"Bella sedia nak balik." Tangan yang laju memotong lobak terhenti. Rihana berpaling memandang Nabila yang setia menyiang ikan bilis.
"Betul ni?" Soal Rihana ragu. Tak ada angin, tak ada ribut. Seminggu wanita ini mendiamkan diri. Tiba-tiba hari ini mengatakan dia mahu pulang.
"Bella tak nak buang masa lagi. Cukup 5 tahun Bella terbuang dulu. Bella tak nak ulang lagi." Rihana terdiam. Baru dia perasan pakaian Nabila lain dari kebiasaannya. Dah bersiap untuk balik rupanya.
Rihana tersenyum lebar.
"Akak bangga dengan adik akak. Ingat, jangan biar emosi mengatasi segalanya. Bella nak akak hantar bila?"
"Eh tak perlu, kak. Bella balik sendiri. Kereta Bellakan ada lagi dekat luar." Nabila balas senyuman Rihana. Benar kata kakaknya itu. Dahulu pun, emosi mengatasi akal warasnya dam begitu sahaja waktu bersama kesayangannya dibazirkan.
"Betul ni?"
"Betul, kak. Lagi pun...Bella ada rancangan lain." Nabila mengenyit matanya. Rihana agak ragu namun dia percaya tiada perkara buruk akan berlaku.
"Ummi tak suka. Yang kamu pergi dekatkan Zahra dengan perempuan tu kenapa?" Hakim pejam mata erat. Sekali dia memandang ke arah pintu dapur. Moga-moga Erina tidak ke sini.
"Mi, dia tunang Akim. Mestilah Akim kena bagi Zahra terbiasa dengan dia. Tolonglah, ummi." Ujar Hakim merayu. Entah apa lagi yang perlu dia lakukan untuk melembutkan hati ibunya. Dahulu, ibunya mengatakan Zahra takut dengan orang asing. Jadi, dia cuba eratkan hubungan Zahra dan Erina. Sekarang...
"Ambilah si Nisreen tu! Helok orangnya. Dia pun dah lama tunjuk minat dengan kamu. Yang kamu berminat sangat dengan ibu anak satu ni kenapa?!"
"Ummi juga yang benarkan dulu..."
"Sebab ummi ingat Tiara yatim. Rupanya budak tak ada nama bapak!" Hakim ketap bibir. Bukan Tiara yang pinta dilahirkan begitu.
"Yang pastu ummi tak suka. Nanti tak pasal-pasal Zahra meliar macam dia."
"Meliar macam mana?" Hakim terkedu. Perlahan-lahan dia memalingkan wajahnya.
"Ina..." Melihat sinar mata wanita itu, Hakim terasa takut. Dia tak dapat membaca apa di sebalik pandangan itu.
"Liar macam mana, aunty?" Sekali lagi Erina bertanya namun hanya decitan yang diterima.
"Biadap. Siapa yang ajar curi-curi dengar perbualan orang?" Erina disindir, sinis.
"Saya tak curi dengar. Jelas suara aunty sampai ke ruang tamu. Telinga Zahra boleh jadi saksi." Tanpa nada Erina berkata.
"Maaf Ina. Ummi–"
"Kejap, Akim. Biar Ina yang bercakap." Hakim menutup mulut, sesuai permintaan wanita itu.
"Pertama, Tiara. Betul, Tiara tidak berbinkan sesiapa. Tetapi dia bukannya hina. Dan dia lahir bukan dari perempuan liar. Cuma saya tiada bukti dan saya juga dah penat nak mempertahankan diri. Saya faham kalau aunty tak percaya saya sebab keluarga saya sendiri pun tak percaya saya. Tapi satu perkara yang saya yakin. Allah akan bantu orang-orang yang sabar. Jadi, saya sabar dan yakin yang suatu hari nanti kebenaran akan terungkap. Saat itu, saya akan pastikan bukti itu dipersembahkan di hadapan aunty." Ummi hanya berdiam diri. Matanya juga tidak sudi memandang Erina.
"Kedua, saya. Saya terima Hakim seikhlasnya, aunty. Begitu juga Hakim. Kami hanya mahu membina masjid. Tapi... Saya tak mahu masjid yang dibina tidak direstui." Kali ini jantung Hakim berdebar kencang.
"Ina, please–" Baru Hakim mahu mencelah, Erina menunjukkan isyarat supaya dia berdiam diri.
"Tapi, saya tak akan mengalah. Janji saya pada Hakim, saya tunaikan. Selagi dia tak berputus ada dengan saya, selagi itu saya akan usaha. Jadi, selagi saya bernyawa, restu aunty akan tetapi saya buru." Ummi masih tidak memberi sebarang riak.