Bab 24 : NJ

93 6 0
                                    

2011.

Universiti Putra Malaysia (UPM), Selangor.

Nuh Jazmin seperti biasa melepak di tasik Bukit Ekspo dalam kawasan Universiti selepas selesai berjogging 3 kali pusingan. Di sini dia bebas menjalani kehidupannya seperti mahasiswa lain tanpa memikirkan tentang status dan pangkatnya. NJ cukup bersederhana disini, tempat tinggal pun dia pilih untuk tinggal di hostel. Kolej 15, itulah nama kolej kediamanya.

Dia selesa dapat berkenalan dengan ramai kenalan dari serata pelusuk negeri tanpa memikirkan tentang orang-orang JR. Lagipun sebelum ke sini, dia dan JR telah membuat satu penjanjian iaitu JR tidak boleh mengganggu privasinya sehinggalah dia menamatkan tempoh belajarnya selama 4 tahun. Dan Hotel Black Diamond yang terletak di tengah-tengah Kota Kinabalu itu pula akan diserahkan kepada JR sekiranya JR mematuhi perjanjian mereka itu. Sekiranya ada belaku pelanggaran perjanjian, JR tidak berhak lagi untuk menuntut sebarang hak darinya selaku pewaris sah Legacy James.

NJ merenung tasik yang terbentang di hadapannya. Tenang air itu beralun. Setenang hatinya sejak berjauhan dari kehidupan realitinya. Tekadnya, dia akan menikmati masa 4 tahun di sini dengan sebaiknya. Tiba-tiba terasa rindu pada Luke dan Andy. Dua orang sahabat yang sanggup ada ketika susah dan senangnya. Yang selalu ada di saat dia terjatuh dalam emosi yang rapuh.

Andy, kawannya ketika dia tinggal dengan neneknya sebelum dipaksa berpindah ke Villa Rossie manakala Luke pula teman sepermainannya sejak dari kecil. Luke selalu ada ketika dia teruk dibuli oleh ayahnya. Ayah yang terlalu sukar untuk dia memanggil sebagai 'ayah'. Egonya seorang lelaki, sehingga sanggup meminta anak-anak memanggilnya dengan panggilan JR sahaja.

Hubungan antara NJ, Luke dan Andy cukup rapat bila mana mereka bertemu semula sejak melangkah masuk di alam persekolahan. Selalu mereka bertiga sejak dari zaman sekolah. Walaupun mereka berdua cuma anak orang kebanyakkan, mereka berpeluang untuk ke sekolah berprestij dengan mendapat tajaan dari keluarga NJ sendiri. Oleh sebab itu permintaaan NJ sendiri, JR tidak menolaknya asalkan NJ tetap berada di bawah pemantauan orang-orangnya. Luke dan Andy, keduanya membawa kepentingan buat JR.

"Hai Nuh..." sapa satu suara yang cukup Nuh kenali. Suara yang begitu lunak di halwa telinga NJ. NJ senyum dulu sebelum toleh ke belakang.

''Hai Eda... Come and have a seat." NJ tepuk bangku kosong di sebelahnya, mempersilakan gadis kelahiran Kedah itu untuk melabuhkan duduknya.

''Dah habis jogging?'' tanya Waheeda sambil menghulurkan sebotol air mineral kepada NJ.

NJ menyambutnya lalu membuka penutup botol. Seteguk dua air lalu ke kerongkongnya.

''Dah. 3 round. Cukuplah untuk hari ni. Eda buat apa kat sini?'' soal NJ pula sambil melirikkan matanya pada pakaian Waheeda. Gadis itu sungguh ayu dalam persalinan baju kurung merah jambu dan bertudung putih. Sesuai dengan orangnya.

''Eda dari Masjid UPM, ada program dekat sana. Eda join jelah. Sebelum nak balik hostel, saja singgah sini. Dah agak mesti Nuh ada sini.''

''Cari Nuh?''

''Tak jugak. Sebab semalam ada orang tu merajuk dengan Eda sebab Eda tak temankan dia lunch. So harini sajalah Eda datang sini, manalah tahu kalau hari ni dia sudi ajak Eda lunch lagi. Gantikan yang semalam.Tapi hari ni biar Eda yang belanja, sebagai tanda Eda minta maaf.''

''Semalam pergi mana?''

''Ada mesyuarat program dengan ketua falkulti. Nak tak nak Eda kena join la.''

''Hari ni tak ada mesyuarat ke?''

''Ada. Mesyuarat dengan jejaka handsome depan Eda ni.''

NJ senyum melebar. Waheeda pandai mengambil hatinya. Sejak kenal dengan gadis ini hari-harinya terasa indah dan begitu bermakna. Jatuh cintakah dia?

NJ. Ini Kisah Kita. Where stories live. Discover now