TUAN ANIQ 23

1.5K 68 11
                                    

Arif menyandar sambil matanya merenung kosong cawan kopinya. Fikirannya runsing yang teramat. Hutangnya sedang ditagih, adiknya hilang, Tania yang mendesak serta tekanan kerja.

Hari ini, hari cuti namun telefonnya tak henti-ii berdering minta diangkat. Dia memandang nama yang terpapar di dada skrin telefon.

Sir Roslan calling...

Arif merengus kasar. Dia kemudiannya mencapai telefon lalu mengaktifkan mod kapal terbang.

"You masih boleh santai, relax-ii kat sini eh walaupun adik you hilang?" sapa satu suara dengan nada sinis.

Arif memandang Tania dengan ekor mata. Gadis itu duduk di hadapannya tanpa dipelawa.

"Please. Not today. I malas nak layan sesiapa harini." ucap Arif ringkas. Tania dijeling tanda meluat.

Tania ketawa kecil lalu menyilang tangan di dada.

"I tahu adik you kat mana." Tania tersenyum sinis memandang riak wajah Arif yang berubah serta merta apabila mendengar perihal adiknya.

"What do you mean?" dahi Arif berkerut.

"Padan muka you. Dosa-ii you dah dibayar cash! Macam mana you buat dekat I, sekarang dah berbalik pada adik you." Tania mengukir senyuman bahagia.

Arif semakin keliru. Apa yang Tania cuba sampaikan kepadanya?

"Adik you ada di Cameron sekarang."

"Dia ada dengan Fiqkri, lelaki yang dia tergila-gila kan sangat tu." Tania ketawa kecil sebelum bangun dari duduknya. Dia bersedia untuk pergi.

"What do you think? Diorang tinggal serumah untuk qiamuallail ke?"

🌹

Aniq menyarung hoodie putih dipadankan dengan seluar hitam. Rambutnya dirapikan sebelum mengenakan kaca mata hitam. Dia memandang penampilannya di cermin lalu tersenyum sinis.

"Memang handsome dari dalam perut." getusnya perlahan.

Dia kemudiannya melangkah dan bersedia untuk keluar.

"Abang! Abang nak pergi mana?" Aeyra meluru ke arah Aniq yang sudah pun separuh langkah keluar dari rumah.

Aniq merengus perlahan.

"Cari makanan lah. Kau nak mati kering dalam rumah ni?" Aniq menjeling tajam. Rak kasut dibuka lalu sepasang kasut adidas dikeluarkan dan disarung ke kaki.

"Eya nak ikut!" Aeyra kelihatan teruja. Buat pertama kalinya dia akan keluar melihat bumi Cameron setelah berhari-hari terperuk di rumah makan maggi.

"Tak payah. Menyusahkan aku je nanti!" Aniq malas mahu melayan Aeyra yang tidak matang. Teringat pula pada anak-ii saudaranya yang kerap kali meluru setiap kali dia ingin keluar.

"Nak ikut!" Aeyra mendesak. Dia kemudiannya terus meluru keluar. Lengan Aniq dirangkul dengan senyuman riang.

Aniq mendecit. Dia sepatutnya senyap-ii keluar sewaktu Aeyra sedang mandi atau tidur.

Aniq mengalah walaupun berat hati ingin mengusung gadis ribena tersebut.

Kelihatan wajah Aeyra sangat ceria. Pipinya yang bulat melekap pada tingkap kereta. Dia leka menikmati pemandangan indah pokok-ii teh Cameron Highlands.

"Abang, boleh kita..."

"Tak boleh." Aniq terus memberikan jawapan tanpa menunggu soalan penuh.

Aeyra mencebik lalu berpeluk tubuh. Bibir diketap geram.

Aniq memandang dari ekor mata dan tanpa sedar bibirnya mengukir senyuman nipis.

Aniq menyinggah di sebuah pasaraya membeli barangan keperluan dapur dan lain-ii. Aeyra merenung troli yang penuh diisi. Tadinya dia riang mengambil itu dan ini namun sekarang dia tiba-ii terfikirkan sesuatu.

Aniq mahu tinggal di sini selamanya kah? Bagaimana dengan kerjanya? Ah! Aniq anak orang kaya. Duitnya jelas sekali berkepuk tanpa perlu berkerja keras. Syarikat keluarga. Siapalah yang nak marah.

Tapi, bagaimana pula dengan dirinya? Akan terus duduk menumpang di rumah Aniq? Jelas sekali perkara tersebut bukan perkara yang betul. Dia dan Aniq dikira berkhalwat.

Ingin pulang tapi dia masih trauma dengan kejadian tempoh hari.

Bagaimana pula dengan Arif? Lelaki itu pasti risau dengan kehilangannya. Dan, apa pula reaksi lelaki itu apabila bertemu Aniq? Mahukah lelaki itu melupakan persengketaan mereka semasa di bangku sekolah dan memulakan silaturrahim yang baru?

Aeyra bingung. Dia tidak tahu harus memilih jalan yang mana.

"Abang taknak balik dah ke?" soal Aeyra dengan wajah mendung.

Aniq mencebik. Barang di tangan yang diebeleknya tadi diletakkan kembali lalu dia mengambil pula yang lain dan dibelek.

Aeyra diam. Dia kemudiannya terpandang akan bahagian yang menjual pakaian dalam wanita. Membulat matanya. Yang dipakainya kini adalah yang tempoh hari. Dia tudak punya apa-ii untuk disalin. Baju pun pinjam dari Aniq. Pernah juga dia ingin mencuci tapi mengenangkan udara Cameron yang lembap, dia membatalkan hasrat.

Selesai membayar, Aniq menolak troli ke kereta. Sebelum memunggah barangan, dia menghulurkan kad kredit hitam miliknya kepada Aeyra.

Aeyra tercengang.

"Pergilah beli barang-ii peribadi kau." arah Aniq. Bukan dia tak sedar pandangan mata Aeyra tadi.

Aeyra tersenyum kambing. Kad kredit disambut dan dia terus berdesup masuk semula ke pasaraya tadi.

Aniq menggeleng perlahan melihat tingkahlaku Aeyra. Dia kemudiannya terpandang akan sebuah kereta yang diparkir tidak jauh dari situ. Kalau tidak silap, kereta itu turut ada sewaktu di apartment.


🌹


Aeyra memandang barangan yang dibelinya menggunakan kad kredit Aniq siang tadi.

Pakaian dalam, tuala wanita, pelembap muka, sunscreen, berus gigi, shampoo serta conditioner, getah rambut.

Dia kemudiannya terbaring di atas katil empuk sambil merenung ceiling. Patutkah dia tinggal di sini dengan Aniq atau pulang semula dan ni kesemuanya?

TO BE CONTINUE

TUAN ANIQWhere stories live. Discover now