"AAAAA janganlah pergi, saya tak habis nak bermanja lagi ni." Meleret suara Ammara di dalam wad tersebut yang lain hanya menggeleng kepala melihat telatah Ammara. Lengan Amsyar sudah di peluk erat oleh Ammara menyebabkan lelaki tersebut jatuh terduduk di atas katil.
"Sayang, abang nak balik rumah Deinz kejap je. Lepas ni abang datang balik, abang nak kena tengok Khai." Ucap Amsyar lembut. Ammara yang mendengar terus mencebikkan bibir ke hadapan.
"Tak nak." Meleret suara Ammara berkata.
Bingung sudah Amsyar, bagaimana ini memujuk isterinya saat ini. Sudah seperti koala yang tidak mahu lepas, mahu melekat sahaja dengan dirinya saat ini. Nafas di tarik sedalam mungkin oleh Amsyar. Sabar. Orang hensem kena sabar.
"Kejap je sayang, tak lama pun." Ucap Amsyar.
"Tak nak. Khai tu bukan bini abang. Saya bini abang, ke abang suka Khai sampai sanggup tinggalkan sayang." Ucap Ammara dengan nada tertahan, dia nak nangis ni.
"Ya Allah ke situ pula isteri abang ni,"
"Abang nak tengok Khai sebab nak laporkan dekat pihak atasan tentang dia. Abang juga kena fikir macam mana nak rawat Khai. Ini benda kotor jadi kena hati-hati sikit." Balas Amsyar.
"Saya? Tak nak hati-hati pula, saya lagi fragile. Hati saya lagi fragile perempuan ni hati dia lembut dan dia cakap sahaja dia okey tapi sebenarnya tidak. Tapi kalau dia cakap dia okey maknanya dia okey, tapi kalau dia cakap tak okey maknanya dia tak okey. Tapi kalau dia cakap dia tak okey maknanya dia tak okey." Balas Ammara. Amsyar yang mendengar terus beristighfar, nasiblah sayang bini.
"Abang temanlah saya. Saya lagi perlukan abang, please." Rayu Ammara dan mata dikerdipkan beberapa kali. Amsyar yang melihat sudah tidak boleh buat apa kerana dia juga cair dengan pujuk rayu sang isteri.
Sudah dikata yang dia hanya menang dengan kawan-kawan, tapi kalah dengan isteri serta ibunya. Memang hebat betullah perempuan, boleh tundukkan dia yang lelaki ini. Amsyar terus mengangguk tanda setuju dan Ammara yang melihat anggukan suaminya terus tersenyum riang bagai ingin terbang ke bulan.
"Perangailah Ara ni. Kesian Amsyar." Komen Puan Aula selepas melihat telatah anak perempuannya.
"Tak apalah, bukan selalu." Balas Amsyar lembut.
"Manjakan lagi nanti naik kepala sekali naik hantu." Ucap Tuan Ammar mengusik, mereka yang mendengar sudah tergelak mendengar usikan Tuan Ammar.
"Daddy ni, daddy lagi teruk." Ejek Ammara dan menjelirkan lidah apabila melihat wajah kelat Tuan Ammar. Ambik ko!
"Sayang, tak elok macam tu. Kita ada adab nak bergurau dengan orang yang lebih tua tapi jangan sampai jelirkan lidah. Tak baik." Tegur Amsyar lembut. Dia tidak suka akan sikap Ammara sebentar tadi, boleh bergurau tapi batas itu mesti ada lagi pula menjelirkan lidah itu perbuatan yang kurang sopan.
"Sorry abang." Ucap Ammara.
"Bukan dekat abang, dekat daddy." Balas Amsyar. Silap orang ni perlu minta maaf.
"Sorry daddy, nak duit raya." Ucap Ammara lalu menadahkan tangan sebagai tanda inginkan duit.Duit raya, entah bila raya pun dia tidak. Raya yang dibuat-buat oleh Ammara sendiri.
"Tunggu raya yang betul bukan yang Ara buat."
Balas Tuan Ammar."Ala," adu Ammara manja.
Wad tersebut hanya dengar gelak tawa sahaja tanpa ada air mata yang perlu mengalir kalau ada pun air mata kerana penat ketawa melihat telatah Ammara yang tidak semenggah ini walaupun jarang-jarang dapat melihat telatah tersebut tetapi tetap mereka bersyukur. Dalam hati mereka berdoa bahawa habislah ujian bagi anak serta menantu mereka kerana tidak sanggup lagi ada air mata sedih yang mengalir kalau boleh biarlah air mata gembira yang mengalir.
YOU ARE READING
Beauty Existence
Romance"Kita adalah pendosa yang inginkan kemaafan daripada pendosa." Denniz Amsyar bin Denniz Aymar yang berpegang pada setiap yang berlaku ada hikmah yang tersendiri. Hikmah yang bakal dilihat pada kemudian hari kerana Tuhan itu tahu apa yang terbaik bua...