Liked by liasarah and others
zafrilaiman_ one person, thousand feelings 🤍
view all 568819 comments
zafliafans nahhh makin berani post gambar Lia sorang je pula
theunknown89 huhuhuhu T-T
yuqina_ cantiknya Liaaaaaaa jealous!
xixixiq5 semoga kecantikan anda berjangkit pada saya
jgnckpixpayung hancurlah hati wanita-wanita hari ini
netijenpuaka65 @miamini nah jangan kacau relationship orang lagi, malulah jadi perempuan gatal
rakyatig._ @miamini
_pnytray @miamini
7netigjengf @miamini terbakarZafril hanya mampu menggelengkan kepala membaca komen-komen yang sibuk mentag akaun Damia dengan niat wanita itu kena mental bak kata orang sekarang. Jujur dia tidak peduli soal perasaan wanita itu, janji hati Amalia terjaga dia okay. Perasaan wanita lain ? Biar mereka uruskan sendiri, dia tidak peduli.
" Sayang~ "
Panggilan itu membuatkan dia segera menyimpan telefonnya ke dalam poket seluar. Kepalanya memandang ke arah suara wanita yang memanggilnya tadi. " Mana satu yang okay ? Ni ke ni ? " Amalia memegang dua jenis dress, satu dress panjang berwarna cream dan satu lagi dress panjang berwarna pink.
Dia tersenyum kecil. " Beli dua-dualah sebab dua-dua pun sesuai dengan sayang. " Wanita itu mencebik. Panjang muncungnya mendengar jawapan darinya. Tapi dia hanya mengeluarkan fakta, memang kedua-duanya sesuai dengan wanitanya itu. " Sayang nak pakai pink ke cream ? I nak matching dengan sayang. "
Soalan wanita itu diproses sebentar didalam otaknya sebelum memberikan jawapan. " Pinklah, lama dah tak pakai pink. " Lelaki yang pakai warna merah jambu bukanlah lelaki yang lembut tetapi lelaki yang berani. Sebab tu jarang lihat lelaki mahu memakai warna merah jambu. Semua lemah.
" Tapi cream ni cantik juga, takpalah sayang pakai pink I pun nak pink. Kejap I pergi bayar. " Dia membiarkan wanita itu berlalu darinya. Matanya tertancap pada sesuatu yang membuatkan dia terdiam lama. Berasa tangannya dirangkul membuatkan dia kembali ke akal warasnya.
" Kenapa tengok wedding dress ? " Tanya wanita itu lembut.
Zafril hanya tersenyum memandang ke arah wanita disebelahnya. " Saja, tengah imagine sayang pakai. " Wanita itu menoleh ke arahnya lalu mengukir senyuman lebar. " Nak I try on tak ? " Terangkat keningnya mendengar bicara Amalia. Ini serius wanita itu mahu mencubanya ?
" Excuse me, can I try this on ? " Tanpa menunggu lama, wanita tu bertanya pada yang menjaga butik tersebut. Dia menunggu wanita itu dengan rasa teruja, sebetulnya sangat teruja. Dia menanti wanita itu keluar dari bilik persalinan itu dan tiba-tiba wanita yang membantu Amalia keluar menyapanya.
" Cik Amalia suruh pusing belakang, bila dia suruh hadap depan baru hadap. " Zafril mengangguk kecil. Mahu buat kejutan ni, makin teruja dia. Dapat dia dengar bunyi langkah kaki yang berjalan ke arahnya. " I kira satu sampai tiga baru you pusing okay ? " Entah kenapa jantungnya laju betul sekarang.
" Satu.. "
" Dua.. "
" Tiga ! "
Dia segera memusingkan badannya. Pemandangan dihadapannya itu membuatkan dia berhenti berkelip dan terngangga besar. " Wa.. " Dia kehilangan kata-kata, tiada kata-kata yang mampu mengambarkan apa yang dia lihat sekarang.
Indah, lebih cantik daripada y ang dia bayangkan. Wanita itu memasang senyuman manis yang membuatkan dia semakin cair. Aduh jantungnya mahu meletup. " So ? " Soal Amalia.
" Let's get married. "
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...