" LIA ! " Zafril menerjah masuk ke dalam unit kesihatan itu dengan nafas yang tercunggap-cunggap. Sebaik sahaja wanita itu memberitahu yang dia diunit kesihatan terus dia berlari ke sini. Nasib jaraknya dari tempat dia berada tadi tidak terlalu jauh.
" Macam mana boleh jadi macam ni Lia ? Kau patah tangan ke ni ?! Tell me Lia ! " Perlahan dia memegang tangan berbalut wanita itu. Aduh mahu pura-pura tidak peduli tetapi dia terlalu peduli " Zaf.. " Dia mendongakkan kepala memandang wanita itu sambil menantikan bicaranya.
" Ryan mana ? "
Keadaan disitu menjadi hening, terlalu senyap hingga dia boleh dengar bunyi nyamuk yang berterbangan. Mata mereka menatap antara satu sama lain tanpa ada sebarang bicara yang keluar.
" I mean yang lain mana ? " Amalia terlebih dahulu melarikan pandangan mata mereka itu.
Dia perlahan-lahan melepaskan tangannya itu lalu menjauhkan sedikit diri dari wanita itu. Mungkin dia terlalu peduli sedangkan wanita itu mahukan orang lain yang pedulikan dirinya. " Diaorang o– " Belum sempat Zafril menghabiskan bicaranya, pintu ruangan itu sekali lagi dibuka dengan keras.
" ROSAK WOI PINTU AKU TU ! " Doktor yang sedari tadi duduk disitu akhirnya bersuara. Kalau sekali je pintu itu dibuka dengan kasar takpa, ni dah dua kali. " Sorry doktor. Lia, kau okay tak ? " Kehadiran Ryan dan rakan-rakannya yang lain disitu membuatkan akhirnya wanita itu tersenyum lebar. Kehadirannya disana tidak dihargai ke ? Punyalah dia prihatin tapi langsung tidak wanita itu peduli.
" Ada kereta langgar motor kau ke apa ? Aku dah kata jangan bawa motorkan ?! " Ryan berteriak memarahi Amalia tapi dia hanya mampu terdiam. Dia tak layak ke untuk pedulikan wanita itu sebagaimana Ryan lakukan ? " Aku okaylah. Tadi ada kucing tiba-tiba melintas, aku try elak tapi terbabas pula. "
Zafril menatap kosong dua orang yang sedang saling berkomunikasi dihadapannya itu. Dia tak dapat menahan rasa cemburunya kerana lelaki itu tanpa segan silu menunjukkan keprihatinannya. " Kau nak makan apa-apa tak ? Aku belikan. "
Wanita itu menggeleng kecil. " Korang pergilah masuk kelas, cakap dengan prof aku accident. I'm okay nowlah. " Otaknya ligat berfikir sesuatu supaya dia dapat duduk disini menjaga wanita itu. Tapi dia ragu-ragu kerana takut Amalia menolak dirinya dan lebih memilih Ryan.
" Biar aku jaga Lia, korang pergilah. " Kata Dina.
" Dina, aku okay. Aku nak balik je ni, nak pergi bengkel repair motor tu. Aku okay sangat dah ni. Trust me guys. " Dua wanita itu dipandang apabila tiba-tiba idea muncul diotaknya yang bergeliga. Dia menunggu masa untuk menyelit dalam perbicaraan mereka. " Kau nak duit tak repair motor tu ? " Amalia hanya menggeleng sambil tersenyum membuatkan dia tahu ini masa yang sesuai untuk menyelit.
" Biarlah aku teman kau pergi bengkel. Kawan akukan ada buka bengkel, mana tahu dapat murahkan ? " Bicara tiba-tibanya itu seketika membuatkan ruangan itu hening. Dapat dia lihat wanita itu sedang berfikir keras sebelum menjawab dirinya. " Bolehlah kalau macam tu eh tapi kau tak pergi kelas ke ? Kau mana pernah ponteng. "
Zafril terdiam. Ye tak ye juga, mana dia pernah terlepas mana-mana kelas. Tak pernah dia buat. Matanya memandang wanita itu sebelum menghela nafas kecil. " Guys, cakap dengan prof aku sakit perut. " Demi wanita itu, dia sanggup.
YOU ARE READING
MS : Untuk Kita
Short Story❝ ι ωιѕн уσυ ℓιкє∂ мє ℓιкє ι ℓιкє уσυ ❞ Kisah cinta yang selalu berakhir dengan pengakhiran yang bahagia ? Drama sangat. Ini realiti bukan mimpi. Tak semua yang kita mahu akan jadi kenyataan. Itulah yang terjadi pada gadis seorang ini. Amalia Qaisar...