"Nurul, kau tak penat ke asyik makan je? Aku yang penat tau tengok kau makan dari aku sampai rumah kau tadi." Najjah mengcekak pinggang sambil melihat Nurul makan biskut. Dari tadi dia melihat sahabatnya itu tidak berhenti mengunyah.
Nurul mencebik mendengar bebelan Najjah. Macam mana dia nak berhenti makan kalau setiap masa dia akan rasa lapar.
"Kau tak penat ke asyik bebel dekat aku? Salah ke kalau aku nak makan untuk anak aku sekali?" Air mata Nurul jatuh menitik sambil menggigit biskut kegemarannya. Walaupun tengah menangis tapi makanan tidak akan dilupakan.
"Aduh dia nangis pula." Najjah menepuk dahi apabila mendengar tangisan sahabatnya. Dia perlahan-lahan mendekati wanita itu.
"Kau ni tengah menangis pun sempat makan ek." Sempat lagi Najjah menyindir Nurul yang masih melantak walaupun muka sudah basah dengan air mata.
Nurul menjeling tajam mendengar sindiran Najjah. Dia menyapu air mata di pipinya dan meletakkan pinggan di atas meja.
"Kau la marah aku tadi. Kau tahu kan emosi aku tak stabil bila tengah mengandung." Nurul mencebik sedih dan memeluk tubuh. Dia tidak suka dengan dirinya sekarang ini.
"Masalahnya aku tak marah kau pun, Nurul. Aku tegur kau je tadi." Najjah menggeleng kepalanya. Sejak Nurul mengandung, makin kuat sensitif sahabatnya sorang ni.
"Hmm yelah. Aku tahu kau tegur aku pun sebab kau sayang aku." Nurul membuat wajah comelnya. Dia tak ambil hati pun dengan teguran Najjah tadi.
Najjah membuat wajah menyampah melihat muka comel Nurul. Ada juga yang dia cubit pipi tembam tu nanti...dah macam pau dah dia tengok.
"Aku nak tanya something kat kau." Najjah beralih ke tepi memandang Nurul. Ada sesuatu yang berlegar di dalam fikirannya.
"Hmm kau nak tanya apa?" Nurul melirik sekilas dan menyambung semula melihat drama kegemarannya.
"Suami kau pergi mana? Sanggup ye dia tinggalkan kau seorang diri kat rumah. Nasib baik aku boleh temankan kau." Najjah membebel sambil mencari kelibat lelaki itu. Dari tadi dia tak nampak batang hidung Danish.
"Suami aku keluar sebab dia ada hal kejap. Nanti dia baliklah tu." Nurul menjawab dengan tenang. Dahi Najjah berkerut dan memandang wajah Nurul semula.
"Hal apa?" soal Najjah yang masih hairan. Dia turut mengambil biskut Nurul di atas meja dan mula menggigit.
"Dia pergi kenduri kahwin Nisha. Hari ni Nisha kahwin." ujar Nurul dengan nada masih tenang. Tetapi jawapan Nurul yang sangat tenang itu membuatkan Najjah hampir tercekik.
"Kau cakap apa tadi, Nurul? Danish pergi majlis perkahwinan Nisha? Kau jangan cakap dengan aku yang Danish masih nak teruskan perkahwinan dia dengan perempuan tu?" Najjah menayangkan wajah tidak puas hati. Dia geram apabila lelaki itu mula memungkiri janji mereka.
"Aku ada cakap ke yang Danish akan kahwin dengan Nisha?" Nurul membalas pandangan Najjah. Dia berasa ingin ketawa melihat wajah keliru sahabatnya.
"Kejap, aku tak faham. Maksud kau Danish tak jadi kahwin dengan Nisha tapi dia pergi majlis tu?" Najjah mengurut pelipisnya. Dia pening memikirkan kata-kata Nurul tadi.
"Maksud aku, Danish tak jadi kahwin dengan Nisha tapi Nisha akan kahwin dengan orang lain." Nurul ketawa melihat wajah pasrah Najjah.
"Nisha kahwin dengan siapa kalau bukan Danish jadi pengantin lelaki?" Najjah masih dilanda rasa keliru. Kalau bukan Danish jadi pengantin lelaki untuk Nisha, lalu siapa yang akan ganti tempat Danish?
YOU ARE READING
Mrs. Danish Rayyan (C)
RomanceDua sahabat baik yang selalu bersama sejak dari kecil lagi, itulah Danish Rayyan dan Nurul Nafisa. Dari sekolah rendah hinggalah ke sekolah menengah, mereka sering bersama sehingga orang menyangka mereka bercinta walhal mereka hanya berkawan sahaja...