Husna tersenyum lebar. Tangan dijatuhkan saat dia sedar bahawa lelaki itu tidak mahu berjabat tangan. Limited edition ni !!
"Manager Qaira eh?" Tanya Husna teruja.
Darwish memberikan senyum nipis sambil mengangguk. Hairan juga dia melihat gadis itu tidak henti henti menatapnya.
Husna juga tidak berhenti bertanyakan soalan seolah olah ingin meneruskan perbualan mereka. Qaira pula hanya fokus menskrol laman Instagramnya. Langsung tidak berminat untuk masuk campur.
"Eh, baru Husna teringat. Husna ada tertinggal something lah dekat pejabat. Sebab tadi lepas habis kerja terus rushing datang sini sebab nak jenguk Qaira. Risaulah kalau dia seorang diri kat sini, kan.. Erm Husna naik grab je datang sini. Erm boleh ke kalau Darwish tolong tumpangkan Husna ke pejabat sekejap. Dalam 20 minit je dari sini." luah Husna yang entah betul entah tidak itu.
Qaira hanya sekadar diam. Dia sudah fasih dengan agenda gadis talam dua muka itu.
Manakala Darwish pula sudah tayang muka bingung. Dia teragak agak untuk membuat keputusan. Jam di tangan menunjukkan pukul 2petang. Sempat ke?
"Boleh la, please... Sekejap je." Rayu Husna. Muka kesian sengaja ditunjukkan untuk meraih simpati.
KERUSI RODA ditarik mendekati katilnya. Perlahan lahan dia cuba mengalihkan badannya ke kerusi roda dengan menggunakan kudratnya sendiri.
Jangan ditanya kemana Husna dan Darwish. Husna kalau nampak lelaki memang menggedik lah dia meminta tolong itu ini. Darwish pula mudah sahaja diperdayakan dengan permintaan palsu dari gadis sangkak itu.
Dia tu pengurus aku ke pengurus Husna ni? Bodoh betul, tinggalkan aku demi perempuan tu.
"Erhhh.." berkerut muka Qaira saat berdiri. Dia masih belum boleh mengawal rasa sakitnya.
"Aipp, sabar sabar. Duduk dulu." Suara itu menerpa sistem pendengarannya. Lantas dia terduduk semula ke katilnya.
Rifqi?
"Hesyy kenapa buat seorang diri? Nurse tak ada ke untuk tolong kau ni? Nak kena report kat Hadif ni.." gurau Rifqi.
Gurauan itu bukanlah sekadar gurauan yang tiba tiba terlintas di fikirannya, namun gurauan tersebut adalah untuk menghiburkan hati gadis itu. Dapat dia lihat dengan jelas, air mata jernih sedang bertakung di kelopak mata gadis cantik itu.
Sejak kebelakangan ni, dia sering melihat air mata Qaira. Apakah sebabnya? Dan mengapa?
"Kau okay?" Soal Rifqi sambil merebahkan lututnya ke lantai untuk menyamakan paras kedudukan kepala mereka. Tisu diatas meja ditarik sehelai lalu diberikan kepada Qaira.
"Kita kan kawan. Kalau ada apa apa nak share, bagitahu je aku eh? Now, bagitahu je.. kau okay tak?"
"Sakit.." luah Qaira. Tisu diambil dari tangan Rifqi lalu dia lap air matanya sebelum sempat jatuh menitis ke pipi.
"Dah makan ubat belum?"
Qaira menggeleng perlahan.
"Patutlah sakit, awaknyaa. Kejap eh." Laci ditarik lalu ubat dikeluarkan beberapa biji. Sebotol air mineral yang berada diatas meja dicapai dan dibukakan penutupnya sebelum dihulurkan pada Qaira.
"Nah.. Bismillahirrahmanirrahim..."
Mulut Qaira turut membaca Bismillah juga lalu dia menelan beberapa biji ubat tersebut diikuti dengan air yang diteguknya perlahan.
"Good girl, Qaira.." puji Rifqi seperti memuji anak kecil. Tangan ditepuk beberapa kali.
Qaira tersenyum sedikit. Dia agak terhibur dengan cara Rifqi melayannya. Layanannya berbeza dengan papa atau orang lain. Jika mereka tahu yang aku tidak mengambil ubat mengikut waktu yang ditetapkan preskripsi, pasti mereka akan memarahi aku terlebih dahulu.
YOU ARE READING
Enchanted [COMPLETED]
General Fiction'I was enchanted to meet you' Pertemuan yang tidak diduga, walaupun hanya sementara namun memberi kesan kepada Qaira Alana, seorang perempuan yang begitu dahagakan kasih sayang keluarga. Dari kecil, dia hanya diajar untuk pentingkan akademik dan kej...
BAB 24
Start from the beginning