CHAPTER 12

310 33 1
                                    

GELAS masih belum bertukar tangan dan Dyan kekal menghulurkan minuman tersebut kepada Dhea. Dhea hanya melihat sekilas ke arah gelas kaca itu lalu menatap wajah lelaki itu kembali.

Tidak kuasa dia mahu terima apa-apa daripada tangan lelaki ini.

"Fine." Tangan yang memegang kelas ditarik kembali saat hulurannya tidak bersambut, "Not even surprised. Muka kau dah cukup menerangkan satu makna saja sejak pertama kali aku nampak kau." Katanya seakan memerli. Mungkin memang benar Dyan dan dirinya ada bertentang mata tadi.

Wah, tengok orang dari jauh dengan pakai topeng pun dah boleh judge ?

"R. U. D. E. Rude." Setepek.

Dhea membuang pandangan ke luar balkoni itu dengan jelingan menyampah. Dia memang tiada masa mahu dengar luahan rasa dari Dyan. Lantak kau lah nak kata aku kejam ke tak cukup ajaran ke fikir aku nak dengar?

Ramai yang berkata dia begitu, tapi dia tidak terlalu kisah.

Orang hanya mengutuk tentang apa yang mereka lihat. Bukan dengan apa yang mereka kenal.

"Very well Mr. Good Excellent Attitude..." Balasnya sambil mengangkat dua jari dari kedua belah tangannya ketika menyebut nama samaran yang direka, "...this Mrs Rude.." Tangan terus dibawa ke dada tanda menunjuk ke arah dirinya sebelum menyambung, "...wants to ask your permission, to leave your unnecessary party or whatever you called it since no one are into rude people, don't they?" Soalnya dengan sinis. Beg tangan diperbetulkan kedudukannya agar lebih selesa.

Ketawa halus terlepas dari bibir Dyan. Halamak perempuan ni. Kepalanya digelengkan perlahan.

"I said no. All the boxes that contain guests' private belongings cannot be opened until 11.00 pm. Kau kena tunggu." Dyan meneguk minuman manis yang tadi ingin diserahkan kepada Dhea selepas bicaranya. Bukan mereka alasan, tetapi itu memang cara kotak itu berfungsi.

Lagipun semua tetamu ada meletakkan telefon bimbit mereka di situ. Begitu juga Dhea.

"Pelik betul kau ni." Jujur Dyan.

"Excuse me?"

"Kau. Pelik. Kenapa kau datang sini kalau dari awal kau tahu kau akan menyendiri dekat sini. Kalau aku, memang buang masa. Got no friends around Mrs. Rude?" Soalnya bersama sindiran.

"Kau pun pelik. Kenapa orang yang menyendiri dan kurang ajar ni juga kau nak tegur? Lost your excellent attitude gang Mr. Perfecto?" Balas Dhea kembali bersama jelingan sekilas.

Dyan ketawa kecil lagi. Hujung keningnya digaru.

Pandai menjawab rupanya.

"Hm sesuailah kalau orang macam kau pergi tempat yang sunyi suram. A place that everyone had forgotten. Suits you well. Tell me I'm wrong." Dhea mengeluh malas. Sakit telinga dengar orang yang entah siapa bising kepadanya.

Banyak pula benda yang mamat ni nak cakap ya.

Dhea akhirnya tekad. Gadis itu mula bergerak pergi, lama-lama ada di sini boleh meletup dia. Dyan tercengang. Selamba saja perempuan ni tinggalkan dia.

"Elaura-"

"Dhea. It's Dhea." Belum sempat apa-apa, Dhea sudah memotong percakapan Dyan dengan kepala yang sedikit menjeling ke belakang.

Elaura. Entah kenapa terasa lain apabila nama itu digunakan. Selama ini semua orang hanya memanggilnya dengan panggilan Dhea sahaja. Belum pernah ada sesiapa yang memanggil dirinya menggunakan nama terakhir.

Kecuali kalau dengan Aunty Julia. Tapi itupun sekadar El. Bukan Elaura.

Tidak suka? Tidak. Apabila ada panggilan baru untuknya, dia terasa seperti dirinya istimewa kepada seseorang itu.

[OG] SPADE: THE SECRET OF ARIETISWhere stories live. Discover now