenarnya beruntung apabila diri diterima baik oleh keluarga lelaki.

"Terima kasih mama, sudi terima Mawar dalam keluarga mama," ujar Mawar seusai tunduk mencium tangan Puan Zahra.

"Ish, mama yang patut berterima kasih pada Mawar. Kalau Mawar tak kenal kenal dengan Zayn, ini budak ni... sampai ke tualah tak berbini." Bahu anak lelakinya dibidas sekali bersama senyuman dan jelingan mengusik.

"Zayn sibuklah mama... Lagipun hanya Mawar sorang je yang boleh terima dan faham kerja Zayn." Sisi bahu isterinya ditarik rapat ke tubuhnya. Ketika ini, Mawar sedang menahan sebal di hati. Selama ini Zayn kerja apa pun dia tak pernah tahu!

Puan Zahra tersenyum senang. Lega hatinya bila melihat senyuman bahagia yang terukir di wajah Zayn. Kalau dulu, hendak melihat wajah itu tersenyum pun jarang sekali. Muka berkerut, garang, sampai tidak ada wanita yang berani mendekat.

"Baguslah kalau macam tu. Mama doakan semoga Mawar terus tabah dan kuat sepanjang menjadi isteri Zayn. Mama dah anggap Mawar macam anak mama sendiri tau? Jangan pernah tinggalkan Zayn dan mama ya?" Kedua-dua tangan menantunya diraih dan digenggam erat.

"InsyaAllah, mama." Mawar hanya mampu melemparkan senyuman tanpa berbicara lebih panjang. Andai Puan Zahra tahu bahawa tidak ada sekelumit sedikit pun rasa cintanya pada Zayn...

"Dahlah, pergi naik atas dulu. Rehat. Nanti turun makan, kamu berdua tak berhenti makan dekat mana-mana lagi tadi kan?"

"Tak ada mama, menantu mama ni diet," seloroh Zayn sambil jarinya bergerak mengusap sisi bahu Mawar.

Mawar ketap gigi. Menahan hati. Sakan pula ya Zayn usap dia sana sini. Gatal!

"Yelah, mama dah siapkan bilik tu. Bawak menantu mama naik, rehat. Kesian muka penat sangat tu. Zayn buli dia ya semalam?"

Zayn lepas gelak. Geleng kepala dengan usikan mama.

"Ada ada jelah mama ni. Ni, Zayn naik dulu. Nak bermanja!" Zayn kenyit mata pada mama sebelum tubuh isteri dibawa melangkah anak tangga.

"Ctt! Lepaslah!" Tangan Zayn ditepis kasar sebaik sahaja pintu bilik dikatup rapat. Langkah dibawa menjauh sedikit dari tubuh tegap suami.

"Awak ni memang suka ambil kesempatan kan?"

"Abang tak pernah nak ambil kesempatan dekat mana-mana perempuan pun sebelum ni, Mawar orang yang pertama. Untungnya isteri Zayn..." Zayn geleng-geleng kepala sambil berpeluk tubuh.

Membulat sedikit mata Mawar. Tubuh Zayn dipandang atas bawah. "Kenapa perasan sangat ni?"

"Cuba tengok muka abang betul betul. Suami Mawar ni hensem sebenarnya kan?" Zayn sua muka dekat dengan wajah Mawar. Memberi peluang si isteri menilik mukanya dengan jarak yang lebih dekat.

Mawar tarik senyum paksa sebelum...

Pap!

Tapak tangan Mawar hinggap pada pipi Zayn. Tak kuat mana, tapi cukup membuatkan mata Zayn terpejam akibat terkejut dengan tindakan tak terduganya.

Dia, Zayn RaffaelWhere stories live. Discover now